Isnin, 5 Disember 2011

Segment | Santai Blogger 3

Alahai, mataku sangat degil malam ni..eh dah nak subuh...

So, daripada masa terbuang, baik saya join segment abah ni.

Hobi? 
Banyak, tapi buat masa ni:

Layan budak ni


Nak tag:



daaa....nak tdo..

Ahad, 4 Disember 2011

Silaturrahim Penghubung Rezeki

Menghubungkan silaturrahim merupakan antara perkara atau amalan yang boleh meningkatkan rezeki.


Sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan dan usianya dipanjangkan, maka peliharalah hubungan silaturrahim.” (H.R. Imam Bukhari dari Abu Hurairah.)


Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa bertakwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, nescaya dipanjangkan umurnya dan dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya.” (H.R. Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar.)


Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakar r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ketaatan yang paling disegerakan pahalanya adalah silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maksiat pun, harta mereka boleh berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling bersilaturrahim. Dan tidaklah ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim itu ditimpa kemiskinan.”


Orang yang selalu menolong saudaranya akan ditolong oleh Allah. Rasulullah telah bersabda bahawa: “Allah selalu menolong seorang hamba selagi hamba tersebut di dalam menolong saudaranya.”


Dipetik daripada RahsiaRezeki.com

Selasa, 29 November 2011

Nipisnya pemisah antara cinta dan nafsu

Inikah makna kamu cinta saya? 
Atau macam ni?


Emmm..mungkin lebih intim lagi....




Salah memaknai cinta menjadikan kita hamba nafsu. Kerana cinta dan nafsu hanya dipisahkan oleh satu garisan yang amat nipis. Sehingga kita tak mampu memisahkannya jika terlalu memperhambakan diri pada cinta. 

Diserang semut api!

Baru je seminggu tinggalkan rumah, dah ada yang berani mengambil alih takhta ku di rumah. Mereka ada di mana-mana. Berjalan dengan gahnya, tanpa menghiraukan tuan rumah yang mereka nak tumpang  ni. Cik Bunga tau keaadaan di luar sana memang bahaya, dengan hujan lebat dan ribut kencang. Tapi ini rum ah Cik Bunga, mana boleh korang buat suka hati. Kalau korang ambil dapur Cik Bunga, macammana Cik Bunga nak masak.??
Mereka berada di atas kabinet dapurku...

dan di mana-mana
 
Dahla masuk tak bagi salam, korang pakat pulak serang Cik Bunga ramai-ramai. Habis kakiku bengkak-bengkak dibuatnya. 

So minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa spray korang dengan Shieldtox satu tin....

Facebook : menjadi sumber dosa orang Mukmin

Lewat perbualan dengan soulmate tadi dan membaca ini, timbul di fikiran saya betapa benarnya tajuk di atas. Macam-macam perkara yang boleh mencetuskan dosa. Chat dengan yang bukan muhrim , terutamanya bagi yang dah bergelar isteri @ suami, menayang gambar yang terdedah aurat dan macam-macam lagi. Tu belum lagi yang post status cerita dalam kelambu masing-masing. Kan dah terdedah aib. Sedar atau tak, bagi yang dah jadi ibu @ bapa, kita sedang 'mengajar' anak-anak kita perkara lagha dan batil. kita telah membuka satu ruang sosial yang tiada batas. 

Entahlah, bila difikirkan dalam-dalam, terbandingkah manfaat FB (dan sosial page yang lain) dengan keburukan yang dibawa. Mungkin, jika yang empunya page berniat nak berdakwah. Atau nak memajukan bisnes. Tapi berapa ramai pula yang sengaja mempromosikan ruang-ruang untuk mencipta dosa? 

Kata kuncinya, tepuk dada, tanya IMAN..


Rabu, 23 November 2011

Bluetooth vs WiFi

~Men are like 'bluetooth'. He is connected to you when you are nearby
 but searches for other when you are away but Women are like 'wi-fi'. She sees all available devices but only connects to the strongest one~

Berkongsi status FB seorang teman. I would say, most of the time its true... Tapi still ada lelaki yang setia dan perempuan yang kurang setianya.

Sengketa kerana sebiji bola

Aduhai, macam-macam kisah usai Final Bola Sepak Sea Games semalam. Bila menterjemah kembali keadaan, saya kira mengapa perlu dipanjangkan permusuhan antara 2 negara hanya kerana sebiji bola. Saling mencaci maki, mencarut di FB, apa yang kita dapat? Sekadar mencalar maruah sendiri.

Memang keterlaluan perlakuan penyokong di seberang.Kita dah nampak buruknya. Jadi kenapa harus kita juga nak mengikut yang buruk itu. Sedih membaca kata-kata yang jijik di halwa telinga dihamburkan oleh orang seberang. Namun lagi sedih melihat orang kita turut sama menyebut kata yang sama. Tanganilah dengan cara lebih berhemah. Banyak lagi cara yang lebih bersih. Saya percaya rakyat Malaysia lebih bertamadun dan berbudi bahasa.

Wallahualam

Di mana letaknya bahagia seorang wanita?

