Langkau ke kandungan utama

Tergamaknya mereka...




Seringkali kita membaca di dada-dada akhbar berita mengenai pembuangan bayi. Saya selaku seorang wanita bergelar ibu, amat kesal, marah dan sedih dengan perbuatan wanita-wanita itu; yang juga bergelar ibu. Tiada langsungkah rasa sayang? Kalaupun tiada sayang, tidakkah mereka melihat bayi itu sebagai seorang manusia; yang

mempunyai nyawa. Bukan patung tanpa rasa yang boleh mereka campakkan ke mana saja yang sempat.


Seorang sahabat saya pernah menceritakan satu kes yang berlaku di daerah tempat tinggal saya. Sangat menyanyat hati. Seorang ibu muda tergamak mencampakkan hidup-hidup bayinya yang sudah berusia 7 BULAN (kalau tak silap) ke dalam gaung tepi lebuhraya..... MasyaAllah.. Saya yang mendengar terasa sebak di dada. Dalam minda terus terbayangkan wajah anak-anak yang comel dan innocent. Langsung tiada peri kemanusiaan. Namun Allah Maha Adil, si ibu tadi berjaya di tahan dan perbuatannya terbongkar.


Wahai wanita-wanita di luar sana. Kalau taknak, jangan buat. Kalau tak nak, jangan buang, kalau tak nak, jangan bunuh. Sedangkan haiwan pun sayangkan anak. Anak yang lahir, datang sebagai amanah, sebagai tanggungjawab. Bukan sebagai tanda kesilapan perbuatan maksiat anda! Gelaran IBU itu satu anugerah paling bermakna. Bukan satu beban yang tak terbawa!


Fikir-fikirkanlah..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

JEDA

Merenung kembali masa yang berlalu. 13 tahun. Pelbagai rasa telah dirasa. Masa telah mematangkan; cara aku berfikir dan cara aku menilai. Satu perkataan yang mampu aku ungkapkan waktu ini- SYUKUR. Syukur sebab banyak yang Tuhan telah ajarkan aku. Setiap kesilapan dan kekhilafan, setiap keputusan yang salah dan benar, setiap kesusahan dan kejatuhan, setiap air mata sedih dan gembira - semuanya aku syukuri. Daripada perjalanan ini aku belajar erti ungkapan SABAR ITU INDAH. Yang dulu aku pernah sanggah - di mana indahnya SABAR. Sedangkan proses untuk sabar itu perih dan jerih. Rupanya manisnya di hujung jalan apabila kita berjaya sabar. Hadiah sabar itu datanglah pelbagai yang manis-manis.  Laluan takdir ini menemukan aku dengan pelbagai manusia. Ada yang menikam dalam diam, menghenyak lunyai semangat dan memijak ikhlasku. Ada yang menyambut dengan ikhlas dan jiwa yang suci. Ada yang hadir sekejap dengan meninggalkan kesan yang mendalam jiwaku. Ada yang perlu aku ketika susah, ada yan...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...