Rabu, 16 Februari 2011

Merancang untuk bersara

Sedar atau tidak, bila kita patut merancang untuk bersara? (maksud saya merancang jumlah yang diperlukan untuk persaraan kita) Sebagai rakyat Malaysia, kita beruntung kerana bila saja kita mula bekerja, kita telah 'dipaksa' untuk menyimpan untuk persaraan kita dengan adanya caruman KWSP. Jadi kerana itu ramai yang ambil mudah tak mahu memikirkan , dan tanpa sedar kita memperjudikan persaraan kita. Pernahkah kita terfikir berapa nilai persaraan kita nanti? Berapa jumlah yang perlu ada? Berapa kita kena simpan dari sekarang? Macammana nak optimumkan pulangan simpanan persaraan? Bila umur terbaik untuk memulakan simpanan? Aiiii...berapa banyak soalan daaaa


Kajian menunjukkan (Personal Money , Nov 2010), masyarakat Malaysia memulakan perancangan persaraan pada usia yang lewat ; 39 tahun ke atas. Menurut kajian, apabila mereka mula berkeluarga (mempunyai anak) dan bila melewati usia tertentu barulah mereka mula merancang kewangan mereka. Berikutan perancanagn yang lewat dan tidak tepat, ramai yang tidak yakin dengan persediaan persaraan mereka. Sedangkan dalam minda kita, ketika bersara lah kita ingin menikmati kehidupan dengan sepenuhnya tanpa memikirkan untuk mengejar masa ke sana-sini dan melakukan apa saja yang kita suka. Namun sedarkah kita menurut kajian , kebanyakan pesara (72%) menghabiskan wang KWSP mereka dalam masa 3 tahun selepas bersara! Sedangkan jangka hayat individu di Malaysia adalah sekitar 75-78 tahun. Bermakna kita perlu memikirkan tabungan kita mencukupi untuk menanggung kehidupan kita selama lebih kurang 20 tahun lagi selepas bersara? Sebab itulah saya mengutarakan persoalan di atas.

Jadi, persoalannya pada usia berapakah kita patut memulakan perancangan kewangan?Seeloknya bermula lah seawal mungkin.  Sebaik sahaja anda mendapat gaji yang pertama, mulalah merancang perbelanjaan dan simpanan anda jika anda enggan menjadi hamba wang. Anda boleh rujuk kembali artikel saya sebelum ini untuk tips senang muflis...

Berapa pula jumlah yang anda perlu simpan setiap bulan? Bagi persoalan ini, anda perlu lihat apa gaya hidup yang anda inginkan ketika anda sudah bersara nanti. Kalau anda ingin menghabiskan masa dengan bercuti dan bersantai di temapt-tempat mewah, maka tinggilah jumlahnya. Tapi jika anda memilih untuk berpindah ke kampung, mungkin tidak memerlukan jumlah yang banyak. Anda juga perlu mengambil kira tanggungan anda ketika itu. Jika anda memulakan keluarga pada usia yang lewat, mungkin pada waktu persaraan anda masih perlu menanggung pendidikan anak-anak. (tu belum ambil kira kalau tambah lagi satu cawangan!) Selain itu dalam menentukan nilai persaraan, kita perlu mengambilkira soal inflasi kerana inflasi boleh menyusutkan nilai wang anda. Tak percaya? Klik sini 

Bagaimana nak fight inflasi? Di sini lah anda perlu bijak mengoptimumkan nilai wang anda dengan mencari medium terbaik untuk melaburkan tabungan persaraan di tempat yang boleh mengatasi nilai inflasi. Sebagai contoh, jika kita menyimpan di simpanan tetap yang menawarkan pulangan 2% setahun, dengan kadar inlasi 5%; sebenarnya jumlah pulangan pelaburan anda telah menjadi negatif.  (2%-5%= -3%) . Kan dah susut nilai tanpa kita sedar? Jadi carilah pelaburan yang menawarkan pulangan melebihi nilai inlflasi. Untuk rujukan, sila klik untuk artikel berkaitan.

Mungkin nampak rumit. Ya, namun perancangan yang baik dan awal menjamin kekukuhan kewangan anda. Mungkin sukar untuk merancang sendiri, jadi cari bantuan. Anada boleh emel saya untuk pertanyaan lanjut. szarra130@gmail.com

5 ulasan:

  1. alhamdulillah, saya sudah mengambil perlindungan takaful.

    kebebasan kewangan juga boleh diperoleh jika kita berusaha dengan cara lain. Misalnya melalui KENSHIDO Internasional.

    Pernahkah puan dengar program "Anak Score A, Ibu Bapa Score RM?"

    Ia program serampang dua mata, iaitu memandaikan anak melalui sistem pembelajaran maya (alternatif kepada tusyen konvensional), tetapi dalam masa sama membantu ibu bapa menambah pendapatan.

    Puan dan suami boleh hubungi saya jika ingin mengetahui lebih lanjut.
    Prebiu program adalah PERCUMA.

    EMEL SAYA: hanafi.mohamad@gmail.com

    P/S: di KL kalau satu kerja saja memang tidak cukup wang.

    BalasPadam
  2. salam pkenalan.. dah follow.. jom follow sy jgak.. datang dr blog abg ben :) maceh..

    BalasPadam
  3. adikmu telah mencipta satu falsafah (belajar dari kesilapan dan pengalaman lepas), walau pun tak kaya, anda masih boleh hidup selesa dan memiliki apa diimpi jika mempunyai perancangan kewangan yang baik

    BalasPadam
  4. thnks sudi mengaut sedikit sebyk ilmu yng nak dikongsi. dik, kesilapan dibuat mmg untuk dijadikan pengajaran.

    BalasPadam