Jumaat, 22 April 2011

Masalah vs cabaran

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah tu confirm bukan orang. Orang gila pun ada masalah walaupun nampak macam takde masalah. Tapi setiap orang ada cara masing-masing nak hadapi dan selesaikan masalah mereka. Ada yang terima dengan tenang dan redha, ada juga yang emo, malah ade juga yang lari dari masalah, cipta pulak masalah baru.

Saya sendiri pun ada macam-macam masalah. Saya ni sensitif orangnya, jadi dulu kalau saya menghadapi masalah, air mata lah yang kuar dulu plus rasa rendah diri lah, rasa tak gunalah dan lain-lain lah. But then , one day there was a friend came to me and asked; apa yang u hadapi sekarang, masalah atau cabaran? Terkesima, terfikir. The friend said, why not u make the problem became a challenge, because people normally will run from problem, but they will face the challenge.

Lama juga saya terfikir. Benar juga, perkataan masalah tu sendiri sedikit negatif. Bila sebut masalah, kita akan berkerut dahi memikirkannya. Tapi belum tentu kita nak selesaikan, kadang-kadang kita cenderung untuk lari dari memikirkan masalah tersebut. Tapi perkataan cabaran tu agak positif, dan kita biasanya akan cuba menghadapi  dan menyahut cabaran itu. Sebab tu orang selalu cakap "aku pantang dicabar"

Jom kita buat sikit exercise. Cuba bentukkan perkataan dari huruf-huruf MASALAH
---- MALAS (malas nak fikir )- SALAH (mencari salah orang) - ALAH (kalah/mengalah )
semuanya negatif kan?

kalau daripada perkataan CABARAN pula:
-----CABAR (cabar diri nak selesaikan) - SABAR (alamak, lari sikit, tapi bolehlah dekat2 bunyi nye...hehe) - BARA (sentiasa membara je semangat)
haaaa..kan ada positif sikit

Sebenarnya, ini adalah salah satu cara saya menghadapi apa jua tekanan, masalah, cacian dan bila saya mula down. Dikongsikan dari seorang teman yang very energetic and optimis. Terima kasih kepada insan itu.

6 ulasan:

  1. masalah dengan cabaran perkara yang sama.

    kalau kamu bermasalah anggaplah ia cabaran kehidupan begitulah sebaliknya

    :)

    BalasPadam
  2. ye betul2. be positive n stay proactive

    BalasPadam
  3. salute mama zara yang sentiasa berfikir +ve =)

    BalasPadam
  4. isk isk, hebat lagi baby noah yg sudah pandai berblog..

    BalasPadam
  5. mahu tengok penulisan kamu seperti ini. sangat cool tahu?

    BalasPadam
  6. terima kasih atas penghargaan ... ;)

    BalasPadam