Ayat di bawah saya ambil dari status facebook seorang sahabat (er.. sepupu saya sebenarnya).
Wallahualam
Ramai org akan membuat persiapan yang paling terbaik untuk menjadi raja sehari, katanya kahwin hanya sekali seumur hidup...tapi tidak ramai yang bersedia bersungguh-sungguh dan membuat persiapan terbaik sebagai bekalan bertemu NYA...sedangkan hidup kita pun hanya sekali..mengapa setiap hari kita tidak lakukan setiap sesuatu dengan terbaik???Betulkan? Sekarang ramai yang sanggup berhabis duit untuk kawin. Sampai sanggup buat personal loan kat bank untuk hantaran, tema itu, tema ini. Tapi kita sedar tak sebenarnya hidup kita ni hanya sekali. Kenapa kita tak lipat gandakan usaha kita untuk menjadikan hidup kita pun yang terbaik. Dan kita dapat ganjaran besar di sana nanti. Perkahwinan tu sendiri sebenarnya satu ibadah dan Sunnah. Jadi jangan lah sampai kita berdosa pula kerana mengikut nafsu. Kan rugi, perkara yang sepatutnya kita boleh dapat pahala yang besar jadi berdosa pulak kerana terlalu nak mengikut trend, nak nampak grand dsb.
Wallahualam
lagi 1, semua orang membuat persiapan terbaik untuk hari perkahwinan, tapi tak ramai yang membuat persediaan benar2 rapi untuk hari2 selepas prkahwinan. eh yeke aku ni. hehe
BalasPadamYg penting purpose tu kene betul, kerana Allah, barulah dtg keberkatan...
BalasPadamsangat setuju cik bunga katakan itu. hihi
BalasPadambetul3...;)
BalasPadambetul juga apa yg di katakan tu..
BalasPadamsetuju..
=)