Langkau ke kandungan utama

Di mana kita hari ini...

Catatan seorang hamba Allah di laman web Ust Ridhuan Tee

Assalamualaikum Saudara Ridhuan Tee
Saya terbaca dakwaan Ana Muslim bahawa Orang Islam Menyumbang Dana Untuk Tokong, Kuil dan Gereja. Pada awalnya saya anggap ia satu dakwaan yang sangat keterlaluan. Kalau dia berkata orang islam yang sudah murtad berbuat seperti itu, maka saya tidak anggap ianya perkara yang pelik. Fikir punya fikir akhirnya saya teringat kisah yang saya alami sendiri. Maka dalam hati kecil pun berkata ‘agaknya inilah yang Ana Muslim maksudkan’. 
Ini kisah saya. Saya adalah pemilik sebuah mini market disebuah taman perumahan yang komposisi penduduknya sekitar 95% melayu/islam dan 5% bukan melayu/bukan islam. Selain mini market saya ada juga kedai runcit orang cina dan orang india ditaman itu. Walaupun melayu 95% tetapi cuma sekitar 30% sahaja yang menjadi pelanggan tetap saya, yang selebihnya berlanggan dengan kedai runcit cina dan india disitu. Tak kisah lah, rezeki Allah yang tentukan.
Satu hari selepas solat jamaah isyak seorang ustaz yang juga pengerusi dan imam surau meluahkan kelohan ketika kami berborak dalam surau, katanya kerja-kerja projek pembesaran surau taman kami terpaksa dihentikan sementara kerana kekurangan dana. Beliau terkilan kerana Ramadan tahun ini penduduk taman perumahan terpaksa bersesak-sesak untuk solat tarawikh. Saya tanya ustaz itu, berapa lagi kosnya. Ustaz jawab tak lah banyak dalam RM5 ribu saja. Saya termenung seketika, dalam hati berkata, ‘aku bersolat disurau ini dah dekat 10 tahun, selama ini aku hanya masukkan duit dalam tabung surau diantara 5-10 ringgit tiap kali aku datang bersolat jamaah, kenapa tidak aku sedekahkah sedikit bahagian daripada keuntungan mini market aku ke jalan agama ku’. Lalu saya jawab kepada ustaz itu, tak apa lah ustaz biar saya yang tanggung. Ceria sungguh wajah ustaz itu, terima kasih Cik Man, terima kasih Cik Man berulang kali diucapkannya.
Saya hendak beritahu disini, duit RM5 ribu yang hendak saya sedekah kepada surau itu bukan duit dari kantong saya tapi ianya datang daripada kantong orang melayu islam yang berbelanja barangan keperluan rumah tiap hari dimini market saya. Bukan tak ada orang bukan islam masuk ke mini market saya, tetapi boleh dibilang dengan jari kerana mereka sebenarnya tersesat masuk.
Lalu saya teringat taukey kedai runcit cina dan india yang menjadi saingan kepada mini market saya. Perniagaan mereka hidup kerana sokongan pelanggan-pelanggan orang melayu/islam, mereka buat untung duit dari kantong orang melayu/islam. Saya yakin mereka juga seperti saya, kalau tokong atau kuil tak cukup dana, mereka tentu tidak lokek untuk menderma sekadar yang mereka mampu. Adat orang berniaga, buat kebajikan kepada agama masing-masing dengan harapan tuhan akan lipat gandakan lagi keuntungan.
Sekarang baru saya betul-betul nampak mesej yang hendak disampaikan oleh Ana Muslim kepada kita orang melayu/islam. Ana Muslim tidak silap bila dia berkata Orang Islam Menyumbang Dana Untuk Tokong, Kuil dan Gereja. Kita sepatutnya terima kasih kepada Ana Muslim kerana dia cuba nak sedarkan kita orang melayu/islam. Terpulanglah. Tepok dada dan tanya iman masing-masing ‘hendak tolong surau dan masjid ATAU hendak tolong tokong, kuil dan gereja’.
Abdul Rohman

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...

JEDA

Merenung kembali masa yang berlalu. 13 tahun. Pelbagai rasa telah dirasa. Masa telah mematangkan; cara aku berfikir dan cara aku menilai. Satu perkataan yang mampu aku ungkapkan waktu ini- SYUKUR. Syukur sebab banyak yang Tuhan telah ajarkan aku. Setiap kesilapan dan kekhilafan, setiap keputusan yang salah dan benar, setiap kesusahan dan kejatuhan, setiap air mata sedih dan gembira - semuanya aku syukuri. Daripada perjalanan ini aku belajar erti ungkapan SABAR ITU INDAH. Yang dulu aku pernah sanggah - di mana indahnya SABAR. Sedangkan proses untuk sabar itu perih dan jerih. Rupanya manisnya di hujung jalan apabila kita berjaya sabar. Hadiah sabar itu datanglah pelbagai yang manis-manis.  Laluan takdir ini menemukan aku dengan pelbagai manusia. Ada yang menikam dalam diam, menghenyak lunyai semangat dan memijak ikhlasku. Ada yang menyambut dengan ikhlas dan jiwa yang suci. Ada yang hadir sekejap dengan meninggalkan kesan yang mendalam jiwaku. Ada yang perlu aku ketika susah, ada yan...