Langkau ke kandungan utama

Cinta yang derita

Dipetik drp Utusan Malaysia
Utusan Malaysia Online - Keluarga

 Ingat tak kes seorang remaja yang ditikam 19 kali dan disimbah dengan asid? Kejam. Cinta yang berakhir dengan kekejaman dan derita.

Kadang-kadang cinta boleh menjadi derita.  So berhati-hati dalam memilih pasangan. Dalam artikel ni ada menyebut tentang bagaimana mengenali lelaki ganas. Ringkasnya:

~Mudah meluahkan cinta
~ Sentiasa nak tahu kemana anda pergi, dengan siapa, apa yang anda pakai dan segalanya
yang berkaitan anda.
~Kalau marah/cemburu dia mula melakukan perkara2 yang menjengkelkan spt memandu
dengan semberono dsb
~Terlalu kuat cemburu
~ Kalau dia mula berkata akan membunuh diri jika anda ingin tinggalkannya

Seseorag tidak bertukar ganas atau pendera secara tiba-tiba. Keganasan juga tidak bermakna hanya bermula dengan mata lebam. Ia boleh bermula dengan kejadian kecil dan menjadi besar dan besar hingga mangsa boleh berakhir di hospital!

Wallahualam

Ulasan

  1. Ya Allah..Mohon sgt2 dijauhkan dr semua ne..
    manusia semakin melampau skrg..moge2 mrk diberikn hidayah..amiiin

    BalasPadam
  2. amin.. apa2 kena berhati-hati memilihteman..:)

    BalasPadam
  3. ya allah berilah kekuatan kepada aku dan rakan2ku untk memilih cinta yang sebenar...amin....

    BalasPadam
  4. gler ahh..cm2 eh...yg x sagka 2..cmne dia bley ade fill~~..nak tikam org?cba byang kalo kita nak bnuh org pn..pgag psau pn x sggup!!

    BalasPadam
  5. bila dah obses sgt jd camtu la... sebab tu kena always redha, forgive and forget... :)

    BalasPadam
  6. please..forgive..and forget..but forget me not! :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...

JEDA

Merenung kembali masa yang berlalu. 13 tahun. Pelbagai rasa telah dirasa. Masa telah mematangkan; cara aku berfikir dan cara aku menilai. Satu perkataan yang mampu aku ungkapkan waktu ini- SYUKUR. Syukur sebab banyak yang Tuhan telah ajarkan aku. Setiap kesilapan dan kekhilafan, setiap keputusan yang salah dan benar, setiap kesusahan dan kejatuhan, setiap air mata sedih dan gembira - semuanya aku syukuri. Daripada perjalanan ini aku belajar erti ungkapan SABAR ITU INDAH. Yang dulu aku pernah sanggah - di mana indahnya SABAR. Sedangkan proses untuk sabar itu perih dan jerih. Rupanya manisnya di hujung jalan apabila kita berjaya sabar. Hadiah sabar itu datanglah pelbagai yang manis-manis.  Laluan takdir ini menemukan aku dengan pelbagai manusia. Ada yang menikam dalam diam, menghenyak lunyai semangat dan memijak ikhlasku. Ada yang menyambut dengan ikhlas dan jiwa yang suci. Ada yang hadir sekejap dengan meninggalkan kesan yang mendalam jiwaku. Ada yang perlu aku ketika susah, ada yan...