Basikal..dulu masa zaman kanak-kanak, saya juga suka berbasikal. Mengimbau kembali memori, basikal pertama saya adalah hadiah dari abah sebab saya dapat no 1 masa darjah 3.
![]() |
sebiji cam basikal saya - gambar google |
Waktu first dapat basikal tu, teruja punye fasal, saya terus decide nak bawa basikal ke sekolah agama yang jauhnya lebih kurang 1 km dari rumah;walaupun tak berapa pandai lagi nak kayuh basikal. Waktu tu petang, dan kejadian tu memang masih segar dalam memori saya ...hahaaaa.. selepas mengayuh lebih kurang 100m(agak2la) saya berselisih dengan sebuah motor laju, dek terkejut saya gagal mengawal basikal saya dan terus jatuh ke dalam longkang tepi jalan. (kejadian pertama). Berdebar weh, takleh cakap la. Tapi saya kuatkan semangat, terus gak perjalanan ke sekolah. Sampai di jalan yang agak berbukit (turun bukit) saya panik lagi, terus tak brek dan sekali lagi.......bum! masuk longkang. Kali siap kena gelak dengan budak-budak lelaki yang ada kat situ. Aduhh..malunya tak dapat nak cerita, tapi saya selamba je angkat basikal, kayuh lagi sampai sekolah.
Tu zaman 90 an. Sekarang musim berbasikal serasa kembali hangat. Kali ni lebih ranggi...basikal Pixie. Sebelum berpindah ke sini, saya ada melihat budak-budak naik basikal yang bermacam-macam warna striking ni. Tapi tidaklah terlalu ketara. Menjejak kaki di bandar Kuala Terengganu, saya lihat macam dah jadi fenomena pula. Dari yang kecik-kecik sampai la yang dah dewasa pun dok mengayuh basikal ni tak kira siang atau malam. Namun yang kurang berkenan bila mereka kurang mengambil berat tentang ciri-ciri keselamatan. Berbasikal secara sembrono dan tidak berhemah di tengah-tengah trafik, jalan utama pulak tu.
![]() |
Dari lensa Nokia cik bunga...yang tak bape jelas |
Gambar di atas saya snap di persimpangan lampu isyarat Gong Badak (simpang UMT) -maaf kualiti kurang memuaskan. Nak marah pun ada sebab mereka ni selamba je berbasikal beramai di tengah-tengah jalan dan menghalang traffik. Saya sebenarnya sangat concern tentang keselamatan mereka, sebab adakalanya pemandu memang tak perasan dengan kehadiran mereka ni.
lma dh xnaik basikal..dulu zmn kanak2 ptg2 je dh round 1 taman :)
BalasPadamsamala... hehe, tp skrg tgk dorang naik basikal, mcm syok je
BalasPadam