Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Cinta yang derita

Dipetik drp Utusan Malaysia Utusan Malaysia Online - Keluarga  Ingat tak kes seorang remaja yang ditikam 19 kali dan disimbah dengan asid? Kejam. Cinta yang berakhir dengan kekejaman dan derita. Kadang-kadang cinta boleh menjadi derita.  So berhati-hati dalam memilih pasangan. Dalam artikel ni ada menyebut tentang bagaimana mengenali lelaki ganas. Ringkasnya: ~Mudah meluahkan cinta ~ Sentiasa nak tahu kemana anda pergi, dengan siapa, apa yang anda pakai dan segalanya yang berkaitan anda. ~Kalau marah/cemburu dia mula melakukan perkara2 yang menjengkelkan spt memandu dengan semberono dsb ~Terlalu kuat cemburu ~ Kalau dia mula berkata akan membunuh diri jika anda ingin tinggalkannya Seseorag tidak bertukar ganas atau pendera secara tiba-tiba. Keganasan juga tidak bermakna hanya bermula dengan mata lebam. Ia boleh bermula dengan kejadian kecil dan menjadi besar dan besar hingga mangsa boleh berakhir di hospital! Wallahualam

Kereta oh kereta....

*Sila fokus kpd kereta ;) Inilah kesayangan saya. Yang dah banyak sangat menabur jasa dan bakti. So bila dia sakit, saya sangatla susah hati.Apatah lagi apabila sakitnya tidak dapat di diagnose walaupun dah 5 'doktor' di sekitar bandar B saya dah hantar... Kedai 1 En. B: Masalah elektronik ni. Sini x boleh buat, x de alat. Kedai2 Tokey: Kene check komputer ni, sini kedai x boleh buat maaa Kedai 3 Pakcik: Dah berapa lama x servis? Air filter kene tukar, spark plug dah hitam, vacum hose...bla..bla.. Tuan kereta: :P Kedai 4 Tokey: Ni masalah wiring. U punye central lock sudah rosak maa.. U pegi kedai accesories dlu buat itu wiring.. Tuan kereta: |konfius| Kedai 5 Tokey ensem: Ini timing problem. Tapi sudah x boleh buat itu timing sbb itu barang (saya tak tau nak eja tapi ~ karburator kalau kereta lama) sudah rosak. Mau tukar itu barang baru boleh set timing. Sekarang timing kereta u rendah , itu pasal enjin selalu mati. Tuan kereta : |Finally, make sense... | Walaupun saya bukan l...

Contest insan kesayanganku....

My fisrt contest.. My first try la. Tq Mija  for inviting me.. Ok, insan kesayangan saya (opsss...insan-insan - boleh kan mija?) adalah mereka : Yg baju oren, Razin, bj kuning Rafiq, & tersepit kat tengah tu Sofya.  They are my LIFE, my STRENGHT, and my WOLRD. Cukup dengan 3 perkataan tu untuk menggambarkan kenapa mereka sangat bermakna dalam hidup saya!

More MILLIONAIRES in the world...

Sumber: Personal Money, Ogos 2010 Rupanya semakin ramai Millionaires dilahirkan di dunia ni. Sumber menyatakan populasi org kaya ni betambah sebanyak 17.1% pada 2009 iaitu seramai 1o juta org.(World Wealth Report 2010). Kekayaan mereka diukur berdasarkan nilai bersih individu (high net worth individuals). Ok, cukuplah tentang fakta. Agak-agak, macam mane ye org kaya ni menghabiskan duit? Yelah, duit  berkepuk-kepuk, org kata.. Ok, berdasarkan survey, jutawan-jutawan memiliki keghairahan @ passion untuk melaburkan kekayaan mereka dengan memiliki/mengumpul barang-barang mewah, antik, dan ada juga yang melaburkan wang pada hobi mereka. Begitulah, adenya..

How NOT to be a millionaire...

Dipetik dari Personal Money... di translate oleh ku...:) Cuba bayangkan situasi ini.... Anda baru dapat gaji pertama.. (yessss...sukanya) Berita gembira. Mungkin anda nak berhenti membaca sekarang...saya tidak bertanggungjawab tentang petikan seterusnya... It could get quite depressing... Ok...anda nak teruskan juga...so jgn salah kan saya k? Dengan gaji pertama itu, anda mula terfikir untuk membeli kereta baru. First car..mmm exciting! So...Welcome to the world of debt repayment, road tax, insurance, harga petrol yang asyik naik, parking ticket, tol, saman trafik, maintenace kete and..... those occasional, completely unavoidable little accident yang selalu terjadi sebab texting SMS masa drive and putting on lipstick ...u know things like that.. Bercakap tentang make up, anda memang nak kelihatan sentiasa menawan.. (pompuan...) Lets get this straight; make up, designer's handbags, shoes, clothes, perfume and accescories cannot be classified as indulgences. Ni perkara hidup dan mati...

MAK aka SUPERWOMAN

Pernah tak terfikir betapa hebatnya seorang ibu? Kepada yang belum jadi ibu, mungkin tak perasan. Tapi pada saya yang telah menjadi ibu kepada 2 orang hero dan seorang puteri, memang dah merasai betapa 'super'nya seorang saya.. :P . See? If u dare, so be a mom..hehe..Jadi hargailah ibu anda. Kerana bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Beliau bukan saja membawa title 'ibu', malah isteri, pekerja, cleaner, tukang masak, tukang cuci, tukang urut ..huhu..dan mungkin banyak lagi. Berat tu...tapi seorang wanita yang zahirnya lembut dan halus hakikatnya seorang yang sangat 'tough'. Saya sayang mak saya, beliau sumber inspirasi saya, pengorbanan beliau terlalu besar, dan saya sangat menghargainya. Kini saya juga seorang ibu, dan cuba untuk menjadi ibu sebaik beliau...(cuma saya tidak selembut beliau..huhu)

Siti Nurhaliza-Wanita

Wanita itu untuk disayangi...

Wanita itu sifatnya lembut, dijadikan untuk disayang, dibuat teman, bukan untuk didera, dilukakan perasaannya, sedangkan telah banyak pengorbanan, juga memori yang dikongsi bersama, adalah ini satu luahan kasih sayang bagi seorang lelaki? atau luahan EGO sang lelaki?  Keganasan dan Penderaan Terhadap Wanita Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH Sumber: http://www.yadim.com.my/wanita/WanitaFull.asp?Id=124 Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa keganasan. Mungkin kerana sifat mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Women´s Aid Organisation dan Survey Research Malaysia (WAO/SRM) pada tahun 1992, mendapati bahawa sebanyak 3...

Belajar daripada pengalaman orang lain...sebagai panduan

VIKTOR FRANKL (26 Mac 1905 – 2 Sept 1997) Siapakah beliau? Seorang Neurologist dan Psychiatrist berbangsa Austria yang juga seorang Holocaust survivor. Apa yang menarik tentang beliau ni? Ya, beliau seorang Yahudi, kenapa kita nak ikut seorang Yahudi. Bukan tentang itu yang saya nak kongsikan. Tapi pengalamannya semasa menjadi tahanan Nazi semasa era Holocaust sekitar 1940 an. Beliau bersama isteri dan ibu bapanya ditahan di kem tahanan Theresienstadt pada September 1942 dan dipindahkan ke beberapa kem tahanan yang lain. Mungkin telah terbayang di mata kita kekejaman Nazi menjalankan pembersihan etnik Yahudi pada era kegemilangannya. Dan Viktor Frankl Berjaya mengharunginya. Bapa beliau menemui ajal setelah menderita pneumonia dan pulmonary edema, ibunya dibunuh dan begitu juga isterinya. Beliau sendiri melalui pelbagai kesengsaraan diseksa, dimalukan dan didera dengan pelbagai cara. Persoalannya, bagaimana dia mengharunginya, tanpa kehilangan nyawa dan kewarasan? Beliau melihat seg...

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

Manisnya....

Faizal Tahir - Hanyut

alangkah indahnya andai... tapi impian itu telah pergi... bersama layunya ia...

Siapa diri ini?

“ Kita adalah hasil daripada pilihan kita ” Stephen R. Covey Satu frasa yang ringkas, namun cukup mendalam pengertiannya. Peluang menghadiri Program Signature 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan dan dipertemukan dengan beberapa insan yang pada pendapat saya berjaya mengubah kehidupan mereka benar-benar mengubah cara saya melihat dunia ini. Sebelum ini saya sering merasakan saya adalah mangsa pada orang itu, orang ini, sistem itu, sistem ini dan keadaan itu , keadaan ini. Rupanya, baru saya tersedar sebenarnya saya bukan mangsa kepada keadaan itu, tetapi adalah hasil dari pilihan yang saya buat dan tindakan yang saya ambil. Saya jua sedar bahawa saya mampu mengubah perspektif saya dan cara saya berfikir; sekurang-kurangnya; kerana kita tak mampu mengubah orang, mengubah keadaan dan sistem yang sedia ada. Dan itulah yang menjadi titik perubahan bagi insan-insan yang saya temui ini. Minggu lepas saya bertemu dengan seorang konsultan unit trust, wanita awal 30 an. Berpeluang duduk dan bercer...

Jangan jadi seperti KATAK, jangan mati KATAK...

Pernah dengar frasa BOILING FROG SYNDROME? Jika kita campakkan katak ke dalam air mendidih, pasti katak tersebut akan melompat keluar. Tapi.. kalau kita letakkan ia dalam bekas yang mengandumgi air suam, ia takkan lari; malah berasa selesa pula. Jika kita naikkan suhu air tersebut secara perlahan-lahan, pun katak itu takkan lari...sehinggalah air mula mendidih dan akhirnya ia akan mati...mati katak la.. Sebenarnya, cerita ini adalah perumpamaan bagi inflasi. Cuba letakkan diri kita seperti katak tadi. sebenarnya kita seperti sudah terlalu imun dengan inflasi sehi ngga kita tidak pernah sedar tentang kesannya kepada kewangan kita. Namun kita harus ingat ini tidak bermakna inflasi tidak akan menjejaskan kita dari segi kewangan jika kita terus tidak mengendahkannya. Sedar atau tidak, inflasi akan menjejaskan simpanan masa depan, tabung pendidikan anak-anak dan persediaan persaraan kita. Jadi, adakah anda rela membiarkan nilai wang anda terus menyusut tanpa anda lakukan sesuatu...So...go ...

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

anak kita, harta kita

Have you ever heard bout this disease? Anal Atresia Infantile Hydrocephalus Congenital Diaphragmatic Hernia Atrial Septal Defect Tetralogy of Fallot Sekadar menyebut beberapa jenis penyakit.. Nama yang pelik-pelik. Namun hari ini, inilah yang seringkali terpampang di dada-dada akhbar. Derita anak, menanggung sakit; derita bapa, bergolok gadai mencari wang. Sebenarnya nama-nama di atas adalah penyakit konginetal yang seringkali terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ketentuan Tuhan siapa yang tahu. Bila telah terjadi, sebagai bapa dan ibu, pasti sanggup buat apa saja untuk memastikan yang terbaik untuk anak. Persoalannya, cukupkah? Sekadar berkongsi; andai belum tahu; di pasaran sekarang telah ada satu pelan yang boleh meringankan beban sekiranya perkara ini berlaku. Benar, ia memerlukan sedikit wang dan usaha. Tapi andai di ukur dari sudut nilai, mungkin inilah yang terbaik. Sekurang-kurangnya, kita tidak perlu meminta-minta. Dan yang paling penting kita telah sediakan payung sebelum huj...

anak kita, harta kita

Have you ever heard bout this disease? Anal Atresia Infantile Hydrocephalus Congenital Diaphragmatic Hernia Atrial Septal Defect Tetralogy of Fallot Sekadar menyebut beberapa jenis penyakit.. Nama yang pelik-pelik. Namun hari ini, inilah yang seringkali terpampang di dada-dada akhbar. Derita anak, menanggung sakit; derita bapa, bergolok gadai mencari wang. Sebenarnya nama-nama di atas adalah penyakit konginetal yang seringkali terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ketentuan Tuhan siapa yang tahu. Bila telah terjadi, sebagai bapa dan ibu, pasti sanggup buat apa saja untuk memastikan yang terbaik untuk anak. Persoalannya, cukupkah? Sekadar berkongsi; andai belum tahu; di pasaran sekarang telah ada satu pelan yang boleh meringankan beban sekiranya perkara ini berlaku. Benar, ia memerlukan sedikit wang dan usaha. Tapi andai di ukur dari sudut nilai, mungkin inilah yang terbaik. Sekurang-kurangnya, kita tidak perlu meminta-minta. Dan yang paling penting kita telah sediakan payung sebelum huj...

