Menyakiti dan disakiti .. itu lumrah. Kita manusia biasa yang dilahirkan dengan akal dan nafsu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak akan berkurangan harta dengan bersedekah, tidak akan bertambah ke atas seseorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no. 2588)Namun persoalannya, ikhlaskah kita memaafkan. Apakah yang terlahir dari bibir itu datangnya dari hati? Persoalan ikhlas hanya kita dan Dia yang tahu. Berdoalah agar Allah melapangkan dada untuk memberi kemaafan yang sebenar dan semoga hadir ketenangan dalam jiwa insan pemaaf.
Di antara faedah sifat pemaaf ialah:Semoga bermanfaat. Salam 1 Rejab
1. Menunjukkan satu ciri akhlak yang mulia.
2. Dalil kepada kesempurnaan iman dan Islam yang baik.
3. Tanda kepada orang yang berlapang dada dan berbaik sangka.
4. Hasil daripada cintakan sesama manusia.
5. Selamat dari fitnah dan terpelihara daripada tergelincir.
6. Menunjukkan kepada kesempurnaan dan kemuliaan jiwa.
7. Sebagai satu persediaan sebuah masyarakat kepada suasana yang baik dan kehidupan yang lebih afdhal.
8. Sebagai satu jalan cahaya dan hidayah kepada orang bukan Islam.
9. Mendapat kebaikan dunia dan akhirat kerana manusia suka kepada orang yang tenang dan suka memberi kemaafan.
(Dipetik dari artikal: Dr. Abdul Basit Abd Rahman, Mimbar Utama, Majalah I, Februari 2012)
Ulasan
Catat Ulasan