Khamis, 22 Oktober 2015

Kajian kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak (tempatan)

KAJIAN BERKAITAN KESAN NEGATIF PENGGUNAAN GADJET KEPADA
KANAK – KANAK DI KALANGAN PELATIH POS BASIK PENGKHUSUSAN PEDIATRIK DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SUNGAI BULOH SESI 2/2014 

ADEELAH BINTI MOHD AZMI
(PB 2/2014 – 2404)

NOOR NAZIHAH BINTI HUSIN
(PB 2/2014 – 2414)

KAJIAN LITERASI (Literature REVIEW)

Kandungan gadjet hendaklah disesuaikan dengan Usia kanak-kanak dan unsur nilai yang sepatutnya dipelajari oleh kanak-kanak.

Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.)


"Pelbagai perkara yang tidak baik boleh berlaku termasuk mencuri, merompak, rogol, berzina, terbabit kegiatan samseng dan ponteng sekolah. Yang paling parah perkara ini banyak berlaku kepada remaja Islam," katanya di sini, hari ini. 

(Ali Ibrahim, 2012)


METODOLOGI KAJIAN
LATAR BELAKANG KAJIAN
KSKB SUNGAI BULOH

REKA BENTUK KAJIAN
Soal selidik

Terdiri daripada empat bahagian iaitu 
Bahagian a = data demografik ( latar belakang ibubapa)
Bahagian b = tahap pengetahuan, sikap, dan amalan.
Bahagian c = punca masalah terhadap penggunaan gadjet. 
Bahagian d = kesan penggunaan gadjet yang mempengaruhi kanak-kanak.

BAHAGIAN A

Seramai 30 orang pelatih sebagai responden.

POPULASI KAJIAN
Terdiri daripada pelatih pengkhususan pediatrik.

PENGANALISISAN DATA
Semua data dianalisis menggunakan kaedah SPSS.
Diterjemah dalam bentuk jadual.

SAMPEL KAJIAN
BAHAGIAN B
BAHAGIAN C
BAHAGIAN D
PERBINCANGAN
1)Pelatih pengkhususan yang berstatus ibubapa, daripada pengamatan yang dijalankan daripada analisa data, hipotesi yang dikaji adalah berjaya.

2)Tahap pengetahuan, sikap dan amalan ibu bapa terhadap kesan negatif gadjet menunjukkan persepsi yang positif kerana majoritinya mempunyai pengetahuan tentang keburukkan gadjet.



3) Majoriti ibu bapa sependapat punca masalah terhadap penggunaan gadjet disebabkan oleh kekangan masa ibubapa yang bekerjaya. 

4) 90% bersetuju gadjet banyak mempengaruhi dari segi menganggu waktu tidur dan kurang berfikir secara kreatif serta memnyebabkan penglihatan kanak-kanak terjejas.



CADANGAN

1- Kajian ini perlu di tiru dan mempunyai perbincangan susulan dengan kumpulan fokus serta temuduga daripada responden untuk mendapatkan perbincangan yang lebih sesuai dan juga berberapa idea tersembunyi dari pensyarah.

2-Kajian perlu di cetak semula dengan memasukkan pembolehubah tambahan seperti sosioekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, dan tahap kemahiran permulaan akademik kanak-kanak. 

2- Kajian ini perlu dijalankan dengan kajian yang sama yang membandingkan persepsi ibu bapa dalam menggunakan media melalui pendekatan pembelajaran dengan membezakan jantina. 


LIMITASI KAJIAN
Batasan kajian ini adalah masa yang tidak mencukupi. Semua penyelidikan masa yang diberikan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini tidak cukup sebagai proses menjalankan kajian ini. 

Masalah kewangan menjadi satu batasan terhadap kajian ini sebagai penyelidik tidak mempunyai wang mencukupi untuk mencetak dan masalah pengangkutan akan berlaku.




