Selasa, 29 November 2011

Diserang semut api!

Baru je seminggu tinggalkan rumah, dah ada yang berani mengambil alih takhta ku di rumah. Mereka ada di mana-mana. Berjalan dengan gahnya, tanpa menghiraukan tuan rumah yang mereka nak tumpang  ni. Cik Bunga tau keaadaan di luar sana memang bahaya, dengan hujan lebat dan ribut kencang. Tapi ini rum ah Cik Bunga, mana boleh korang buat suka hati. Kalau korang ambil dapur Cik Bunga, macammana Cik Bunga nak masak.??
Mereka berada di atas kabinet dapurku...

dan di mana-mana
 
Dahla masuk tak bagi salam, korang pakat pulak serang Cik Bunga ramai-ramai. Habis kakiku bengkak-bengkak dibuatnya. 

So minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa spray korang dengan Shieldtox satu tin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan