Langkau ke kandungan utama

Belajar dari kejayaan insan-insan terpilih

Percaya kah anda, kita mampu membina satu empayar walaupun anda langsung tiada apa-apa. Jom kita tengok apa yang insan-insan hebat ini mampu lakukan:
Mereka insan-insan hebat yang membina empayar kekayaan dari sifar....

Henry Ford
Beliau bermula dengan tiada asas kewangan yang kukuh. Memulakan syarikat Ford Motor Company dengan modal $28000 USD yang dipinjam daripada pelabur-pelabur yang yakin dengan kebolehannya. Beliau bijak mengembangkan dana tersebut sehingga menjadi orang pertama yang mengeluarkan kereta secara besar-besaran. Kini Ford Motor Company bernilai 56 billion dollar dengan pendapatan tahunan sebanyak 128 billion dolar.

Ford Model T (1908-1927) gambar : wikipedia



John Paul DeJoria

Dari seorang penghantar suratkhabar (pada usia 9 tahun) kepada seorang janitor, dan seorang pemandu trak tunda... kini beliau adalah salah seorang manusia terkaya di dunia. Keputusan beliau untuk bekerja di sebuah syarikat pengeluar produk jagaan rambut telah mengubah hidup beliau. Setelah dipecat, beliau bergabung dengan seorang penggaya rambut; Paul Mitchell, dan membentuk John Paul Mitchell System pada tahun 1980 dan muncul sebagai konglomerat  dalam industri haircare dan menceburi beberapa bidang lain. Dari seorang gelandangan kepada manusia terkaya dengan nett worth 4 billion dolar.


Steve Jobs

Memperkenalkan: pencipta iPhone, iPad dan iPhone.... beliau lah insan yang bertanggungjawab menaikkan semula Apple Inc dari zaman kejatuhan a pada lewat 90 an. Kelahiran produk beliau memberi keyakinan dan trend kepada masyarakat dunia untuk beralih semula  kepada Apple. Steve Jobs memulakan Apple Computer bersama rakannya Steve Wolzniak tanpa modal yang besar.Kini Apple mempunyai modal pasaran sebanyak 320 billion dolar setahun.



Ulasan

  1. kalaulah aku jd mcm diarg ni kn best..hee..hee...tp nak jd mcm ni kena betui2 xkenal menyerah kalah...

    BalasPadam
  2. correct..biarlah berapa kali tersungkur pun, kena fight

    BalasPadam
  3. wah,hebatnya mereka...klu dapat jadi seperti mereka,memang terbaik lah

    BalasPadam
  4. tulah pun tujuannya...supaya menjadi inspirasi... Start right away to be like them... Tamadun takkan terbina dlm sehari..chaiyok!

    BalasPadam
  5. saya dapat jadi peniaga buah epal berjaya pun takpe kalau bukan cam steve jobs pun. hehe

    BalasPadam
  6. kalaula dapat sebijik ipad tu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Masalah vs cabaran

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah tu confirm bukan orang. Orang gila pun ada masalah walaupun nampak macam takde masalah. Tapi setiap orang ada cara masing-masing nak hadapi dan selesaikan masalah mereka. Ada yang terima dengan tenang dan redha, ada juga yang emo, malah ade juga yang lari dari masalah, cipta pulak masalah baru. Saya sendiri pun ada macam-macam masalah. Saya ni sensitif orangnya, jadi dulu kalau saya menghadapi masalah, air mata lah yang kuar dulu plus rasa rendah diri lah, rasa tak gunalah dan lain-lain lah. But then , one day there was a friend came to me and asked; apa yang u hadapi sekarang, masalah atau cabaran? Terkesima, terfikir. The friend said, why not u make the problem became a challenge, because people normally will run from problem, but they will face the challenge. Lama juga saya terfikir. Benar juga, perkataan masalah tu sendiri sedikit negatif. Bila sebut masalah, kita akan berkerut dahi memikirkannya. Tapi belum tentu kita nak sele...