RUJUKAN
1- Ali Ibrahim (2012), Telefon bimbit di sekolah beri kesan negatif kepada pelajar, Surat Khabar Kosmo

2- Prof. Dr. Bustam Kamri, (2011) Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Faculty of Early Childhood Studies (FECS) Dean FECS BECE

3- Bukhari dan Muslim, Koleksi Hadis Nabi & Penggerak Muslim, 2 (2).

4- Smith ,Babbie, Earl R. (2003). The Practice of Social Research (12th ed.). Wadsworth. pp. 436–440. ISBN 0-495-59841-0.

5- J.G. Federick & L.B.Wallnau (2010), Statistic for the Behavioral Sciences 9TH Edition, Wadsworth.



KESIMPULAN
Kesimpulan daripada kajian yang dijalankan ialah kebanyakan ibubapa memahami kehendak sosial tetapi perlu memahami keburukan gadjet kepada kanak-kanak.


Seperti yang kita jangkakan akan ada hal yang mungkin memberi kesan negatif ke atas hasil penyelidikan.Justeru itu di sini di sertakan cadangan-cadangan berikut untuk kajian akan datang.

Gajet: Kesan terhadap kanak-kanakdan remaja (berdasarkan kajian)

Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari.
Bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa.
Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan 10 sebab:-
1. Perkembangan otak
Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).
2. Perkembangan fizikal terbantut
Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan 2010).
3. Obesiti Epidemik
Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).
4. Kurang tidur
60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).
5. Penyakit mental
Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University 2010, Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011, Robinson 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell 2007).
6. Keagresifan
Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson, 2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini. “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.
7. Demensia Digital
Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan (Christakis 2004, Small 2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat belajar.
8. Ketagihan
Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).
9. Pengeluaran radiasi
Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP 2013).
10. Tidak dapat dikekalkan
Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan 2010). Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.
Laporan asal: Huffington Post & Diterjemah oleh Amazing Nara

Sabtu, 12 September 2015

Ketenangan

Tenang walaupun dalam kesempitan
Bahagia biarpun di dalam kekurangan
Ketawa di dalam duka
Syukur masih dirasa di dalam setiap musibah
Itu tanda Allah sayang

Kren tumbang di Masjidil Haram : Rahmat dan Hikmah


Ada beberapa keutamaan jamaah haji yang menjadi korban tertimpa crane di Masjidil Haram. Dan hanya Allah yang mengetahui hikmah dalam masalah ini. Diantaranya :

1. Meninggal di hari yg mulia, yaitu Jumat.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ »

Artinya: "Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya'la, dan Al-Baihaqi).

2. Meninggal karena tertimpa reruntuhan.

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ

“Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal karena penyakit tha’un, orang yang meninggal karena penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal karena tertimpa reruntuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah).

3. Meninggal di jalan Allah, yaitu sedang atau akan beribadah haji.

Abu Hurairah radhiyallahu anhu menyampaikan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam :

مَا تَعُدُّوْنَ الشَّهِيْدَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ. قَالَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيْلٌ. قَالُوْا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ, وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فيِ الطَّاعُوْنَ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيْدٌ

“Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit tha’un2 maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)

4. Meninggal ketika sedang beramal shalih.

Hudzaifah radhiyallahu anhu menyampaikan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam:

مَنْ قَالَ: لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Siapa yang mengucapkan La ilaaha illallah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang berpuasa sehari karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang bersedekah dengan satu sedekah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga.” (HR. Ahmad, sanadnya shahih).

Semoga Allah menerima amalan para korban jatuhnya crane di Masjidil Haram dan menjadikan mereka sbg para syuhada.

Innalillah wa inna ilaihi rooji'uun Taqobbalahumullah minas syuhadaa..

Khamis, 10 September 2015

Kasih Sayang Allah


Tanda allah sayang akan seseorang Allah akan memudahkan dia untuk beribadah
Tanda allah berpaling dari seseorang Allah akan sibukkan dia dengan urusan dunia.
Jarak kita dengan masjid bukan diukur dengan kaki. Tapi diukur dengan hati .

Rabu, 2 September 2015

Sabar dalam bersabar

Hampir jam 4 pagi. Saya tersedar seperti biasa. Terbaca satu mesej di telefon, nadanya berbaur marah. Berbaur tuduhan. Saya istighfar.

