Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Kajian kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak (tempatan)

KAJIAN BERKAITAN KESAN NEGATIF PENGGUNAAN GADJET KEPADA KANAK – KANAK DI KALANGAN PELATIH POS BASIK PENGKHUSUSAN PEDIATRIK DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SUNGAI BULOH SESI 2/2014  ADEELAH BINTI MOHD AZMI (PB 2/2014 – 2404) NOOR NAZIHAH BINTI HUSIN (PB 2/2014 – 2414) KAJIAN LITERASI (Literature REVIEW) Kandungan gadjet hendaklah disesuaikan dengan Usia kanak-kanak dan unsur nilai yang sepatutnya dipelajari oleh kanak-kanak. Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) "Pelbagai perkara yang tidak baik boleh berlaku termasuk mencuri, merompak, rogol, berzina, terbabit kegiatan samseng dan ponteng sekolah. Yang paling parah perkara ini banyak berlaku kepada remaja Islam," katanya di sini, hari ini.  (Ali Ibrahim, 2012) METODOLOGI KAJIAN LATAR BELAKANG KAJIAN KSKB SUNGAI BULOH REKA BENTUK KAJIAN Soal selidik Terdiri daripada empat bahagian iaitu  Bahagian a = data demografik ( latar belakang ibubapa) Bahagian b = tahap pengetahuan, sikap, dan amalan. Bahagian c = punca...

Gajet: Kesan terhadap kanak-kanakdan remaja (berdasarkan kajian)

Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari. Bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa. Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan 10 sebab:- 1. Perkembangan otak Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rap...

Kren tumbang di Masjidil Haram : Rahmat dan Hikmah

Ada beberapa keutamaan jamaah haji yang menjadi korban tertimpa crane di Masjidil Haram. Dan hanya Allah yang mengetahui hikmah dalam masalah ini. Diantaranya : 1. Meninggal di hari yg mulia, yaitu Jumat. عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ » Artinya: "Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya'la, dan Al-Baihaqi). 2. Meninggal karena tertimpa reruntuhan. Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda: الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ “Syuhada itu ada lima,...

Kasih Sayang Allah

Tanda allah sayang akan seseorang Allah akan memudahkan dia untuk beribadah Tanda allah berpaling dari seseorang Allah akan sibukkan dia dengan urusan dunia. Jarak kita dengan masjid bukan diukur dengan kaki. Tapi diukur dengan hati .

Sabar dalam bersabar

Hampir jam 4 pagi. Saya tersedar seperti biasa. Terbaca satu mesej di telefon, nadanya berbaur marah. Berbaur tuduhan. Saya istighfar. Hanya salah faham. Benar, namun salah faham itu boleh memutuskam silaturrahim. Andai saya menaip mesej balas dengan emosi, maka mungkin boleh terungkai sebuah persahabatan. Marah itu api. Maka ia boleh membakar kesabaran. Dan membina kesabaran bukan mudah kerana kita perlu SABAR dalam membina kesabaran itu. Dan kerana marah itu bagai api, sejukkan lah dengan wuduk. Ini pesan untuk diri sendiri juga yang sentiasa khilaf.... Sebelum berkata/menaip, sentiasa fikir 3 kali. Adakah ia perlu? Adakah ia wajar? Adakah ia baik? Alhamdulillah. Kesabaran yg saya bina bertahun masih kukuh. Yang hilang di dunia saya yakin kerana Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk saya. Tak perlu pertikai lagi. Rahmat Allah sangat luas, jangan berputus asa dengan rahmatNya....

Marah

Assalamualaikum Lama tidak menjengah. Bukan lupa. Bukan tidak ingat. Namun keterbatasan waktu. Walaupun rindu sangat. Tadi, membelek FB, terlihat satu video amuk seorang wanita ketika barang jualan dan gerainya dirampas pihak penguatkuasa. Ya, komentar ada yang pro ada yang kontra. Ada yang simpati, tidak kurang mengeji. Sungguh, saya faham perasaan wanita itu. Saya pernah merasai marah yang tidak dikawal. Menjerit-jerit bagai hilang akal. Ketika waras begini ada sesal yang bukan sedikit, juga malu teramat. Namun waktu tidak mungkin diputar kembali. Dan bukan juga sia-sia setiap kejadian itu kan? Allah mendidik dan menegur dengan banyak cara. Malah apa yg kita belajar dari setiap kekhilafan itulah sebenar-benar Rahmat dari Nya. Hidup ini umpama kelas yang kita hadiri. Sentiasa belajar. Dan proses itu bukan mudah. Belajar itu juga ada tujuan yang hendak kita capai. Bagi kita yang menjadi pelajar itu wajar sentiasa sedar tentang tujuan tersebut. Dalam ujian, pasti ada masa kita gagal. Be...

Salah siapa

Mendidik anak di zaman fitnah sangat-sangat mencabar. Apabila sesetengan ibu bapa zaman ini berlumba-lumba membeli dunia untuk anak-anak, wujudlah generasi cintakan dunia. Sebagai ibu bapa yang tidak arus perdana, sukarnya untuk saya memberi faham anak didikan saya betapa yang nampak 'cool' pada pandangan mereka sebenarnya adalah jalan menuju NERAKA! Apatah lagi mendidik anak yang bukan dari rahim saya, yang bukan dari acuan didikan saya semenjak kecil. Tewas rasanya bila saban hari menasihat, saban hari mendoakan, rupanya tiada satu singgah di hatinya. Dimana silap saya? Terduduk bila membaca kata hatinya. (Sama perit bila terbuka smartphone nya yang penuh material tidak senonoh dan perbualan yang menjurus ke arah seks). Dia cuma ingin menjadi 'cool' seperti kawan-kawan yang dipujanya. Memiliki smartphone canggih. Boleh menjual muka di sosial media. Mencari kawan maya (mostly boys). Nak ada boyfriend (katanya dia tahu jaga diri dan tahu batas) Ya, saya bukan ibu aru...

Insan biasa

Disebalik rasa ingin sempurna, terlalu banyak kekurangan dan kekangan yang saya tempuhi. Mengejar kesempurnaan yang hakiki, namun rupanya saya khilaf jua. Khilaf kerana hampir mengambil mudah tentang hablum minannas. Allah.. Banyak hati yang saya sakiti. Banyak amanah hampir tidak tertunai. Tidak terkira dosa dan khilaf itu saban hari. Namun tidak jua tercapai dengan kudrat yang ada untuk selesaikan yang tertangguh waktu ini. Saya memohon Tuhan beri saya waktu dan jalan untuk sempurnakan semua ini. Semoga saya masih mampu menanggung kesakitan yang mencengkam tanpa suara keluhan di bibir. Agar saya dapat tunaikan segalanya sebelum dijemput ke sana. Aminn..

Dia sempurna dlm kekurangan

Cukup sempurna untuk aku yg serba kekurangan dalam kekurangan yang dia punya. Kerana aku bukan mencari kesempurnaan. Terima kasih Tuhan...

Ukhrawi kan dunia

Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan." (Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi)

Ujian kecil

Setiap denyut dan perit yg aku rasa..  Tanda kasihnya Dia padaku. Tanda Dia memerhatiku. Tapi aku masih belum kuat tatkala melihat wajah-wajah polos anak-anak. Maafkan mama.. Mama tidak mewah dengan harta. Mama cuma harap pesan-pesan mama saban hari anak-anak akan pegang sampai bila-bila. Moga sentiasa di dalam jagaan Dia.. Ya Rabb, jagakan mereka untukku...

Cahaya

Tasauf / Akidah Jagalah Hidayah atau Petunjuk Dari Tuhan Hidayah atau petunjuk adalah di tangan Tuhan Manusia boleh mengusahakan Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan Kerana hidayah itu mahal nilainya Tidak semua orang berhasil mendapatkannya Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat kemudian hilang. Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun Dia tidak mengambil pengajaran. Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa, Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan. Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku. Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah !!!.Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan. Seolah-olah mereka kehilangan pegangan ...

Pelangi

Melihat dia, tenang menyapa hati. Bersih dan suci wajah polosnya. Rasa syukur menjamah hati. Hilang lelah, hilang duka, hilang segala runsing urusan duniawi Yang ada hanya warna pelangi, indah dan berwarna warni. Terima kasih Tuhan atas kurnia Mu....