Isnin, 2 Januari 2012

Bila mak ayah terlalu ok


Semalam saya ke rumah seorang saudara, single parent yang mempunyai seorang anak dara. Bercerita itu dan ini. Tentang gadget, tentang perangai anak-anak dan tentang kebimbangannya. (Ya menjadi kebimbangan saya juga). Dilema bila memikirkan tentang bagaimana cara terbaik mendidik anak yang telah remaja. Terutama di dunia yang semakin mencabar ini. Dunia yang semakin sukar mencari makruf, di mana yang mungkar melata hidup dengan subur. Buka mata saja dan bermacam perkara maksiat terhidang. 

sumber: Google
Katanya, dia bimbangkan anaknya yang berteman dengan seorang gadis 18 tahun. Yang pernah mengandung di luar ikatan perkahwinan. Saya terkesima bila mengetahui gadis itu tinggal bersama adik perempuannya yang berumur 12 tahun dan abangnya. Mereka mengusahakan 2 buah restoran di sini. Manakala ibu bapanya pula tinggal di bandar lain yang jauhnya 200km. Mengetahui fakta itu, tidak hairanlah mereka menjadi terlalu bebas. Keluar tak kira siang dan malam. Malah si kakak sering membawa teman lelaki bertandang di rumah. Boleh bayangkan betapa besarnya pendedahan kepada perlakuan yang tidak bermoral terhadap si adik yang sedang meningkat remaja?

Itulah jadinya bila ibu bapa terlalu ok dengan anak-anak. Bila terlalu percayakan anak-anak. Saya pula yang bimbang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan