Langkau ke kandungan utama

Menjadi pendengar yang baik..

Pernah tak anda menyaksikan satu argument antara 2 pihak yang saling bertekak, saling menjerit antara satu sama lain? Tak best kan? Dua-dua pihak enggan mengalah, menghamburkan hujah-hujah panas, rather than mendengar apa yang nak disampaikan. Natijahnya, takkan ada apa-apa penyelesaian pun, kerana kedua-dua pihak tak faham pun apa yang nak disampaikan, kerana masing-masing tidak MENDENGAR.

Sebenarnya skill untuk mendengar , tak semua orang ada walaupun semua orang (kecuali yang dilahirkan dengan masalah pendengaran) boleh dengar. So saya nak share sikit tentang tips untuk MENDENGAR dengan erti kata sebenar:

  1. Maintain eye contact : bila kita melihat antara satu sama lain, barulah kejujuran tu terserlah. Kan?
  2. Berikan respon yang sewajarnya: menganggukkan kepala adalah salah satu cara menunjukkan anda memberikan perhatian dengan apa yang dicakapkan oleh lawan anda, dan sesekali bertanyakan dia.
  3. Minimakan gangguan luaran: sepeti handset, radio dsb
  4. Fokus : dengan isi yang nak disampaikan
  5. Be open minded: bagi peluang masing2 untuk menyampaikan pandangan masing-masing dan hormati pendirian masing-masing.
Kadang-kadang bercakap lebih senang dari nak buat, betul tak? Ada satu lagi tips yang saya dapat dari 7 Habit mengenai topik ini iaitu kita perlu ingat bahawa kita sentiasa ada peluang dan masa untuk membuat pilihan. It work like this: When u get angry or being scolded or in pressure, sentiasa beri ruang kepada diri anda untuk membuat pilihan sebelum anda respon terhadap keadaan itu. When u able to pause a while before u give respond towards it, actually anda berjaya membuat pilihan yang terbaik untuk diri anda. Percayalah, ia akan membuatkan anda menjadi pendengar yang lebih baik, lebih mudah untuk mengawal situasi dan lebih mudah untuk anda memahami yang lain.


Tips amat berguna untuk saya. Yelah kan ada tagline Always Listening, Always Understanding , so saya perlulah menjadi pendengar yang baik.
Lagipun SAYA adalah apa yang saya PILIH!
^_^

Ulasan

  1. insyAllah akan cuba tuk menajdi seorang pendengar yang baik..

    BalasPadam
  2. pendengar yg baik sampai tak larat nak dgr..hehe

    BalasPadam
  3. saya sentiasa cuba, dan kadang teruja untuk bagi pandangan sendiri tanpa fikir orang lain nak cakaop juga, tapi biasanya win2 je=)

    BalasPadam
  4. cuba selagi boleh. yg penting resultnya win2..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Kereta oh kereta....

*Sila fokus kpd kereta ;) Inilah kesayangan saya. Yang dah banyak sangat menabur jasa dan bakti. So bila dia sakit, saya sangatla susah hati.Apatah lagi apabila sakitnya tidak dapat di diagnose walaupun dah 5 'doktor' di sekitar bandar B saya dah hantar... Kedai 1 En. B: Masalah elektronik ni. Sini x boleh buat, x de alat. Kedai2 Tokey: Kene check komputer ni, sini kedai x boleh buat maaa Kedai 3 Pakcik: Dah berapa lama x servis? Air filter kene tukar, spark plug dah hitam, vacum hose...bla..bla.. Tuan kereta: :P Kedai 4 Tokey: Ni masalah wiring. U punye central lock sudah rosak maa.. U pegi kedai accesories dlu buat itu wiring.. Tuan kereta: |konfius| Kedai 5 Tokey ensem: Ini timing problem. Tapi sudah x boleh buat itu timing sbb itu barang (saya tak tau nak eja tapi ~ karburator kalau kereta lama) sudah rosak. Mau tukar itu barang baru boleh set timing. Sekarang timing kereta u rendah , itu pasal enjin selalu mati. Tuan kereta : |Finally, make sense... | Walaupun saya bukan l...

Wanita itu untuk disayangi...

Wanita itu sifatnya lembut, dijadikan untuk disayang, dibuat teman, bukan untuk didera, dilukakan perasaannya, sedangkan telah banyak pengorbanan, juga memori yang dikongsi bersama, adalah ini satu luahan kasih sayang bagi seorang lelaki? atau luahan EGO sang lelaki?  Keganasan dan Penderaan Terhadap Wanita Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH Sumber: http://www.yadim.com.my/wanita/WanitaFull.asp?Id=124 Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa keganasan. Mungkin kerana sifat mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Women´s Aid Organisation dan Survey Research Malaysia (WAO/SRM) pada tahun 1992, mendapati bahawa sebanyak 3...