Langkau ke kandungan utama

Blog Pilihan Blogger | Jom Sokong Usaha Ini

Saya menyokong usaha blogger ini mengumpulkan blog-blog berbeza kategori di dalam satu blog. Disamping memudahkan capaian dan pencarian kategori yang kita minta, kita juga boleh bertukar-tukar idea dan salah satu cara promosi yang baik. Macam mana nak sertai?



Sokong usaha ini?
Untuk menyokong usaha ini, anda boleh menjadi follower dan letakkan banner berikut di blog anda dan link ke blog ini: http://blogpilihanblogger.blogspot.com

Semakin ramai yang ketahui wujudnya blog perkongsian ini, insyaAllah, akan lebih ramai blogger yang dapat turut serta, samada menjadi antara blogger pilihan mahupun menjadi pengundi yang akan menentukan blog siapa yang paling popular buat tahun 2012 ini.

Usaha ini merupakan usaha berterusan sebagai memperkenalkan blog-blog yang bukan mainstream, yang lebih kepada blog personal dan mempunyai niche tertentu. Blog-blog masakan, automotif, kraf tangan atau apa sahaja yang anda fikir sesuai bolehlah join.

Ingin tersenarai dalam bloglist?
Kepada yang sudi untuk tersenarai di sini menerusi bloglist, silalah letakkan banner yang disediakan, dan link ke blog ini. Jika anda telah berbuat demikian, tinggalkan url blog anda untuk semakan di ruangan komen.

Anda dikehendaki juga memberikan kategori/jenis/niche/paparan utama blog anda, cth: Personal, Keluarga, Mahasiswi/Mahasiswa, Masakan, Jahitan, Luar Negara, Selebriti, Informatif, Petua, Guru.... apa jua yang anda terfikirkan sesuai untuk kategorikan blog anda.

Anda juga berpeluang untuk menjadi antara calon untuk diundi!

Saya copy paste dari sini


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...

Skandal bini orang : bila yang haram nak dihalalkan

Panas tajuk kali ini. Post pembukaan setelah lama blog ni bersawang. Banyak topik nak ulas, tapi ini topik paling menarik. Kisahnya, baru-baru ini terlihat di MukaBuku tentang skandal pengarah sebuah jabatan kerajaan dengan seorang wanita berstatus bini orang (kebenaran cerita - Wallahualam). Aku cuma nak ulas tentang isu itu. Ramai yang keji. Tapi itulah realiti. Aku dah jumpa kes macam ni dah lama. Dari zaman aku belajar lagi. Sampai tertanya juga, kenapa mesti bini orang? Dah tentu kau tak boleh nikah. Dah tentu hukumnya HARAM Itulah...kadang-kadang yang haram tu nampak indah macam syurga. Syaitan dan berjanji nak sesatkan anak cucu Adam sampai kiamat. Yang halal kat rumah nampak buruk, yang haram.tu jugak kau selera. Sebab tu aku pernah dengar, jihad pertama kita sebagai manusia ialah melawan nafsu. Jihad tau. Bukan senang nak lawan nafsu. Aku pun sama. Semoga kita semua dilindungi. Ni pendapat aku..mungkin faktor penyebab terjadinya perkara ini ialah bila kita semaki...