VIKTOR FRANKL (26 Mac 1905 – 2 Sept 1997) Siapakah beliau? Seorang Neurologist dan Psychiatrist berbangsa Austria yang juga seorang Holocaust survivor. Apa yang menarik tentang beliau ni? Ya, beliau seorang Yahudi, kenapa kita nak ikut seorang Yahudi. Bukan tentang itu yang saya nak kongsikan. Tapi pengalamannya semasa menjadi tahanan Nazi semasa era Holocaust sekitar 1940 an. Beliau bersama isteri dan ibu bapanya ditahan di kem tahanan Theresienstadt pada September 1942 dan dipindahkan ke beberapa kem tahanan yang lain. Mungkin telah terbayang di mata kita kekejaman Nazi menjalankan pembersihan etnik Yahudi pada era kegemilangannya. Dan Viktor Frankl Berjaya mengharunginya. Bapa beliau menemui ajal setelah menderita pneumonia dan pulmonary edema, ibunya dibunuh dan begitu juga isterinya. Beliau sendiri melalui pelbagai kesengsaraan diseksa, dimalukan dan didera dengan pelbagai cara. Persoalannya, bagaimana dia mengharunginya, tanpa kehilangan nyawa dan kewarasan? Beliau melihat seg...