Jumaat, 18 November 2011

Status: Food poisoning

Aduh... Dugaan.. Hari ni melepek kat atas katil sehari sebab food poisoning. Semalam syok sangat menikmati nasi kerabu ayam bakar  kami beli di pasar malam. Akhirnya nilah penyudahnya. 

From my reading:
Food poisoning berpunca daripada makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria, parasit, virus atau toksin. So simptomnya akan berbeza.. Selalunya kejadian keracunan makanan banyak disebabkan oleh bakteria Staphylococcus dan E.Coli. Macam-macam cara boleh berlakunya pencemaran ni terutamanya semasa penyediaan. Mungkin makcik yang masak ni x basuh tangan ke, atau semasa penyediaan tu berlaku pencampuran bahan mentah yang basah dengan yang dah siap (cross contamination). Atau mungkin ayam yang nak dimasak tu terlalu lama berada di suhu bilik (the perfect temperature for those bacs).

Kesan / simptom akan muncul biasanya selepas 2-6 jam. Antaranya sakit perut, muntah, cirit-birit (adakalanya berdarah),pening, demam dan lemah. Dan biasanya simtom ini akan berkurangang selepas sehari-2 hari.

Jangan ambil mudah kes keracunan makanan sebab ada sesetengah kes yang boleh membawa kematian seperti yang berlaku di KL Ramadhan lalu. Yang penting mesti minum banyak air supaya tak dehydrate. 

2 ulasan: