Sambung cerita tentang manusia yang telah berjaya membina kekayaan berbilion dollar walaupun mereka bermula dari kosong. Semoga menjadi inspirasi!
Sam Walton
Mesti kenal jenama WALMART kan? Gedung diskaun terbesar di US dan 14 buah negara lain. Sam Walton bermula dengan sebuah kedai serbaneka dengan bermodalkan $25000 yang sebahagian besarnya dipinjam daripada bapa mertuanya pada tahun 1945. Ternyata pelaburan itu tidak sia-sia apabila perniagaan yang berteraskan barangan berkos rendah berkembang dengan pesat dan diterima ramai. Walmart berjaya menjadi jenama paling popular di US dan Walton pernah menyandang gelaran manusia terkaya di US semasa hayatnya.
Bottom line:
The success stories of these entrepreneurs serves as an inspiration to anyone who dares to endeavor into fortune-building, with a small amount of startup capital

tagline: Save Money, Live Better
Kevin Plank
*handsome la mamat ni
Beliau adalah CEO Under Armour ; jenama pakaian sukan; pernah melalui saat getir dalam perjalanan bisnesnya sebelum berjaya. Bermodalkan $20,000 wang sendiri dan $40000 nilai kad kredit, Plank melancarkan syarikatnya. Pernah mengalami kesukaran sehingga terpaksa menumpang makan di rumah ibunya untuk meneruskan hidup, namun Plank tetap tidak menoleh ke belakang dan berjaya membawa jenama Under Armour menembusi pasaran pakaian sukan dan bersaing dengan jenama sedia ada. Kini Plank bernilai $500 juta dolar.
Bill Hewlett & Dave Packard
Hewlett Packard; semua orang kenal dengan jenama ini. Dicipta oleh 2 sahabat iaitu Bill Hewlett dan Dave Packard. Kedua-dua cofounder ini memulakan perniagaan dengan aset bernilai $538 dollar di dalam garaj rumah mereka. Mereka tidak menyedari bahawa mereka bakal mencipta empayar besar dalam pasaran komputer peribadi dunia. Mereka yang pada mulanya membina audio oscilator (gambar) sebagai bisnes pertama mereka dan kini HP menjadi sebuah syarikat multi billion yang menguasai pasaran dunia. HP mempunyai pegangan pasaran sebanyak $88 juta dengan pendapatan $126 billion setahun. Remarkable!
The success stories of these entrepreneurs serves as an inspiration to anyone who dares to endeavor into fortune-building, with a small amount of startup capital
dan malangnya walmart tiada d malaysia
BalasPadamtp konsepnya dh ada
BalasPadampehh, bukan senang nak senang :)
BalasPadamyeap! kene usaha la..huhu
BalasPadamnanti aku nak cipta sesuatu yg lebih canggih dr komputer atau tablet....hee...hee.....
BalasPadam