Aduhai, macam-macam kisah usai Final Bola Sepak Sea Games semalam. Bila menterjemah kembali keadaan, saya kira mengapa perlu dipanjangkan permusuhan antara 2 negara hanya kerana sebiji bola. Saling mencaci maki, mencarut di FB, apa yang kita dapat? Sekadar mencalar maruah sendiri.
Memang keterlaluan perlakuan penyokong di seberang.Kita dah nampak buruknya. Jadi kenapa harus kita juga nak mengikut yang buruk itu. Sedih membaca kata-kata yang jijik di halwa telinga dihamburkan oleh orang seberang. Namun lagi sedih melihat orang kita turut sama menyebut kata yang sama. Tanganilah dengan cara lebih berhemah. Banyak lagi cara yang lebih bersih. Saya percaya rakyat Malaysia lebih bertamadun dan berbudi bahasa.
Wallahualam
sabo je la kn3...
BalasPadamtula.. being so fanatic..
BalasPadam