Selak-selak paper tadi, terbaca tentang 'pencapaian' Malaysia terbaru dalam bidang OBESITI. Mak aih. Itu petanda orang kita semakin selesa, negara semakin makmur. Kalau di Somalia orang mati sebab tak makan, di sini boleh mati terkena macam-macam penyakit sebab terlebih banyak makan.
Apa yang terjadi sekarang adalah natijah daripada gaya hidup rakyat Malaysia sendiri. Satu pemandangan yang biasa bila tengah-tengah malam pun kedai mamak masih penuh dengan manusia tengah menjamu selera. Makan yang berat-berat pulak tu. Roti canai, teh tarik, kalau kat Terengganu ni saya lihat nasi minyak pun ada dijual waktu malam (Sedap beb!). Itulah antara penyumbang-penyumbang utama kepada lemak-lemak yang berkumpul kat dalam badan. Mana taknya, waktu malam kan kadar metabolisme kita dah semakin rendah. Kalau ikut sunnah Nabi SAW kita, makan malam elok di ambil sebelum maghrib. Sebab untuk menghadamkan makanan tu kan akan ambil masa lebih kurang 4 jam. So elok-elok makanan dalam perut tu dah hadam masa kita nak tidur. Takdelah kita mengerah kilang penghadaman kita tu ke tahap maksimum.
Berbalik kepada saranan Nabi SAW. Kalau kita betul-betul mengikut cara yang dianjurkan, insyaallah kita pasti dilindungi daripada macam-macam jenis penyakit yang dok ada sekarang ni. Rasulullah menyuruh kita makan secara sederhana.Rasulullah suruh kita makan sebelum lapar supaya kita tidak makan berlebihan. Berhenti makan pula sebelum kenyang , supaya cukup ruang untuk perut kita menjalankan fungsinya. Jangan minum semasa makan, tapi ambil minuman setelah selesai makan (lebih kurang 1/2 jam selepas makan) supaya kita tidak menggnggu sistem enzim pencernaan kita yang sedang bekerja dan makanlah buah sebelum makan (membantu penghadaman). Dah cantik dah ajaran Rasulullah, tapi kebanyakan kita lebih suka makan ikut nafsu.
![]() |
makan dan makan lagi... |
baru2 ni tertengok kat tv infa mengenai bahayanya rendang...
BalasPadamtu mmg la, hi cholestrol , hi fat, lgpun daging lmbat nak dicernakan.
BalasPadam