Hidup kita bagaikan satu putaran. Perjalanan hidup kita bermula dari saat kita dilahirkan, belajar berjalan, berlari, sekolah, masuk U, bekerja, berkeluarga, mengumpul harta dan akhirnya bersara. Masing-masing punya matlamat sendiri.


Carta di atas saya gambarkan sebagai life stage yang hampir setiap daripada anda akan lalui. Anda mula bekerja (katalah pada usia 25 tahun) setelah usai pengajian di Uni. Untuk selama 30 tahun anda bekerja anda menikmati peningkatan gaji hinggalah pada satu tahap maksimum yang anda boleh capai sehingga umur persaraan anda. Disamping itu, anda mula membuat komitmen kewangan; membeli kereta, rumah, memulakan keluarga dan membuat persediaan pendidikan anak.Komitmen anda sentiasa berkembang mengikut tahap. Anda bijak merancang dengan mengenepikan sedikit pendapatan untuk membuat simpanan persaraan (sebab dah baca artikel tentang persaraan tadi. :)) dan melaburkannya. Jadi kotak biru di atas adalah kekayaan terkumpul. (accumulated wealth). Setelah anda bersara, anda telahpun mempunyai satu dana persaraan yang mencukupi untuk menampung keperluan hidup anda untuk baki 25 tahun lagi hidup anda ( lihat kotak merah). Apa yang saya ceritakan ini mungkin adalah rencana kita : Habis belajar > kerja > kumpul duit/harta > berkeluarga >; bersara dengan tenang.
TAPI...jika ini berlaku di tengah-tengah perjalanan anda, adakah anda bersedia?
Ya, mungkin anda seorang yang aktif, menjaga kesihatan dan mengambil suplemen kesihatan. Tapi kemalangan adalah tidak dapat dijangka dan penyakit yang namanya pelik-pelik pun bila-bila masa boleh singgah menyapa anda. Dan yang tak dapat disangkal mati itu pasti.
Persoalannya sekarang adakah anda bersedia mengahadapi perkara-perkara yang tidak dijangka itu? Bayangkan jika ia berlaku disaat anda di puncak komitmen. Anda seorang yang bekerja, anak sedang bersekolah, anda pula ditimpa kemalangan dan hilang punca pendapatan. Simpanan anda akan menyusut, malah mungkin tiada lagi simpanan persaraan. (KWSP sekarang membenarkan pengeluaran simpanan untuk menanggung kos perubatan penyakit kritikal). So..you jeorpadised ur financial goal!
Di situlah pentingnya perlindungan. Anda perlu melindungi pendapatan dan simpanan anda. Di Prudential, kami amat memahami keperluan ini dan saya boleh membantu anda merancang kewangan anda supaya anda sentiasa dilindungi. Jadi hubungi saya jika anda ada apa-apa kemuyskilan yang terlintas di benak anda .... szarra130@gmail.com
betol2 hehehe.. terima kasih atas infomasi terbaik :)
BalasPadamAwak agen insuran ya....by the way, tq drop komen..blog awak dah masuk dlm bloglist GreenAppleKu sebab awak ada letak blog saya dlm bloglist awak kan. Keep in touch dear..
BalasPadamKhairul hisyam: tq sudi baca. harap info ni berguna utk awak :)
BalasPadamGA: Yes, saya perancang kewangan..tq letak sy dlm bloglist GA..
penulisan dalam blog ini sudah bagus, cuma kena rajin balas komen supaya pengomen rasa dihargai=). Ya saya mahu dilindungi.
BalasPadam