Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Jaga dia untukku

Mahu ku bersama Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi Waktu tak bicara Lama terasa seakan terhenti mengiringiku Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa Ku kepadanya, saat ku tiada Oh Tuhan, jaga dia untukku Kalaku masih jauh Bagai menghitung resah Berkepingan berderaian Oh Tuhan, jaga dia untukku Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama Menyayangi mendampingi dia Terbangkan diriku, Bersayap seribu biar detik menjadi laju Langit pun mendengar Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa Ku kepada padanya, saat ku tiada Oh Tuhan, jaga dia untukku Kalaku masih jauh Bagai menghitung resah Berkepingan berderaian Oh Tuhan, jaga dia untukku Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama Menyayangi mendampingi dia Mungkinkan ini memulakan kita Lambang cinta Ku dan dia Oh Tuhan, jaga dia untukku Kalaku masih jauh Bagai menghitung resah Berkepingan berderaian Oh Tuhan, jaga dia untukku Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama Menyayangi mendampingi dia

Cerita ketam cina ketam melayu

Semalam berbual dengan seorang ketua cawangan sebuah pejabat di bandar saya. Kami berbual panjang mengenai sikap sesetengah orang yang suka melihat orang lain susah. Kata beliau menolong orang lain bukan hanya dengan memberi wang. Tapi memudahkan urusan orang lain juga merupakan satu bantuan. Namun ramai yang tak nampak. Lalu katanya dia teringat satu kisah ketam yang sinonim dengan masyarakat kita. Ketam cina ketam melayu. Katanya kalau ketam cina lihat rakannya dlam kepayahan menaiki tangga, ia akan berusaha menolak rakannya ke atas. Kalau ketam melayu, lihat rakan susah payah mendaki tangga ia akan menariknya supaya jatuh. Ini realiti. Lihat keliling kita. Malah saya sendiri mengalaminya. Namun bukan semua punya mentaliti lanun seperti ini. Andai yang berpegang teguh agama yang dianuti pasti tiada sikap kejam begini. Agama manapun di dunia ini menggalakkan sikap bantu membantu. Bukan menjatuhkan dan memutuskan silaturrahim serta menganiaya orang lain.  Sent from Samsung Mobile

Abah

Abah. Saya tau dialah yang paling memahami walau tanpa kata. Di waktu sukar dialah yang pertama. Walau tiada kata tapi saya merasa setiap masa hangat kasih sayangnya. Kasih abah memang  sepanjang masa. Saya cuma mahu dia sejahtera sentiasa dan dikasihiNya sepertimana dia mengasihi saya semasa kecil...  Sent from Samsung Mobile

Mati - Pt 1

"Ya Allah matikan daku dalam keadaan penghujung penuh kebaikan dan janganlah matikan kamai dengan keadaan penghujung yang buruk" Menusuk maksud doa yang dibaca Al-Fadhil Ustaz Dato' abu Hassan Din Al-Hafiz di tengah hening malam pada ceramah umum yang aku hadiri. Menurut Al-Fadhil Ustaz, cara kematian kita adalah berdasarkan cara kehidupan kita. Jika hidup dipenuhi perkara baik dan mengejar redha Allah, maka baik jugalah kematian kita (InsyaAllah). Jika cara kematian baik, maka begitu jugalah kehidupan kita selepas mati nanti. Bayangkan jika kematian cara buruk yang kita dapat, kerana kehidupan yang bergelumang dosa, maka hidup selepas mati kita akan berterusan buruk hingga ke akhirnya. MasyaAllah. Tidak dapat membayangkan hidup abadi nanti dipenuhi dengan keiksaan selama-lamanya... Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kel...

Hak yang dirampas

Hadith Rasulullah SAW tentang penganiayaan dan hak yang dirampas.   " Sesungguhnya darahmu, hartamu dan maruahmu di antara sesama mu adalah haram (dicerobohi ) sebagaimana haramnya hari kamu ini dalam bulan kamu ini " ( Riwayat Al-Bukhari, no 67 & 185; Muslim, no 1679 ) Hasil daripada hadith ini, para ulama Islam telah mengistinbadkan bahawa :- a)  Penjagaan agama seseorang  : Wajib, kesannya sekiranya sesorang mengajak muslim keluar dari agamanya, maka si Muslim wajib mempertahankannya kecuali sampai ke tahap amat terdesak sehingga boleh menggugat nyawa. Itupun hanya dengan pengakuan lidah tanpa disertai hati. b)  Penjagaan Nyawa  : Wajib bagi setiap umat Islam mempertahankan nyawa dan ia menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie  (Hashiyah Ibn ‘Abidin, 5/481 ; Tuhfatul Muhtaj, 4/124 ; Mawahib al-Jalil, 6/ 323)  bagaimanapun hanya HARUS menurut mazhab Hanbali ( Al-Mughni, 10/350 ). Hukum bunuh diri adalah haram menurut nas yang sabit, ma...

Di mana kita hari ini...

