Jumaat, 10 Mei 2013

Kisah 20 sen ~ FB share

Jangan main2 dengan 20 sen...

Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Ps/jgn la gadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli...

Khamis, 1 November 2012

TIPS Menghadapi hari-hari yang sukar

Another tips of the day... Saya rasa semua orang pun akan melalui waktu-waktu tension, tekanan dan kesukaran. So hari ni saya nak share macammana kita boleh atasi setiap kesukaran tu dengan senyuman. Ni berdasarkan pengalaman je tau. 

stress - tq pakcik Google


1. Bila dapat tau sesuatu berita buruk atau menghadapi masalah yang berat, mula-mula cuba bertenang. Tarik nafas dalam kiraan 5, tahan nafas kiraan 5 juga, then hembus nafas dalam kiraan 5 juga. Ulang beberapa kali sampai korang rasa tenang sikit.

2. Satu lagi amalan yang baik adalah segera berwuduk. Hmm, dah alang-alang berwuduk tu apakata kita tunaikan solat hajat terus. Minta dengan Allah agar ditunjukkan jalan terbaik dan ketenangan untuk berfikir.

3. Yang ni saya selalu amalkan, terutama ketika tengan sedih, tengah kesempitan dan stress. Baca surah al-Insyirah sambil memahami maksudnya. Kalau baca je, tapi tak faham maksud nanti kurang pulak kesannya. "Setiap kepayahan akan ada kesenangan" Al-Insyirah, ayat 5. Dan diulang lagi dengan maksud yang sama pada ayat ke 6. See, dengan itu kita akan cepat rasa tenang sebab kita dah letak sepenuh kepercayaan kepada Allah bahawa setiap ujian dan dugaan tu pasti ada kesenangan di hujungnya. Itulah yang saya amalkan.

4.Escape.. Lari seketika dari suasana tu. Pergi beriadah ke, atau kemas rumah ke atau apa-apa yang membuatkan kita sibuk. Bila kita sibuk, kita akan lebih tenang, dan bila dah tenang barulah kita boleh fikir dengan baik. Membuat keputusan dalam keadaan beremosi adalah sangat tak wajar. 

5. Solat istikharah. Dalam setiap keputusan membuat pilihan, buatlah istikahrah. Solat ni boleh dilakukan pada bila-bila masa. So kita akan lebih tenang dan yakin. Insyaallah.

Saya menulis di sini untuk mengingatkan diri saya sendiri juga. Harap berguna kepada yang membaca.

Selasa, 30 Oktober 2012

Biz | Ex Media in progress

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika merancang akhirnya tertubuh juga syarikat pengiklanan kami, Ex Media. Didaftarkan pada 4 September 2012, Ex Media berlokasi di Jalan Pak Sako 1 , Temerloh, Pahang. Ex Media ni adalah anak syarikat Fine Art Advertising yang telah 10 tahun menceburi bidang pengiklanan. Apa yang kami tawarkan adalah kepakaran, kreativiti dan pengalaman yang luas dalam rekaan, penjenamaan dan pengiklanan. 

Gambar-gambar kat bawah ni adalah kerja-kerja pengubahsuaian pejabat kami di Temerloh.

Lokasi Ex Media, Jalan Pak Sako 1

Kerja-kerja pemasangan air-cond

Tara...warna korporat kami..MERAH

Warna-warna segar

Bilik Incik Bos

to be continued...