Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel anak

anak kita, harta kita

Have you ever heard bout this disease? Anal Atresia Infantile Hydrocephalus Congenital Diaphragmatic Hernia Atrial Septal Defect Tetralogy of Fallot Sekadar menyebut beberapa jenis penyakit.. Nama yang pelik-pelik. Namun hari ini, inilah yang seringkali terpampang di dada-dada akhbar. Derita anak, menanggung sakit; derita bapa, bergolok gadai mencari wang. Sebenarnya nama-nama di atas adalah penyakit konginetal yang seringkali terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ketentuan Tuhan siapa yang tahu. Bila telah terjadi, sebagai bapa dan ibu, pasti sanggup buat apa saja untuk memastikan yang terbaik untuk anak. Persoalannya, cukupkah? Sekadar berkongsi; andai belum tahu; di pasaran sekarang telah ada satu pelan yang boleh meringankan beban sekiranya perkara ini berlaku. Benar, ia memerlukan sedikit wang dan usaha. Tapi andai di ukur dari sudut nilai, mungkin inilah yang terbaik. Sekurang-kurangnya, kita tidak perlu meminta-minta. Dan yang paling penting kita telah sediakan payung sebelum huj...

Tergamaknya mereka...

Seringkali kita membaca di dada-dada akhbar berita mengenai pembuangan bayi. Saya selaku seorang wanita bergelar ibu, amat kesal, marah dan sedih dengan perbuatan wanita-wanita itu; yang juga bergelar ibu. Tiada langsungkah rasa sayang? Kalaupun tiada sayang, tidakkah mereka melihat bayi itu sebagai seorang manusia; yang mempunyai nyawa. Bukan patung tanpa rasa yang boleh mereka campakkan ke mana saja yang sempat. Seorang sahabat saya pernah menceritakan satu kes yang berlaku di daerah tempat tinggal saya. Sangat menyanyat hati. Seorang ibu muda tergamak mencampakkan hidup-hidup bayinya yang sudah berusia 7 BULAN (kalau tak silap) ke dalam gaung tepi lebuhraya..... MasyaAllah.. Saya yang mendengar terasa sebak di dada. Dalam minda terus terbayangkan wajah anak-anak yang comel dan innocent . Langsung tiada peri kemanusiaan. Namun Allah Maha Adil, si ibu tadi berjaya di tahan dan perbuatannya terbongkar. Wahai wanita-wanita di luar sana. Kalau taknak, jangan buat. Kalau tak nak, jangan ...

love your child..

There's a quoate says; Love your child as they are your past.. Love your elder as they are your future... Menarik sangat. Bila aku terdengar kata-kata ini, memang ada kebenarannya. Bila melihat kenakalan anak-anakku, pasti terlintas kenakalan sendiri sewaktu kecilku. Bila naik darah dengan telatah diorang, baru terlintas macammana la mak aku sabar dengan karenah aku agaknye. Barula rasa begini la mak dulu membesarkan aku.Insaf... Dan bila melihat orang tuaku... Mula terfikir, aku jua akan begini. Sekurang-kurangnya menyedarkan aku, betapa perlunya aku di sisi mereka. Walau bagaimana sibuknya aku, jangan sekali abaikan mereka..Alamak, ni yang rase nak balik kampung ni....uwaaaaa.. rindu mak, rindu abah. Kerana sebagai ibu, aku juga mengharapkan anak-anakku juga tak akan pernah lupakan aku walau setinggi mana mereka melangkah. Jadi, setinggi mana pun pangkat, sejauh manapun melangkah, sentiasa melihat dari mana asal kita. sayangi anakmu, ingati orang tua mu....