Ramai yang tahu buat duit. Ramai juga yang tau habiskan duit. Ramai yang pandai dan kreatif mengumpul harta. Dan sekarang ramai juga yang bijak melindungi harta mereka serta melaburkannya untuk mengembangkan lagi kekayaan. Inilah perkembangan dan inovasi produk kewangan di Malaysia. Tapi sayangnya tak ramai yang ada kesedaran tentang bagaimana nak membuat pengurusan dan pembahagian harta, terutama setelah kita dah tinggalkan dunia ini. Ini yang kita selalu lupa sedangkan harta yang semasa hidup menjadi milik kita adalah hak waris-waris setelah kita meninggal dunia. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Serahkanlah harta pusaka kepada pemiliknya. Sekiranya ada baki, serahkanlah kepada kaum keluarga yang terdekat. “ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Jadi, pernahkah kita terfikir siapakah WARIS-WARIS kita? Tahukah kita struktur faraid kita? Sangat penting untuk kita mengenalpasti struktur faraid kita agar pertikaian dan kekeliruan boleh kita elakkan di kemudian hari. Tentunya kita mengharapkan kita...