Di mana agaknya ye? Kerjaya yang baik? Hidup yang mewah? Shopping?Anak-anak yang comel? Suami hensem?

Very subjective. Saya  rasa jawapan setiap wanita akan berbeza. Kalau tanya orang baru kawin, mungkin bila bersama suaminya dia sangat bahagia. Tanya orang yang baru bercerai, mungkin lain pulak jawapannya. Cik Bunga? 

Emmmm...

Kerjaya yang cemerlang
Anak yang cerdik dan berjaya
Being with my lappy and blog

Tu kot top 3!
:)

Jumaat, 18 November 2011

Status: Food poisoning

Aduh... Dugaan.. Hari ni melepek kat atas katil sehari sebab food poisoning. Semalam syok sangat menikmati nasi kerabu ayam bakar  kami beli di pasar malam. Akhirnya nilah penyudahnya. 

From my reading:
Food poisoning berpunca daripada makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria, parasit, virus atau toksin. So simptomnya akan berbeza.. Selalunya kejadian keracunan makanan banyak disebabkan oleh bakteria Staphylococcus dan E.Coli. Macam-macam cara boleh berlakunya pencemaran ni terutamanya semasa penyediaan. Mungkin makcik yang masak ni x basuh tangan ke, atau semasa penyediaan tu berlaku pencampuran bahan mentah yang basah dengan yang dah siap (cross contamination). Atau mungkin ayam yang nak dimasak tu terlalu lama berada di suhu bilik (the perfect temperature for those bacs).

Kesan / simptom akan muncul biasanya selepas 2-6 jam. Antaranya sakit perut, muntah, cirit-birit (adakalanya berdarah),pening, demam dan lemah. Dan biasanya simtom ini akan berkurangang selepas sehari-2 hari.

Jangan ambil mudah kes keracunan makanan sebab ada sesetengah kes yang boleh membawa kematian seperti yang berlaku di KL Ramadhan lalu. Yang penting mesti minum banyak air supaya tak dehydrate. 

Khamis, 17 November 2011

Ideal kah bentuk badan anda?

Adakah anda tau sama ada anda mempunyai bentuk badan yang ideal? Kat sini saya nak share tentang Waist-to-hip ratio (WHR) iaitu perbezaan ukuran pinggang dan pinggul kita. Penting ke nak tau WHR ni? Sebenarnya melalui kaedah ini kita boleh menentukan sama ada badan kita cenderung menyimpan lebihan lemak di kawasan mana. Kebanyakan dari kita menyimpan lemak tubuh yang berlebihan melalui dua cara biasa iaitu di kawasan pinggul (dipanggil pear shape) dan pinggang/perut (apple shape). Secara umumnya mereka yang apple shape ni lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamnya masalah kardiovaskular. Namun...obesiti tetap membawa pelbgai ririko penyakit secara keseluruhannya.

Jom kira WHR masing-masing, pastu boleh share kat ruangan komen, k? klik sini

Segmen: 3 jam yang bertuah

Hari ni mood nak join segmen kakak cantik  ni..



Memenuhi syarat Pn Fareha, saya pilih gambar ini....sebab saya kan pemalu, bagi tengok sebelah je...hehe


selamat menambah kenalan blogger 

Fenomena baru BASIKAL

Basikal..dulu masa zaman kanak-kanak, saya juga suka berbasikal. Mengimbau kembali memori, basikal pertama saya adalah hadiah dari abah sebab saya dapat no 1 masa darjah 3. 
sebiji cam basikal saya - gambar google
Waktu first dapat basikal tu, teruja punye fasal, saya terus decide nak bawa basikal ke sekolah agama yang jauhnya lebih kurang 1 km dari rumah;walaupun tak berapa pandai lagi nak kayuh basikal. Waktu tu petang, dan kejadian tu memang masih segar dalam memori saya ...hahaaaa.. selepas mengayuh lebih kurang 100m(agak2la) saya berselisih dengan sebuah motor laju, dek terkejut saya gagal mengawal basikal saya dan terus jatuh ke dalam longkang tepi jalan. (kejadian pertama). Berdebar weh, takleh cakap la. Tapi saya kuatkan semangat, terus gak perjalanan ke sekolah. Sampai di jalan yang agak berbukit (turun bukit) saya panik lagi, terus tak brek dan sekali lagi.......bum! masuk longkang. Kali siap kena gelak dengan budak-budak lelaki yang ada kat situ. Aduhh..malunya tak dapat nak cerita, tapi saya selamba je angkat basikal, kayuh lagi sampai sekolah.

Tu zaman 90 an. Sekarang musim berbasikal serasa kembali hangat. Kali ni lebih ranggi...basikal Pixie. Sebelum berpindah ke sini, saya ada melihat budak-budak naik basikal yang bermacam-macam warna striking ni. Tapi tidaklah terlalu ketara. Menjejak kaki di bandar Kuala Terengganu, saya lihat macam dah jadi fenomena pula. Dari yang kecik-kecik sampai la yang dah dewasa pun dok mengayuh basikal ni tak kira siang atau malam. Namun yang kurang berkenan bila mereka kurang mengambil berat tentang ciri-ciri keselamatan. Berbasikal secara sembrono dan tidak berhemah di tengah-tengah trafik, jalan utama pulak tu.
Dari lensa Nokia cik bunga...yang tak bape jelas
Gambar di atas saya snap di persimpangan lampu isyarat Gong Badak (simpang UMT) -maaf  kualiti kurang memuaskan. Nak marah pun ada sebab mereka ni selamba je berbasikal beramai di tengah-tengah jalan dan menghalang traffik. Saya sebenarnya sangat concern tentang keselamatan mereka, sebab adakalanya pemandu memang tak perasan dengan kehadiran mereka ni. 

Selasa, 15 November 2011

Malaysia No 1

Selak-selak paper tadi, terbaca tentang 'pencapaian' Malaysia terbaru dalam bidang OBESITI.  Mak aih. Itu petanda orang kita semakin selesa, negara semakin makmur. Kalau di Somalia orang mati sebab tak makan, di sini boleh mati terkena macam-macam penyakit sebab terlebih banyak makan.

Apa yang terjadi sekarang adalah natijah daripada gaya hidup rakyat Malaysia sendiri. Satu pemandangan yang biasa bila tengah-tengah malam pun kedai mamak masih penuh dengan manusia tengah menjamu selera. Makan yang berat-berat pulak tu. Roti canai, teh tarik, kalau kat Terengganu ni saya lihat nasi minyak pun ada dijual waktu malam (Sedap beb!). Itulah antara penyumbang-penyumbang utama kepada lemak-lemak yang berkumpul kat dalam badan. Mana taknya, waktu malam kan kadar metabolisme kita dah semakin rendah. Kalau ikut sunnah  Nabi SAW kita, makan malam elok di ambil sebelum maghrib. Sebab untuk menghadamkan makanan tu kan akan ambil masa lebih kurang 4 jam. So elok-elok makanan dalam perut tu dah hadam masa kita nak tidur. Takdelah kita mengerah kilang penghadaman kita tu ke tahap maksimum.

Berbalik kepada saranan Nabi SAW. Kalau kita betul-betul mengikut cara yang dianjurkan, insyaallah kita pasti dilindungi daripada macam-macam jenis penyakit yang dok ada sekarang ni. Rasulullah menyuruh kita makan secara sederhana.Rasulullah suruh kita makan sebelum lapar supaya kita tidak makan berlebihan. Berhenti makan pula sebelum kenyang , supaya cukup ruang untuk perut kita menjalankan fungsinya.  Jangan minum semasa makan, tapi ambil minuman setelah selesai makan (lebih kurang 1/2 jam selepas makan) supaya kita tidak menggnggu sistem enzim pencernaan kita yang sedang bekerja dan makanlah buah sebelum makan (membantu penghadaman). Dah cantik dah ajaran Rasulullah, tapi kebanyakan kita lebih suka makan ikut nafsu.
makan dan makan lagi...




Isnin, 14 November 2011

Ketenangan yang dicari-cari

Bismillahirrahmanirrahim

"Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkan kami apa yang kami lupa, dan ajarkan kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami agar dapat membacanya pada waktu malam dan pada waktu siang. Jadikanlah ia perisai kami, wahai Tuhan sekelian alam."


Seorang sahabat pernah menasihati saya, kiranya waktu itu keresahan sering melanda hingga mata enggan lena saban malam. Katanya bacalah Al-Quran dan berselawat shifa' setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah, itulah penawar. 



sleeping beauty

Kiranya aku terguris jua


oleh rasa cemburu.....
oleh rasa ragu.... 
oleh rasa rindu.....
oleh ujian ini pastinya.....

Amarah alam

Manusia sering lupa. Mungkin itu sudah lumrah kejadiannya. Selalu lupa nak bersyukur. Selalu lupa nak fikir akibat dari setiap sesuatu yang dilakukan. Selalu juga lupa tentang harga setiap nikmat yang di beri.
Gempa bumi di Turki Okt 2011 (gambar Google)
Pantai Tok Jembal (dari lensa Nokia Cik Bunga)

Hijrah : Fizikal dan minda

Alhamdulilllah, kerana diberi kesempatan untuk menulis lagi.. (akhirnya mampu menepis semua alasan yang seringkali melingkari hidup saya, Yes!) Kalau mereka yang pernah berkunjung di sini tentu perasan blog ni dah bertukar...mood baru. Sebab memang sesuai lah dengan status saya yang dalam mode HIJRAH : tempat baru, pemikiran baru, rutin baru dan tahun baru yang bakal menjengah tak sampai 2 minggu lagi. Besar harapan saya agar mampu terus menghidupkan blog ini (walaupun tak ramai pembaca) :)

Cerita pasal tempat baru, kadang-kadang seronok juga memandangkan saya berhijrah ke negeri yang sinonim dengan pantai peranginan yang cantik dan Festival Monsoonnya. Cuma tetap adakalanya rasa asing. Terutamanya dengan loghat dan budaya.Tapi orang sini memang sangat ramah dan mesra!
sepetang di Pantai Teluk Ketapang
Tapi dalam banyak-banyak bentuk penghijrahan dalam hidup saya recently, inilah yang paling mencabar:

jalan masuk ke rumah

mencabar wo! habis berbedak lumpur Kembara saya
Almaklumlah, musim pun dah masuk musim monsun. Yang tambah mendebarkan hati, waktu masuk musim hujan hari tu, saya boleh dengar bunyi deburan ombak yang kuat dari rumah (pantai dalam 1km dari rumah). Tak lena tidur dibuatnya. 