Hanya salah faham. Benar, namun salah faham itu boleh memutuskam silaturrahim. Andai saya menaip mesej balas dengan emosi, maka mungkin boleh terungkai sebuah persahabatan. Marah itu api. Maka ia boleh membakar kesabaran. Dan membina kesabaran bukan mudah kerana kita perlu SABAR dalam membina kesabaran itu.

Dan kerana marah itu bagai api, sejukkan lah dengan wuduk.

Ini pesan untuk diri sendiri juga yang sentiasa khilaf.... Sebelum berkata/menaip, sentiasa fikir 3 kali. Adakah ia perlu? Adakah ia wajar? Adakah ia baik?

Alhamdulillah. Kesabaran yg saya bina bertahun masih kukuh. Yang hilang di dunia saya yakin kerana Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk saya. Tak perlu pertikai lagi. Rahmat Allah sangat luas, jangan berputus asa dengan rahmatNya....

Ahad, 30 Ogos 2015

Marah

Assalamualaikum
Lama tidak menjengah. Bukan lupa. Bukan tidak ingat. Namun keterbatasan waktu. Walaupun rindu sangat.

Tadi, membelek FB, terlihat satu video amuk seorang wanita ketika barang jualan dan gerainya dirampas pihak penguatkuasa. Ya, komentar ada yang pro ada yang kontra. Ada yang simpati, tidak kurang mengeji.

Sungguh, saya faham perasaan wanita itu. Saya pernah merasai marah yang tidak dikawal. Menjerit-jerit bagai hilang akal. Ketika waras begini ada sesal yang bukan sedikit, juga malu teramat. Namun waktu tidak mungkin diputar kembali. Dan bukan juga sia-sia setiap kejadian itu kan? Allah mendidik dan menegur dengan banyak cara. Malah apa yg kita belajar dari setiap kekhilafan itulah sebenar-benar Rahmat dari Nya.

Hidup ini umpama kelas yang kita hadiri. Sentiasa belajar. Dan proses itu bukan mudah. Belajar itu juga ada tujuan yang hendak kita capai. Bagi kita yang menjadi pelajar itu wajar sentiasa sedar tentang tujuan tersebut. Dalam ujian, pasti ada masa kita gagal. Belajar lah dari setiap kegagalan dan dugaan.

Tuhan.. Saya manusia khilaf, seorang pendosa. Terlalu banyak dosa. Pernah melalui beberapa kegagalan besar. Pernah juga hampir berputus harap. Entah berapa kali jatuh dan bangun. Dan Dia masih menyambung nafas saya, hanya untuk menyedarkan saya apa tujuan hidup di dunia ini. Juga menyedarkan saya bahawa RahmatNya teramat luas. Jangan putus asa...

Rabu, 10 Jun 2015

Salah siapa

Mendidik anak di zaman fitnah sangat-sangat mencabar. Apabila sesetengan ibu bapa zaman ini berlumba-lumba membeli dunia untuk anak-anak, wujudlah generasi cintakan dunia.

Sebagai ibu bapa yang tidak arus perdana, sukarnya untuk saya memberi faham anak didikan saya betapa yang nampak 'cool' pada pandangan mereka sebenarnya adalah jalan menuju NERAKA! Apatah lagi mendidik anak yang bukan dari rahim saya, yang bukan dari acuan didikan saya semenjak kecil. Tewas rasanya bila saban hari menasihat, saban hari mendoakan, rupanya tiada satu singgah di hatinya. Dimana silap saya?

Terduduk bila membaca kata hatinya. (Sama perit bila terbuka smartphone nya yang penuh material tidak senonoh dan perbualan yang menjurus ke arah seks). Dia cuma ingin menjadi 'cool' seperti kawan-kawan yang dipujanya. Memiliki smartphone canggih. Boleh menjual muka di sosial media. Mencari kawan maya (mostly boys). Nak ada boyfriend (katanya dia tahu jaga diri dan tahu batas)

Ya, saya bukan ibu arus perdana. Saya garang. Saya tegas. Demi Allah, saya sayang padanya seperti anak kandung saya. Kerana sayanglah saya ingin mencegah kanser ini dari terus menular lebih jauh. Saya ada keyakinan untuk selamatkan dia. Saya ingin membawa dia ke jalan Allah. Supaya hidupnya lebih bermakna.