Tergamaknya mereka...

Seringkali kita membaca di dada-dada akhbar berita mengenai pembuangan bayi. Saya selaku seorang wanita bergelar ibu, amat kesal, marah dan sedih dengan perbuatan wanita-wanita itu; yang juga bergelar ibu. Tiada langsungkah rasa sayang? Kalaupun tiada sayang, tidakkah mereka melihat bayi itu sebagai seorang manusia; yang mempunyai nyawa. Bukan patung tanpa rasa yang boleh mereka campakkan ke mana saja yang sempat. Seorang sahabat saya pernah menceritakan satu kes yang berlaku di daerah tempat tinggal saya. Sangat menyanyat hati. Seorang ibu muda tergamak mencampakkan hidup-hidup bayinya yang sudah berusia 7 BULAN (kalau tak silap) ke dalam gaung tepi lebuhraya..... MasyaAllah.. Saya yang mendengar terasa sebak di dada. Dalam minda terus terbayangkan wajah anak-anak yang comel dan innocent . Langsung tiada peri kemanusiaan. Namun Allah Maha Adil, si ibu tadi berjaya di tahan dan perbuatannya terbongkar. Wahai wanita-wanita di luar sana. Kalau taknak, jangan buat. Kalau tak nak, jangan ...

love your child..

There's a quoate says; Love your child as they are your past.. Love your elder as they are your future... Menarik sangat. Bila aku terdengar kata-kata ini, memang ada kebenarannya. Bila melihat kenakalan anak-anakku, pasti terlintas kenakalan sendiri sewaktu kecilku. Bila naik darah dengan telatah diorang, baru terlintas macammana la mak aku sabar dengan karenah aku agaknye. Barula rasa begini la mak dulu membesarkan aku.Insaf... Dan bila melihat orang tuaku... Mula terfikir, aku jua akan begini. Sekurang-kurangnya menyedarkan aku, betapa perlunya aku di sisi mereka. Walau bagaimana sibuknya aku, jangan sekali abaikan mereka..Alamak, ni yang rase nak balik kampung ni....uwaaaaa.. rindu mak, rindu abah. Kerana sebagai ibu, aku juga mengharapkan anak-anakku juga tak akan pernah lupakan aku walau setinggi mana mereka melangkah. Jadi, setinggi mana pun pangkat, sejauh manapun melangkah, sentiasa melihat dari mana asal kita. sayangi anakmu, ingati orang tua mu....

dunia hari ini..

aku suka observe orang...but bukan sebab nak jaga tepi kain org..tapi sekadar memenuhi masa lapang. when i did, aku selalu meletakkan diri aku in that person's shoes....dan dengan tulus hati aku jarang berprasangka.. (baik ni) tapi kadang2 sikap tak berprasangka ni telah memakan diri aku..(banyak kali lak tu terkene..) suka sangat tolong orang dengan seikhlas dan semampunya. sebab aku percaya kalau kita mampu dan ada orang memerlukan, kita wajib tolong. tapi baru2 ni aku sangat2 sedih. sebab adalah seorang hamba allah ni yang aku dah tolong macam-macam (tak yah ceritala) telah menjadi gunting dalam lipatan. aku betul2 anggap kawan. bila anggap kawan aku letak la sedikit kepercayaan dan perhatian. tak sangka pulak dia boleh memfitnah dan memburukkan aku di belakang. pedihnya hati. lepas tu dia boleh tuduh aku pengkhianat sebab menyebar fitnah tentang dia...helllo! sapa buat sapa? aku lah manusia yang paling tak ambik pot ngan masalah orang.uwaaaaa!!!! kenapa??? tapi bila fikir2 bali...

keliru?

i am a new blogger...yang baru nak belajar...dan rasanye sgt teruja nak mencuba... keliru? huhu... aku memang sentiasa keliru...confuse all the time. tak tau nak buat keputusan dan pilihan. dan selalu jugak salah buat pilihan. bila dah salah baru tercangak-cangak ( kawan aku selalu sebut perkataan ni). . . past few months...tahap kekeliruan aku bertambah teruk... kejap macam ni. kejap macam tu. sampai pada satu tahap aku sendiri tak tahu aku di mana... dan cagarannya adalah MY LIVE... semoga aku lebih banyak belajar dan belajar dan belajar untuk buat keputusan...