Nia,
Pertama kali menatap wajah mu,
hati telah terdetik; betapa istimewanya insan ini
wajah mulusmu yang kemerah-merahan
senyumanmu yang manis dan mesra
masih melekat di peta minda ini
Nia,
Kamu terlalu istimewa
kamu kuat dan tabah meladeni kesakitanmu yang tiada siapa pernah tahu
kamu anugerah paling besar dari Nya
Kamu lah bidadari syurga
Nia,
Maafkan ku
kerana tiada di sisi di saat kau bertarung dengan kesakitan
kerana tidak mampu berbuat apa-apa untukmu
maafkan...
Nia,
kamu keajaiban yang dipinjamkan kepada kami
kamu gagah dalam kelembutanmu
sekuat ibu yang melahirkanmu
Al Fatihah utk Arwah Rania
*nota: Mama Nia, aunt sgt bertuah mengenali Nia walaupun cuma sekali dua dapat menatap wajahnya. Kerana aunt tahu Nia sgt istimewa. Nia bidadari syurga yang akan pimpin tangan mama Nia ke syurga bersama. Nia adalah keajaiban yang masih wujud. Nia adalah bukti bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Nia meninggalkan kesan yang amat dalam di hati kami yang baru mengenalinya. Mama Nia, terima kasih kerana membawa Nia kepada kami, walau seketika... Terima kasih kerana mama Nia memberi inspirasi yang sangat hebat utk aunt menjadi ibu yang lebih baik. Nia anak yang paling hebat.
al fatihah. erk, siapakah mia mama zara?
BalasPadamnia adalah klien sy, belum sempat approve insurans nye, turn out tiba2 masuk ICU and diagnosed with kongenital heart disease. she never showed any simptom, sgt baik, sgt comel... tu yg terkesan sgt tu.. she's only 7 months old
BalasPadamso layak pampasan tak?
BalasPadamx layak.... coz dh NTU (not Taken Up) dah case tu...
BalasPadamalfatihah untuk nia
BalasPadamalfatihah...
BalasPadamNia berada di tempat terbaik di disisi Nya