Apa-apa pun, saya terima perubahan ini dengan hati terluka terbuka. Dengan harapan tulus ikhlas agar ada rezeki untuk saya di tempat baru. Mudah-mudahan!







Jumaat, 28 Oktober 2011

ASTRO bakal ada pesaing?

Khabarnya ASTRO bakal menerima pesaing, iaitu sebuah lagi stesen tv berbayar akan dilancarkan. Tapi mungkin menggunakan kabel... Emmmmm, bagus juga ada yang boleh memecah monopoli ASTRO. Persaingan yang sihat. Moga-moga dengan adanya stesen baru ini akan memberi lebih banyak pilihan yg lebih murah? kepada pelanggan (kita lah tu) . Saya petik keratan berita dari Yahoo:

By Jahabar Sadiq

Editor

KUALA LUMPUR, Oct 28 — Businessman Datuk K.K. Eswaran, who has close ties with Datuk Seri Najib Razak’s family, is behind the new cable television venture Nilamas Corporation Sdn Bhd, which is to start service as early as the first half of next year, say industry sources.

The Malaysian Insider understands that the company, which expects to spend RM2 billion to challenge satellite TV operator Astro for a share of the local market, has now been renamed Asian Broadcasting Network Sdn Bhd. The new brand will be launched next month.



“Datuk Kenneth Eswaran is behind this venture and his ties with the first family have ensured he got fast approval for the required licences,” an industry source told The Malaysian Insider, referring to the Indian businessman’s preferred name.



Those close to the venture confirmed Eswaran’s interest, pointing out that Nilamas shares two common directors with the businessman’s main corporate vehicle, Pinehill Pacific Berhad. The two are former top civil servants Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim and Datuk Nik Mohd Amin Nik Abu Bakar.



“Eswaran is politically connected. It’s no surprise he got quick approvals but he now has to launch it,” another industry source said, confirming the new brand name launch is slated for next month.



Eswaran is the deputy executive chairman of Pinehill Pacific, where he is a substantial shareholder. The company has made a few name changes from its original Benta Plantations to Best World Land Bhd in 1995, a year after Eswaran came in, and then renamed Multi Vest Resources Bhd in 2000. It took its present name last January.



The businessman was elected president of the Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry (MAICCI) in June 2008 and was linked to Najib’s family by popular blogger Raja Petra Kamarudin, who edits the Malaysia-Today news portal.



The Star daily reported last week that Nilamas had secured all the requisite licences to offer digital cable TV in the country, and will compete in the pay-TV space with Astro All Asia Networks plc (Astro) and several IPTV providers including Telekom Malaysia Bhd (TM).



The set-up cost for the cable network offering is expected to be more than RM2 billion over a five-year period and Nilamas, according to sources, is looking at a 40:60 equity-debt combination to fund its venture.



Retired navy chief and former armed forces chief Admiral (Ret) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor is one of the directors of the company, which has invested in a building in Puchong for its broadcasting centre.



The newspaper also said the new station plans to offer entertainment and educational programmes with an interactive focus.



Nilamas secured the requisite licences to offer subscription broadcasting in the country from the industry regulator, Malaysian Communication and Multimedia Commission, on August 11 and with this licence it is allowed to offer broadcasting services for a fee.



The company also has network facilities licences that will allow it to build up a network and also a network service provider licence. The licences are valid for five years.



It has begin hiring people and already has a chief executive officer, television industry veteran Sreedhar Subramaniam, who had served as chief financial officer in NTV7 and also as chief executive of The Malaysian Insider.



The Star quoted sources as saying the company now has 20 people and is looking to expand to 800 by the time of its launch.



Sources also said the company was in talks with numerous content providers but added that it might find it difficult to secure content already sold to competitors such as Astro and TM.



Astro began service in 1996 with 22 channels and took a decade to break even. It currently broadcasts some 125 pay-TV channels in four major languages including eight channels in high definition across Malaysia and Brunei to more than 2.93 million households.



Sources told The Malaysian Insider that the new venture would use fibre for its backhaul which will be leased from fibre operators such as TM, Time dotCom Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Fiberail and Fibercom.

Rabu, 28 September 2011

Lagi pencabulan hak asasi manusia


Cik Bunga memang tak dapat terima kekejaman ini. Mengapa sekejam ini terhadap nyawa yang langsung tak berdosa..again and again. Takkan tak terdetik pun sedikit belas kasihan kalaupun tiada sayang.

KUALA LUMPUR, Sept 16 (Bernama) -- A dead baby boy, believed to be newly
born, was found floating in Sungai Kroh at 4 1/2 milestone, Jalan Ipoh, here,
today.
The discovery was made about 4pm by patrol policemen from the Jinjang
station while passing through the area before removing the decomposing body from
the river.
Sentul district police chief, ACP Zakaria Pagan, said a team of policemen
including from the Forensic Unit, went to the scene after receiving the report.
"Our initial investigation found the baby to have been born prematurely with
the umbilical cord still intact," he said when contacted today.
The body was sent to Kuala Lumpur Hospital.
Zakaria said anyone with information on the case could contact the nearest
police station or call Sentul police at 03-62562325.
-- BERNAMA

Jumaat, 23 September 2011

Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam

Hari mood copy paste. Sebab nampak satu news yang macam happy news e. So cik bunga nak paste kat sini. Hopefully akan jadi kenyataan. Tak kisahlah, yang baik kita rasa sama-sama.




KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.



Akaun FB bernilai RM1.8m

*cik bunga copy paste drp yahoo.com.my

Tourism Ministry: RM1.8m spent on Facebook pages


By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, June 14 — A whopping RM1,758,432 was spent on developing six Facebook pages to promote Malaysian tourism, the Tourism Ministry said today.
Deputy Tourism Minister James Dawos Mamit said this today in reply to a question from Anthony Loke (Rasah-DAP).
Each Facebook page cost RM293,072 — Cuti-Cuti 1 Malaysia, Citrawarna 1Malaysia, Karnival Jualan Mega 1 Malaysia, Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1 Malaysia, Kempen 1 Malaysia Bersih and Fabulous Food 1 Malaysia.
The Citrawarna 1 Malaysia page has so far attracted 20,292 Facebook fans since it was launched on May 21.
Mamit said that the RM1.8 million included costs for designing, flash programming and coding, testing and debugging, uploading and launching the application, system server deployment and campaign management.
“You need RM1.8 million to run Facebook pages and applications? A six-year-old can start a Facebook page.
“If Datuk Seri Ng Yen Yen has problems getting people to help start Facebook pages, DAP headquarters can help her out, we have people who can develop these things at no cost,” Loke told reporters later at a press conference.
Loke said that unless Ng explained the reasons behind the “exorbitant” costs for the “social media branding” exercise by her ministry, he intends to lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).


nota: Alahai..1.8 million untuk akaun FB yang free..emmm..wondering

Khamis, 8 September 2011

Coretan buat dia..

Dia yang hadir sebagai anugerah jiwa yang lesu...
juga mungkin sebagai pinjaman buat duniaku yang kelabu.
Menjadi tongkat di kala kaki tidak mampu berdiri.
Menjadi bantal empuk di kala mata terkulai layu..
Menjadi guru tatkala minda menjadi dungu.
Menjadi pena bilamana ku ingin mencoret..
Juga bagaikan desiran angin dingin meredakan kehangatan yang seringkala menjengah di hati..
Dia...sahabat sejati

Mungkin kehadiran dia hanya umpama pelangi petang yang sirna jua dibawa senja???

Rabu, 7 September 2011

Cinta itu....

... membahagiakan
...buta
...membawa derita
...pengorbanan
...anugerah
...sengsara
...membunuhku!

Selasa, 6 September 2011

Hikmah di sebalik musibah



Masa kejadian: 6 Ogos 2011 bersamaan 6 Ramadhan jam 5.00 ptg
Tempat kejadian: KM 49.2 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong

Musibah: Cik Bunga telah hilang sedikit pahala puasa kerana gagal mengawal marah di bulan Ramadhan ... huhu..kerana kejadian ini berlaku 2 hari selepas kemalangan kecil yang juga melibatkan kenderaan yang sama.... Astaghfirullah... Cik Bunga enggan membayangkan wajah Cik Bunga ketika itu bagaikan sang singa yang naik minyak.
Alhamdulillah, permata hati Cik Bunga yang bertiga (termasuk yang dalam gambar) itu tidak mengalami sebarang kecedaraan.

Hikmahnya: 1 Bila marah, kita hilang kawalan diri. Usai musibah, baru saya sedar kemarahan yang tidak dikawal akan membawa kepada musibah lain (contohnya: hilang keayuan asli seorang wanita Melayu dan boleh mencetuskan permusuhan)
2 Kerana kejadian itu, saya kenal siapa kawan sebenar. So nak ambil peluang untuk ucap jutaan terima kasih kepada yang membantu.
3 Baru tau potensi diri (tahap kemarahan, tahap kesabaran, bagaimana diri bertidak ketika musibah, dll....huhu...)
4 Dapat bumper baru, no plat baru, pintu baru dll..hehehe

Sabtu, 20 Ogos 2011

Jujur ku katakan...


Sudah 20 hari ... baru hari ni sempat saya menjengah blog. Malam Ramadhan ke 20, buat pertama kalinya saya hampir menangis menghayati manisnya ibadat. Astaghfirullah... jauhnya saya terlalai. Ahamdulillah...Allah beri saya sekelumit perasaan itu... MasyaAllah indahnya perasaan itu....

Selalu kita mengharapkan kita dapat Ramadhan yang terbaik. Tapi seringkali juga kita lalai dan leka. Semakin tibanya penghujung Ramadhan, instead of mengejar Rahmat Lailatulqadar, kita lebih leka mengikut nafsu. Ada hikmahnya bila nikmat kesihatan di tarik sedikit, agar saya lebih mendekatiNya...

