Wanita itu sifatnya lembut, dijadikan untuk disayang, dibuat teman, bukan untuk didera, dilukakan perasaannya, sedangkan telah banyak pengorbanan, juga memori yang dikongsi bersama, adalah ini satu luahan kasih sayang bagi seorang lelaki? atau luahan EGO sang lelaki? Keganasan dan Penderaan Terhadap Wanita Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH Sumber: http://www.yadim.com.my/wanita/WanitaFull.asp?Id=124 Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa keganasan. Mungkin kerana sifat mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Women´s Aid Organisation dan Survey Research Malaysia (WAO/SRM) pada tahun 1992, mendapati bahawa sebanyak 3...
Ulasan
Catat Ulasan