![]() |
hentikan keganasan terhadap wanita. |
Lembaran iklan di muka 3 Harian Metro menarik hati saya untuk ditampal di sini. Lalu, yang terlintas di minda saya adalah, kenapa perlu begini? Wanita adalah juga seorang insan. Bila sebut insan, maksudnya dia ada perasaan sakit, sedih dan emosi. Kenapa seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung tergamak melakukannya?
Mungkinkah bagi lelaki itu adalah satu cara untuk menunjukkan KUASA? Atau untuk MENGAJAR? Atau kerana EGO? Saya tak mampu manjawab kerana saya seorang wanita. Seorang wanita yang saya tau sering mengalah kerana CINTA. (saya hanya menjawab berdasarkan pengalaman sendiri)
Bagus juga pihak kementerian menjalankan kempen seperti ini. Ramai wanita di luar sana masih mendiamkan diri dan hanya menerima setiap perlakuan ganas terhadap mereka. Banyak sebab. Ada yang sanggup menanggung kesakitan kerana itulah pilihan yang mereka ada. Tidak bekerja, anak-anak, kebergantungan terhadap suami dan karenah birokrasi pihak yang sepatutnya membela mereka. Itu hanya sekelumit.
Ulasan
Catat Ulasan