Langkau ke kandungan utama

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk jarang menarik minatnya. 

Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down, tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif. 

Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu sekolah swasta macam ni. Kawan-kawan kamu tak pernah ada experience tu. Kamu dapat dua-dua experience. Kamu tau macam mana suasana kampung dan bandar. Ada kawan kamu yang tak tau pun rupa pokok sawit. (Kami ketawa)

Dia: Ye la mama. Ada kawan S yang tak pernah ada kampung. Atleast I have more experience.
Aku: So kamu ada kelebihan. 

Ya, keadaan jadi reda. Adakala S menangis kerana syukur dengan rezeki yang Allah titipkan buat kami.

Berbalik kepada konflik terbaru. Dia tak boleh nak bekerja bersama-sama untuk task Hari Sukan. Konflik dengan rakan sebaya, tak boleh capai kata sepakat. Dan rasa rengsa dengan perangai antara satu sama lain barangkali. Ya... remaja.

Aku: S, kita ni takkan boleh nak ubah orang atau keadaan persekitaran. Kita duduk kat Malaysia yang panas, tapi kita tak suka panas. Boleh tak kita nak ubah cuaca kat Malaysia ni? Tak boleh kan. Tapi kita boleh ubah diri kita. Tak suka panas, kita duduk dalam rumah diam-diam. Pasang aircond, so sejuk la. 
Dia: (pandang luar tingkap, muka sedih)
Aku: So, S yang kena ubah diri sendiri. How? Elakkan sedaya upaya daripada konflik. Kalau kita tak suka perangai kawan kita yang suka provoke, kita kurangkan bercakap dan iyakan saja. Fokus pada kerja dan diri sendiri. 
Dia: (Masih monyok)
Aku: S imagine, S adalah satu bulatan kecil di dalam satu bulatan besar yang lain. (Ya, mama gunakan konsep kembangkan pengaruh anda dalam 7 Habit) Kalau kamu biarkan diri kamu dipengaruhi persekitaran, kamu akan tertekan, rasa dibuli. Kamu bayangkan bulatan kamu makin mengecil sebab ditekan oleh bulatan di luar. Tenaga kamu dihabiskan untuk fokus dengan apa orang kata, persepsi orang, persekitaran yang menekan. Rugi tak? Abis tenaga sia-sia
Dia: (Mula memberi perhatian)
Aku: Tapi kalau kamu fokus kepada kekuatan diri kamu, apa yang kamu boleh sumbangkan, apa yang kamu tahu, bulatan kamu akan membesar dan kamu pula yang memberi pengaruh kepada persekitaran. S kena besarkan jiwa. Jangan biarkan kata-kata dan persepsi orang menggoyahkan pendirian S.
Dia: Oh I can relate it ma. (mata berkaca dengan penuh harapan dan mula berceloteh mengenai persiapan hari sukan Sekolah)

Pengakhiran hari yang baik. Alhamdulillah.




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Masalah vs cabaran

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah tu confirm bukan orang. Orang gila pun ada masalah walaupun nampak macam takde masalah. Tapi setiap orang ada cara masing-masing nak hadapi dan selesaikan masalah mereka. Ada yang terima dengan tenang dan redha, ada juga yang emo, malah ade juga yang lari dari masalah, cipta pulak masalah baru. Saya sendiri pun ada macam-macam masalah. Saya ni sensitif orangnya, jadi dulu kalau saya menghadapi masalah, air mata lah yang kuar dulu plus rasa rendah diri lah, rasa tak gunalah dan lain-lain lah. But then , one day there was a friend came to me and asked; apa yang u hadapi sekarang, masalah atau cabaran? Terkesima, terfikir. The friend said, why not u make the problem became a challenge, because people normally will run from problem, but they will face the challenge. Lama juga saya terfikir. Benar juga, perkataan masalah tu sendiri sedikit negatif. Bila sebut masalah, kita akan berkerut dahi memikirkannya. Tapi belum tentu kita nak sele...