Hibanya hati .. memikirkan bahawa saya tega membiarkan 20 hari berlalu tanpa kesungguhan. Hanya leka memikirkan soal-soal dunia yang tidak ke mana.

Jujur saya katakan...

Selasa, 19 Julai 2011

In life...

Apa yang pasti dalam hidup?

Duduk diam-diam, fikir dan cuba cari jawapannya...
.
.
.
.
Mati itu pasti.
.
.
.
.
Ketidakpastian itu juga sangat pasti

What most certain in life is UNCERTAINTY...


Ahad, 17 Julai 2011

Hellen Keller : Menerima dan menggapai cita

Dapat tak anda bayangkan anda berada dalam bilik yang sangat gelap, kedap bunyi; nothing you can see and nothing you can hear?  And nobody hear you too. Agaknya berapa lama boleh tahan ye? I can't, coz saya takut gelap dan klaustrofobik.

Tak terbayang kan kalau ada orang yang dilahirkan pekak, bisu dan buta boleh menjadi antara orang yang melakar sejarahnya tersendiri. Setelah lebih seabad dunia masih menyebut namanya dan menghargai sumbangannya.Dialah Hellen Keller,  aktivis politik, penulis dn pensyarah kelahiran Amerika Syarikat.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perjalanan dan sejarah hidupnya.  Apa yang ingin saya terjemahkan adalah semangat dan keberaniannya meneruskan hidupnya. Bukan hanya hidup, tetapi hidup dengan luar biasa, Mampu menerima keadaan dirinya dengan terbuka, dan memanipulasi kekurangannya menjadi senjata. Tak semua orang mampu MENERIMA kelemahan dan kekurangan diri. Apatah lagi untuk menggunakannya sebagai kekuatan. 




Adakalanya bila kita memaksa diri kita untuk menerima, kita bakal kalah juga dengan perasaan terpaksa itu. Kita akan memendam di dalam ruang hati, hanya menanti masa untuk diluahkan.Apabila terluah maka timbullah persengketaan. Andainya melibatkan hubungan dengan orang disekeliling, maka akan wujudlah persengkataan yang boleh mencalar hubungan. Jika hanya di dalam diri, akan berlegarlah perbalahan dalam diri. Saya juga begitu. Saya sering menganggap saya boleh menerima sesuatu perkara, namun hakikatnya mungkin tidak sepenuhnya (sebenarnya tidak jujur dengan diri sendiri). Bila sampai ketikanya, baru tersedar ada unsur ketidakjujuran itu.

Namun andainya kita lebih terbuka menerima segalanya seadanya, walau tidak sempurna, maka segalanya pasti jadi mudah. Percayalah,saat itu pasti kita sedar bahawa potensi kita melangkaui apa yang kita fikir. Itu yang saya lihat pada Hellen. Apabila beliau mula menerima keadaan dirinya, tiada yang mustahil lagi. Fikir-fikirlah. Kerana saya juga sedang memberitahu hati kecil agar lebih terbuka. Agar lebih menerima. Supaya saya boleh pergi lebih jauh. Itu yang saya cita-citakan!



Selasa, 12 Julai 2011

10 mitos mengenai penjagaan kulit

Sumber: Yahoo

What an article! So interesting, and people selalu salah faham between facts and myths. So kat sini saya sisipkan artikel yang saya kutip dari Yahoo page:

Are you approaching your regimen all wrong? Dermatologists expose common blunders that could be sabotaging your complexion.
MYTH 1: A complete skincare routine must have three steps.
TRUTH:Cleanse, tone, then moisturize has been drilled into our heads, but feel free to skip the second step, says Cambridge, Massachusetts, dermatologist Dr. Ranella Hirsch: "People think that toning an oily complexion will make it better, but oil is protective and the body produces it in response to injury. When you strip your skin, it reacts by making a ton of grease."
MYTH 2: You need to cleanse your face at least twice a day.
TRUTH: Using a face wash in the morning is just an excuse to go through more product, according to Hirsch, who advises avoiding antibacterial soaps at all costs because they're too harsh for your face. "In the morning, the best thing is water and your fingers, not a cleanser," she says.
MYTH 3: Scrubs make skin glow.
TRUTH: Overexfoliating leads to extra oil production, so the glow you see the first week will eventually turn into a greasy mess. "Skin is actually a good exfoliator on its own, so I rarely recommend manual scrubs," says Hirsch.
MYTH 4: Dryness causes fine lines.
TRUTH: People confuse dryness and flaking with wrinkles, says Hirsch, who suggests smoothing things out visually with a little lotion: "Just moisturizing will make wrinkles look better. The lines are still there, but you won't see them anymore."
MYTH 5: You should buy your best friend's favorite eye cream.
TRUTH: "Everyone has different eye issues, so one size does not fit all," reveals New York City dermatologist Dr. Anne Chapas. If you have puffiness, choose a gel (heavy creams can boost swelling) with caffeine and store the tube in the fridge to maximize benefits. If you have dark circles, look for a product with a lightening ingredient like vitamin C and a collagen-builder like retinol.
MYTH 6: Leaving a mask on overnight gives you more for your money.
TRUTH: Masks deliver a potent dose of active ingredients or moisture quickly into the skin, but you can overdo it, causing irritation or breakouts. "You should use things as directed. Rarely do you outsmart the people who have done the clinical testing for a product," says Hirsch.
MYTH 7: Wearing foundation with an SPF means you're being sun safe.
TRUTH: You should still apply a sunscreen underneath, says Chapas. "Unless you're slathering on a mask of makeup, you're not getting enough protection. You need to wear an SPF of at least 30 on your face every day, and nobody puts on enough foundation to get that SPF value out of it."
MYTH 8: Nano-size titanium dioxide sunscreen causes cancer.
TRUTH: "The majority of studies show that titanium dioxide nanoparticles are not absorbed through the normal skin," explains Dr. Chapas. "There are animal studies that show a link between nano-size titanium dioxide and organ damage, but the mice tested were ingesting or inhaling multiple times the amount that you would put on your skin. As far as we know, nano-size sunscreens that are applied topically are safe."
MYTH 9: The more wrinkle cream you apply, the better your results.
TRUTH: Morning and evening applications are a waste of money, says Hirsch. Most active ingredients work really well once a day, and antiaging retinols should be used only at night (because they're broken down by sunlight). Plus, slathering on too many retinols will cause irritation and make your skin look worse, leading to redness, peeling, and inflammation.
MYTH 10: The best way to get rid of blackheads is extractions.
TRUTH: Pulling and pressing on pores can cause scarring, warns Chapas. "After extractions, skin just fills right back up with oil. Using retinols and gentle acid peels at home is enough to unclog pores."

