Langkau ke kandungan utama

Syahdunya hari ku..

Awal pagi...hujan mencurah-curah turun. Suasana sejuk, kelam dan mendung. Saya juga bangun dengan hati yang kurang ceria. Bagaikan turut ikut suasana yang suram.

Aduh.. sangat tidak proaktif. Sangat kurang semangat. Sangat syahdu...Kenapa hati ni mula bersyahdu syahdan...

Memang mudah untuk saya katakan pada diri, be strong, face it.. tapi saya hanya seorang manusia. Hati saya juga mudah tersentuh. Walau ada seorang teman pernah memberitahu saya, dia kagum dengan semangat dan sifat positif saya. Tapi saya juga sering menyoal diri, positifkah aku? Mungkin..most of the time. Namun, adakala pegangan goyah jua jika sering diterjah ujian. (Ujiankah?) Adakala saya terkulai jua jika sering diasak dugaan. Adakala serasa ingin lari jauh. Tapi akan selesaikah semua masalah, akan terungkaikah semua untaian yang membelit diri? Kerana saya sedar tak seorangpun dari kita bebas dari masalah. Cuma yang membezakan kita adalah bagaimana kita menghadapinya. Bagaimana kita melihatnya. Lantas..bagaimana saya melihat ini sekarang?

Semoga hati saya terus utuh tidak diterpa kesyahduan begini lagi.. Bak kata seorang teman, apapun pilihan dan keputusan yang kita buat pasti  cabarannya. Pilih di kiri mungkin manis tapi apa pula di sebalik kemanisan itu. Pilih di kanan, walaupun pahit mungkin ada terselit sedikit kemanisan di hujungnya. Jadi terserah kepada saya, adakah ingin menghadapi atau lari mencari masalah lain pula..(?)

nota: sekadar luahan hati si bunga....

Ulasan

  1. oloh. ciannya. sabar akakku. ceh akakku pulak. hehe. syabas kerana menjadi wanita yang tabah. ibu yang bekerjaya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Masalah vs cabaran

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah tu confirm bukan orang. Orang gila pun ada masalah walaupun nampak macam takde masalah. Tapi setiap orang ada cara masing-masing nak hadapi dan selesaikan masalah mereka. Ada yang terima dengan tenang dan redha, ada juga yang emo, malah ade juga yang lari dari masalah, cipta pulak masalah baru. Saya sendiri pun ada macam-macam masalah. Saya ni sensitif orangnya, jadi dulu kalau saya menghadapi masalah, air mata lah yang kuar dulu plus rasa rendah diri lah, rasa tak gunalah dan lain-lain lah. But then , one day there was a friend came to me and asked; apa yang u hadapi sekarang, masalah atau cabaran? Terkesima, terfikir. The friend said, why not u make the problem became a challenge, because people normally will run from problem, but they will face the challenge. Lama juga saya terfikir. Benar juga, perkataan masalah tu sendiri sedikit negatif. Bila sebut masalah, kita akan berkerut dahi memikirkannya. Tapi belum tentu kita nak sele...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...