Dangkalnya saya kerana buta dengan kehendak remajanya. Saya terasa gagal. Fahamilah wahai anak, yang nampak syurga di matamu, adalah jalan yang akan membawamu ke neraka. Fahamilah, bilamana ibumu ini menghalang naluri 'cinta'mu hanya kerana ibumu tahu yang membuak di dadamu itu bukan cinta bahkan hanya nafsu yang merosakkan. Fahamilah, bila ibumu enggan memberimu gajet canggih hanya kerana ibu tahu itulah yang akan mencampakkanmu ke lembah lebih hina.

Jumaat, 24 April 2015

Insan biasa

Disebalik rasa ingin sempurna, terlalu banyak kekurangan dan kekangan yang saya tempuhi. Mengejar kesempurnaan yang hakiki, namun rupanya saya khilaf jua.

Khilaf kerana hampir mengambil mudah tentang hablum minannas. Allah.. Banyak hati yang saya sakiti. Banyak amanah hampir tidak tertunai. Tidak terkira dosa dan khilaf itu saban hari. Namun tidak jua tercapai dengan kudrat yang ada untuk selesaikan yang tertangguh waktu ini.

Saya memohon Tuhan beri saya waktu dan jalan untuk sempurnakan semua ini. Semoga saya masih mampu menanggung kesakitan yang mencengkam tanpa suara keluhan di bibir. Agar saya dapat tunaikan segalanya sebelum dijemput ke sana. Aminn..

Khamis, 16 April 2015

Dia sempurna dlm kekurangan

Cukup sempurna untuk aku yg serba kekurangan dalam kekurangan yang dia punya. Kerana aku bukan mencari kesempurnaan. Terima kasih Tuhan...

Selasa, 14 April 2015

Ukhrawi kan dunia

Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

(Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi)

Jumaat, 27 Mac 2015

Ujian kecil

Setiap denyut dan perit yg aku rasa..  Tanda kasihnya Dia padaku. Tanda Dia memerhatiku.

Tapi aku masih belum kuat tatkala melihat wajah-wajah polos anak-anak. Maafkan mama.. Mama tidak mewah dengan harta. Mama cuma harap pesan-pesan mama saban hari anak-anak akan pegang sampai bila-bila. Moga sentiasa di dalam jagaan Dia.. Ya Rabb, jagakan mereka untukku...

Khamis, 19 Mac 2015

Cahaya

Tasauf / Akidah
Jagalah Hidayah atau Petunjuk Dari Tuhan

Hidayah atau petunjuk adalah di tangan Tuhan

Manusia boleh mengusahakan

Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan

Kerana hidayah itu mahal nilainya

Tidak semua orang berhasil mendapatkannya

Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan

Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang

Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat kemudian hilang.

Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun
Dia tidak mengambil pengajaran.

Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa,
Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan.

Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku.
Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah !!!.Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan

Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan

Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan.
Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman.
Tersesat jalan tidak tahu tujuan.

Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya
Seolah-olah tidak pernah bertemu dengan lampu suluh kehidupan.

Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya, bila kehilangan cahaya, lebih teruk daripada orang buta.
Atau lebih gelap lagi daripada orang yang tidak pernah mendapat cahaya.

Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan
Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah
Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula.

Kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat,
Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta,
Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap.

ingatan dari
hamba yg hina.               
15.9.99 Lepas Asar

*copy and paste

Pelangi

Melihat dia, tenang menyapa hati. Bersih dan suci wajah polosnya. Rasa syukur menjamah hati. Hilang lelah, hilang duka, hilang segala runsing urusan duniawi

Yang ada hanya warna pelangi, indah dan berwarna warni. Terima kasih Tuhan atas kurnia Mu....