Langkau ke kandungan utama

JEDA

Merenung kembali masa yang berlalu. 13 tahun. Pelbagai rasa telah dirasa. Masa telah mematangkan; cara aku berfikir dan cara aku menilai. Satu perkataan yang mampu aku ungkapkan waktu ini- SYUKUR.

Syukur sebab banyak yang Tuhan telah ajarkan aku. Setiap kesilapan dan kekhilafan, setiap keputusan yang salah dan benar, setiap kesusahan dan kejatuhan, setiap air mata sedih dan gembira - semuanya aku syukuri. Daripada perjalanan ini aku belajar erti ungkapan SABAR ITU INDAH. Yang dulu aku pernah sanggah - di mana indahnya SABAR. Sedangkan proses untuk sabar itu perih dan jerih. Rupanya manisnya di hujung jalan apabila kita berjaya sabar. Hadiah sabar itu datanglah pelbagai yang manis-manis. 

Laluan takdir ini menemukan aku dengan pelbagai manusia. Ada yang menikam dalam diam, menghenyak lunyai semangat dan memijak ikhlasku. Ada yang menyambut dengan ikhlas dan jiwa yang suci. Ada yang hadir sekejap dengan meninggalkan kesan yang mendalam jiwaku. Ada yang perlu aku ketika susah, ada yang bersama senang dan susah. Masing-masing melakar kisah dalam garis hidupku. 

Lalu aku belajar yakin - setiap yang aku rasa buruk dan susah rupanya semua baik di sisi Dia. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: 216) 

Aku jeda seketika - mensyukuri setiap yang datang dan pergi. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Kereta oh kereta....

*Sila fokus kpd kereta ;) Inilah kesayangan saya. Yang dah banyak sangat menabur jasa dan bakti. So bila dia sakit, saya sangatla susah hati.Apatah lagi apabila sakitnya tidak dapat di diagnose walaupun dah 5 'doktor' di sekitar bandar B saya dah hantar... Kedai 1 En. B: Masalah elektronik ni. Sini x boleh buat, x de alat. Kedai2 Tokey: Kene check komputer ni, sini kedai x boleh buat maaa Kedai 3 Pakcik: Dah berapa lama x servis? Air filter kene tukar, spark plug dah hitam, vacum hose...bla..bla.. Tuan kereta: :P Kedai 4 Tokey: Ni masalah wiring. U punye central lock sudah rosak maa.. U pegi kedai accesories dlu buat itu wiring.. Tuan kereta: |konfius| Kedai 5 Tokey ensem: Ini timing problem. Tapi sudah x boleh buat itu timing sbb itu barang (saya tak tau nak eja tapi ~ karburator kalau kereta lama) sudah rosak. Mau tukar itu barang baru boleh set timing. Sekarang timing kereta u rendah , itu pasal enjin selalu mati. Tuan kereta : |Finally, make sense... | Walaupun saya bukan l...

Wanita itu untuk disayangi...

Wanita itu sifatnya lembut, dijadikan untuk disayang, dibuat teman, bukan untuk didera, dilukakan perasaannya, sedangkan telah banyak pengorbanan, juga memori yang dikongsi bersama, adalah ini satu luahan kasih sayang bagi seorang lelaki? atau luahan EGO sang lelaki?  Keganasan dan Penderaan Terhadap Wanita Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH Sumber: http://www.yadim.com.my/wanita/WanitaFull.asp?Id=124 Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa keganasan. Mungkin kerana sifat mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Women´s Aid Organisation dan Survey Research Malaysia (WAO/SRM) pada tahun 1992, mendapati bahawa sebanyak 3...