*Sila fokus kpd kereta ;)
Inilah kesayangan saya. Yang dah banyak sangat menabur jasa dan bakti. So bila dia sakit, saya sangatla susah hati.Apatah lagi apabila sakitnya tidak dapat di diagnose walaupun dah 5 'doktor' di sekitar bandar B saya dah hantar...
Kedai 1
En. B: Masalah elektronik ni. Sini x boleh buat, x de alat.
Kedai2
Tokey: Kene check komputer ni, sini kedai x boleh buat maaa
Kedai 3
Pakcik: Dah berapa lama x servis? Air filter kene tukar, spark plug dah hitam, vacum hose...bla..bla..
Tuan kereta: :P
Kedai 4
Tokey: Ni masalah wiring. U punye central lock sudah rosak maa.. U pegi kedai accesories dlu buat itu wiring..
Tuan kereta: |konfius|
Kedai 5
Tokey ensem: Ini timing problem. Tapi sudah x boleh buat itu timing sbb itu barang (saya tak tau nak eja tapi ~ karburator kalau kereta lama) sudah rosak. Mau tukar itu barang baru boleh set timing. Sekarang timing kereta u rendah , itu pasal enjin selalu mati.
Tuan kereta : |Finally, make sense... |
Walaupun saya bukan lah pakar enjin, dan sebenarnya tak pernah amik tau pun , tapi hati kecil ku berkata memang ni masalah timing rendah..huhu.. Tertanya gak, diorang ni memang tak tau ke saje wat2 tak tau.. Apa-apa pun, harap final dignose tu lah yang tepat. Sebab kalau tak terbang lah RM400 dengan sia-sia..
Oh kembara kesayangan hamba.. harus pulak nanti ku bling bling kan jadi Swift lak tahun depan. Haaaa...
Ulasan
Catat Ulasan