Saya terpanggil untuk berkongsi tentang satu artikel yang saya baca bulan lalu. Tentang manusia yang dalam tak sedar berlagak seperti Tuhan. MasyaAllah. Bila direnungkan kembali, saya sendiri beristighfar kerana adakala tanpa sedar diri mudah tergelincir dari landasan yang sewajarnya and unconsciously, i tend to be like that.
The article says, most of us nak berjaya, nak berubah ke arah yang lebih baik dan nak jana lebih pendapatan daripada yang sedia ada. So we go for various programs, trainings and courses to gain awareness and changes. Memang bagus jika kita nak cari perubahan dan semangat melalui program-program tersebut. And trust me, u will feel the energy and u will feel the changes. Namun seringkali kita lupa perubahan tersebut datang bersama nafsu yang membuak. Dibimbangi kita gagal mengawal nafsu dan ia akan mengatasi akal dan kewarasan kita.
Saya pernah berada di situ. Keinginan yang membuak untuk menimba ilmu sehingga rasa diri sudah cukup besar dan bijak. Bergelora di dalam diri nak berkongsi ilmu sehingga tak perasan dinding keegoan mulai menumbuh.Bila sedikit kejayaan, sanjungan menjengah, gelora itu lebih bergolak. Ego semakin menebal, dan rasa semuanya in control. See? Dalam diam-diam rupanya kita sudah menjadi bagaikan tuhan kecil yang boleh menentukan apa yang bakal terjadi. Dalam bisnes seperti saya, amat-amat mudah kita terjerumus ke lembah seperti ini. But remember, we not always on top. Life is spinning.
Saya teringat satu ayat: Makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita tak tau. Tu yang patut kita semat kerana sepandai manapun kita, takkan tertanding ilmu Allah. Jadi renungi diri, sentiasa muhasabah dan rendah hati. Moga Allah terus merahmati perjalanan kita dan tidak melupakan hambaNya ini. Juga harus diingat dalam meniti kemayshuran dan kejayaan, pujian akan tiba bertubi-tubi. Memang, sesiapapun suka di puji. Jadi bila ada pujian , bersedia juga untuk menerima kejian. Kerana setiap sesuatu itu sentiasa ada pasangannya. Seandainya kita hanya inginkan pujian tanpa kejian sesungguhnya kita adalah orang yang tidak menjaga hubungan dengan Pencipta kita.
Wallahualam
btui3x..kena jg diri kita.
BalasPadamrasa macam dapat rasa situasi camtu..
BalasPadamselalu rasa camtu dulu, astaghfirullah...
BalasPadam