Sedar atau tidak, bila kita patut merancang untuk bersara ? (maksud saya merancang jumlah yang diperlukan untuk persaraan kita) Sebagai rakyat Malaysia, kita beruntung kerana bila saja kita mula bekerja, kita telah 'dipaksa' untuk menyimpan untuk persaraan kita dengan adanya caruman KWSP. Jadi kerana itu ramai yang ambil mudah tak mahu memikirkan , dan tanpa sedar kita memperjudikan persaraan kita. Pernahkah kita terfikir berapa nilai persaraan kita nanti? Berapa jumlah yang perlu ada ? Berapa kita kena simpan dari sekarang ? Macammana nak optimumkan pulangan simpanan persaraan? Bila umur terbaik untuk memulakan simpanan? Aiiii...berapa banyak soalan daaaa Kajian menunjukkan (Personal Money , Nov 2010), masyarakat Malaysia memulakan perancangan persaraan pada usia yang lewat ; 39 tahun ke atas. Menurut kajian, apabila mereka mula berkeluarga (mempunyai anak) dan bila melewati usia tertentu barulah mereka mula merancang kewangan mereka. Berikutan perancanagn yang lewat dan...