Rabu, 29 Jun 2011

Fairly Legal : Being so positive

This is one of my fav series too. Saya memang suka sangat siri-siri yang menonjolkan wanita sebagai watak utama. Macam siri ni, Kate Reed; seorang bekas lawyer yang baru kehilangan bapanya, which is she was closest to. She's very positive and optimistic. Kate sentiasa ada pendapat sendiri tentang sesuatu perkara. The way she think memang differently. Mungkin atas sebab itu Kate quit as lawyer and become a mediator.

Namun, bila menelusuri pemikiran Kate,  I noticed that she always failed to solved her own isues, and most of the time she tend to run from it especially to something that she didnt like to think about. Contohnya tentang perceraian nya dengan Justin (seorang pendakwaraya yang sangat komited dengan tugasnya). Adakala saya lihat Kate tidak mahu berpisah melihatkan hubungan baik meraka. Dan juga tentang hubungannya dengan ibu tirinya( Lauren Reed) yang tak pernah baik. Kate tidak suka Lauren yang bersikap dingin. Watak Lauren juga menarik perhatian saya. Lauren kelihatan dari luaran adalah seorang sangat tegas, dingin, tiada perasaan, kejam dan keras. Tapi pada hakikatnya, kekerasan yang ditunjukkan sebenarnya cume ingin menutup kelembutannya. Mungkin pada Lauren, sifat lembut adalah satu kelemahan. Itu yang menarik. :)

Berbalik pada Kate. Dia adalah seorang wanita yang berazam. Means, setiap masalah atau perkara yang timbul, dia akan cuba mencari jalan untuk selesaikannya. Dengan apa jua cara. She's amazing! That's why saya kata she's different, in terms of her action , her thinking and how she face them.

By the way , siri ni belum habis. So sy masih mengikutinya...

Selasa, 21 Jun 2011

The Good Wife

The Good Wife 2 ; My fav series just ended last nite on Diva Channel. I really admired the main character; Alicia Florrick.. What an extraordinary woman. There's a lot of lesson in this series. Alicia did handle her family, her husband's scandal and her children in extraordinary ways. She fought every obstacle that come to her way.. from an ordinary housewife to a tough lawyer. She just moved on her life.

Sungguh, saya terpesona dengan wataknya. Dia tenang dan caranya menjawab setiap persoalan yang datang sangat berbeza. Dari siri pertama saya mengikuti perkembangan wataknya. Dalam siri kedua dia lebih matang dan berwibawa. Dia memaafkan, menerima, dan melawan. Bayangkan kita di situasinya; suami didakwa di mahkamah, pembongkaran skandal seks suaminya, mereka kehilangan rumah, dia terpaksa bekerja dan menggalas beban sebagai ketua keluarga dan menjaga hati serta psikologi anak-anak remajanya.Saya bagaikan merasai jiwanya.

Harap-harap akan ada siri ketiga. Kerana siri ini berakhir dengan hubungannya dengan Will Gardner ( her ex college BF) ada sedikit perkembangan. Bukanlah menyokong kecurangan seorang isteri, namun Alicia juga berhak untuk meladeni hatinya yang kecewa. Huhu..kan dh cakap, saya terlalu terbawa-bawa..

Rabu, 25 Mei 2011

Kenali diri sedalamnya

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang satu artikel yang saya baca bulan lalu. Tentang manusia yang dalam tak sedar berlagak seperti Tuhan. MasyaAllah. Bila direnungkan kembali, saya sendiri beristighfar kerana adakala tanpa sedar diri mudah tergelincir dari landasan yang sewajarnya and unconsciously, i tend to be like that.