Catatan seorang hamba Allah di laman web Ust Ridhuan Tee Assalamualaikum Saudara Ridhuan Tee Saya terbaca dakwaan Ana Muslim bahawa Orang Islam Menyumbang Dana Untuk Tokong, Kuil dan Gereja. Pada awalnya saya anggap ia satu dakwaan yang sangat keterlaluan. Kalau dia berkata orang islam yang sudah murtad berbuat seperti itu, maka saya tidak anggap ianya perkara yang pelik. Fikir punya fikir akhirnya saya teringat kisah yang saya alami sendiri. Maka dalam hati kecil pun berkata ‘agaknya inilah yang Ana Muslim maksudkan’.  Ini kisah saya. Saya adalah pemilik sebuah mini market disebuah taman perumahan yang komposisi penduduknya sekitar 95% melayu/islam dan 5% bukan melayu/bukan islam. Selain mini market saya ada juga kedai runcit orang cina dan orang india ditaman itu. Walaupun melayu 95% tetapi cuma sekitar 30% sahaja yang menjadi pelanggan tetap saya, yang selebihnya berlanggan dengan kedai runcit cina dan india disitu. Tak kisah lah, rezeki Allah yang tentukan. Satu hari selep...

Hadith tentang akhir zaman

Punca Kebinasaan Seseorang Dari Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya” Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?” Nabi SAW menjawab “Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika...

Perjalanan mengenal diri -Pt 2

Aku mencari-cari di mana letak diri ku. Banyak persoalan. Bertahun-tahun aku mencari jawapan. Jawapan apa aku sendir tak pasti. Satu pagi di bumi suci ini, takdir menemukan aku dengan seorang hamba Allah. Yang tidak kukenal. Yang tidak mengenaliku. AturanNya menemukan aku dan dia pada satu titik. Katanya " Luasnya rahmah Allah, jangan putus asa ya," Ayat itu berulang-ulang di minda. Bagaikan sebuah jawapan kepada setiap persoalan yang aku sendiri tak pasti apa. Jawapan yang menghilangkan gusar serta merta. Dekatnya Dia, di mana-mana ada Dia.Aku tak perlu mencari lagi. setiap jawapan ada pada Dia Ya Khaliq.

Etika

Saya duduk melabuhkan punggung di atas kerusi di kafeteria sebuah hospital. Di meja itu turut ada seorang lelaki pertengahan umur dan anaknya. Saya lemparkan senyuman. Balas. Kemudia datang sepasang suami isteri warga emas berbangsa Cina. "Ada orang di sini?" tanya wanita Cina tersebut kepada lelaki di hujung meja. Lelaki itu menggeleng sambil senyum. Saya turut senyum kepada pasangan itu. Kawan saya pula tiba mengambil tempat di sebelah saya sambil membawa minuman. Kami berbual kosong. "Auntie, makan.." tegur teman saya. Wanita warga emas itu membalas. Kami berbasa basi sesama kami. Sekadar bertanya itu ini. Saya bertanya wanita itu tujuannya ke hospital. "Tengok doktor. Uncle tak sihat" Kami berbual lagi. "Itu doktor cakap sama uncle, kalau saya jadi uncle saya taka nak cuci dah, biar mati saje (merujuk kepada lelaki warga emas itu yang mengalami masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis)" kata wanita Cina tersebut Saya te...

Perjalanan mengenal diri - Pt 1

Wajah tua itu tak lekang dengan senyuman. Ikhlas..terpancar di wajahnya yang polos dan naif. Aku tertanya apalah perasaan dia di dalam. Namuh bagaikan apa yang terpancar di wajah itulah jua di dalam. Jelas kelihatan di wajah tua nya keletihan yang amat sangat. Aku mengira masa... Dari jam 2,00 pagi dia pergi. Sekarang sudah jam 9.00. Tak mampu membayangkan keadaan dia yang sesat di dalam Masjidil Haram mencari-cari jalan ke hotel penginapan kami. Masih tersenyum... Maha Suci Tuhan. Kami semua bersyukur melihat wajah tuanya muncul pagi itu. Dari jam 2 dia pergi bertawaf sunat dengan suaminya. Dan mereka terpisah seusai tawaf. Dia berjalan menelusuri masjid hingga ke pintu yang dia sendiri tak kenal. Entah pintu mana. Sedangkan selalunya aku atau jemaah lain yang membawanya setiap kali ke masjid. Aku sangat tahu dia tidak mengenali jalan ke hotel. Syukur Allah menunjukkan jalan pulang. Rahmat Allah.... Pelajaran buat aku... Redha nya wanita tua itu. Dia tidak menyalahkan sesiapa. Mas...

Sunnatullah

Seringkali bila kita ditimpa musibah dan ujian.. kita bertanya , kenapa aku? Percayalah, kita diuji kerana kita insan terpilih. Betapa istimewanya kita dipilih dr sekian ramai hambaNya untuk menerima ujian tersebut. Betapa Maha Kasihnya Dia. Dia memberi jawapan-jawapan dalam setiap ujian yang di beri. Ada sebab dan hikmah.  Wajarlah kita mengucap syukur dan hadapi dengan tenang. Kalau kita menghadapi kehilangan yakinlah yang hilang tu mungkin bukan yang baik untuk kita. Dia mungkin telah sediakan yang lebih baik. Kerana Dia yang Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Tetapkan iman... yakinlah Dia sentiasa ada dengan kita.  Allah adalah sebaik- baik perancang.  Sent from Samsung Mobile