The article says, most of us nak berjaya, nak berubah ke arah yang lebih baik dan nak jana lebih pendapatan daripada yang sedia ada. So we go for various programs, trainings and courses to gain awareness and changes. Memang bagus jika kita nak cari perubahan dan semangat melalui program-program tersebut. And trust me, u will feel the energy and u will feel the changes. Namun seringkali kita lupa perubahan tersebut datang bersama nafsu yang membuak. Dibimbangi kita gagal mengawal nafsu dan ia akan mengatasi akal dan kewarasan kita. 

Saya pernah berada di situ. Keinginan yang membuak untuk menimba ilmu sehingga rasa diri sudah cukup besar dan bijak. Bergelora di dalam diri nak berkongsi ilmu sehingga tak perasan dinding keegoan mulai menumbuh.Bila sedikit kejayaan, sanjungan menjengah, gelora itu lebih bergolak. Ego semakin menebal, dan rasa semuanya in control. See? Dalam diam-diam rupanya kita sudah menjadi bagaikan tuhan kecil yang  boleh menentukan apa yang bakal terjadi. Dalam bisnes seperti saya, amat-amat mudah kita terjerumus ke lembah seperti ini. But remember, we not always on top. Life is spinning.

Saya teringat satu ayat: Makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita tak tau. Tu yang patut kita semat kerana sepandai manapun kita, takkan tertanding ilmu Allah. Jadi renungi diri, sentiasa muhasabah dan rendah hati. Moga Allah terus merahmati perjalanan kita dan tidak melupakan hambaNya ini. Juga harus diingat dalam meniti kemayshuran dan kejayaan, pujian akan tiba bertubi-tubi. Memang, sesiapapun suka di puji. Jadi bila ada pujian , bersedia juga untuk menerima kejian. Kerana setiap sesuatu itu sentiasa ada pasangannya. Seandainya kita hanya inginkan pujian tanpa kejian sesungguhnya kita adalah orang yang tidak menjaga hubungan dengan Pencipta kita. 

Wallahualam





Selasa, 24 Mei 2011

Menghargai dan dihargai

19 May 2011. Saya terima satu panggilan telefon dari seorang klien yang juga teman saya yang agak rapat. Cemas beliau bersuara, "aku buang air berdarah... memang keluar darah je"

Sayapun cemas, risaukan kesihatan beliau. Lantas saya meminta beliau (beliau berada di Bera) ke klinik dan minta doktor buat satu surat rujukan ke hospital. Saya juga cemas, kerana waktu telah malam dan saya benar-benar tidak dapat menghantar beliau ke hospital. Satu lagi panggilan saya terima, mengatakan beliau telah dapat surat tersebut dan adiknya akan menghantar beliau ke Kuantan (KPJ Specialist). Hati saya lega, sempat juga meminta maaf kerana tidak berkesempatan nak hantar.

2.30 am saya terima mesej mengatakan beliau telah selamat diwadkan. Pagi esoknya saya hubungi Prudential untuk mengesahkan GL dikeluarkan untuk sahabat saya itu. Done. Hati saya lega, kerana hari itu saya telah berjaya membantu sahabat saya. Riang walaupun masih risaukan kesihatannya.

20 May 2011. Petang. Saya terima panggilan dari adik ipar sahabat saya tadi. Beliau bertanyakan tentang bil hospital, adakah Prudential akan bayarkan. Jadi sebagaimana yang telah saya terangkan kepada abang iparnya, saya terangkan sekali lagi kepadanya. Alhamdulillah, beliau faham dan saya lega kerana sekurang-kurangnya saya berjaya ringankan beban keluarganya ; dari segi bebanan kewangan dan perasaan. Saya cuma meminta sahabat saya supaya bertenang dan berehat kerana urusan hospital dan bil saya yang akan uruskan. Terharu bila beliau berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada saya. Oh lupa, beliau disahkan mengalami pendarahan usus yang serius dan perlu dipantau selama 5 hari untuk antibiotik dan jika masih tidak sembuh beliau mungkin akan menjalani pembedahan.

23 May 2011. Saya telefon sahabat saya, bertanya keadaannya. Alhamdulillah beliua telah dibenarkan keluar. Sekali lagi beliau berterima kasih . Berkali-kali sehingga bergenang air mata saya. Dulu saya sangat menghargai beliau kerana menyokong bisnes saya dengan mengambil polisi yang saya cadangkan walaupun beliau belum faham sepenuhnya kepentingan polisi tersebut. Saya amat menghargainya. Kini dengan polisi tersebut saya mampu membantu beliau yang dalam kesakitan dengan memberi pilihan untuk mendapatkan bantuan perubatan pakar dan bil ditanggung oleh polisinya. Dan saya dihargai. Juga amat dihargai bilamana beliau meminta saya quote kan quotation untuk polisi satu keluarga pula. Alahamdulillah......:) rezeki saya.

Dalam dua minggu lagi saya akan hantarkan pula cek tuntutan hospitalnya yang bernilai RM1000. Alhamdulillah, whats matter is sahabat saya sihat dan gembira.