Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Memangla dia tu kafir, tapi..

Baru-baru ini tersebar kisah beberapa produk yang didakwa mengandungi DNA babi di internet. Agak tersentak juga memandangkan memang produk-produk itu adalah produk utama di dapur. Jenama yang familiar. Tapi beberapa hari kemudian tersebar pula penafian dari pihak JAKIM yang mengesahkan bahawa produk itu memang ada sijil HALAL. So, apa yang saya lihat semua cuma satu FITNAH. Macam trend pulak sekarang ni, semua orang berlumba-lumba nak buat cerita (betul atau tak betul belakang cerita). Memang la orang tu dah sah-sah tak sembahyang (bukan Islam) , tapi yang kita nak buat dosa free memfitnah tu nak buat apa. Bukan yang buat cerita tu je, ni yang tukang share kat FB pun tak pasal-pasal invest saham dosa jugak. As a Muslim, memang benar kita dituntut untuk menyampaikan ilmu walaupun sepatah kata. Tapi please, check dulu kesahihannya. Ini soal kredibiliti, maruah dan nama baik orang lain. Bukan pasal kisah ni je. Banyak lagi contoh lain sebelum ni. Tu yang terpanggil nak mencatat di sini. W...

Mendidik dan menghukum

keratan akhbar Berita Minggu Di kalangan masyarakat kita, istilah isteri nusyuz sangat popular sehingga kita terlupa bahawa suami juga boleh nusyuz. Saya tertarik dengan kandungan artikel di atas. Menurut Dato' Dr Abu Hassan Din Al-Hafiz dalam rancangan Tanyalah Ustaz (tak ingat bila), bila berlaku nusyuz terhadap isteri, suami terus menghukum isteri. Tapi pernahkah sang suami mencari puncanya berlaku demikian. Yang berbahagia Dato' menekankan bahawa apa jua yang berlaku terhadap isteri itu adalah tanggungjawab suami. Jadi jika dari awal suami memang tidak pernah mendidik isterinya , suruh taat, solat dsb, maka suamilah yang perlu menyalahkan dirinya dahulu. Kemudian barulah suami boleh menegur si isteri, mengikut apa yang tertulis di dalam Al-Quran. (sila rujuk artikel di atas).  Menurut artikel di atas, tindakan menegur isteri, pisah tempat tidur dan memukul perlulah bertujuan untuk mendidik bukannya dengan kasar dan kejam. Tapi apa yang kita lihat ada suami yang pandai2 buat...

Ubat sakit hati

Semalam ada satu ayat yang saya dengar dari drama bersiri  Dingin Lavenda di TV3  yang sangat berbekas di hati. Kata si Jannah (Eira Syaziera) waktu memujuk Nana: " Ustaz kata, kalau sakit di kaki kita boleh letak ubat. Tapi kalau sakit di hati....ubatnya ialah.. SABAR " (lebih kuranglah gitula ayatnya) Emmm.. betul tu. Hanya sabar yang boleh menahan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya ketika kita marah, sakit hati, sedih dan benci. Sabar juga membuatkan kita kurang bercakap

Bila wanita menjadi sekadar objek

hentikan keganasan terhadap wanita. Lembaran iklan di muka 3 Harian Metro menarik hati saya untuk ditampal di sini. Lalu, yang terlintas di minda saya adalah, kenapa perlu begini? Wanita adalah juga seorang insan. Bila sebut insan, maksudnya dia ada perasaan sakit, sedih dan emosi. Kenapa seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung tergamak melakukannya?  Mungkinkah bagi lelaki itu adalah satu cara untuk menunjukkan KUASA? Atau untuk MENGAJAR? Atau kerana EGO? Saya tak mampu manjawab kerana saya seorang wanita. Seorang wanita yang saya tau sering mengalah kerana CINTA. (saya hanya menjawab berdasarkan pengalaman sendiri) Bagus juga pihak kementerian menjalankan kempen seperti ini. Ramai wanita di luar sana masih mendiamkan diri dan hanya menerima setiap perlakuan ganas terhadap mereka. Banyak sebab. Ada yang sanggup menanggung kesakitan kerana itulah pilihan yang mereka ada. Tidak bekerja, anak-anak, kebergantungan terhadap suami dan karenah birokrasi pihak yang sepatutnya mem...

Bila mak ayah terlalu ok

Semalam saya ke rumah seorang saudara, single parent yang mempunyai seorang anak dara. Bercerita itu dan ini. Tentang gadget, tentang perangai anak-anak dan tentang kebimbangannya. (Ya menjadi kebimbangan saya juga). Dilema bila memikirkan tentang bagaimana cara terbaik mendidik anak yang telah remaja. Terutama di dunia yang semakin mencabar ini. Dunia yang semakin sukar mencari makruf, di mana yang mungkar melata hidup dengan subur. Buka mata saja dan bermacam perkara maksiat terhidang.  sumber: Google Katanya, dia bimbangkan anaknya yang berteman dengan seorang gadis 18 tahun. Yang pernah mengandung di luar ikatan perkahwinan. Saya terkesima bila mengetahui gadis itu tinggal bersama adik perempuannya yang berumur 12 tahun dan abangnya. Mereka mengusahakan 2 buah restoran di sini. Manakala ibu bapanya pula tinggal di bandar lain yang jauhnya 200km. Mengetahui fakta itu, tidak hairanlah mereka menjadi terlalu bebas. Keluar tak kira siang dan malam. Malah si kakak sering membawa tem...

Apa kata lelaki tentang make up anda?

Saya cedok dan terjemah dari  Yahoo! Shine .  (dan tambah kurang sikit2 mana yang perlu. Sila klik link untuk artikel sebenar). Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Dan saya pasti mereka yang bersolek tebal ni pun memang nak nampak cantik ( di mata lelaki? ). So pernah tak kita yang perempuan ni terfikir apakah pandangan mereka tentang make up kita sumber Google 1. Glenn Yeffeth, 49, publisher, BenBella Books:  "I think a lot of makeup actually makes women look worse. Have you ever noticed how the women look on the final episode of Survivor , when they're back from the island and finally get all made up? They go from being naturally beautiful individuals to sort of generically pretty."   Ulasan CB :  Tengok, saya rasa ramai lelaki sependapat dengan mamat ni. Mereka sukakan kecantikan asli kita sebenarnya. 2. Adrian Grenier, 35, actor:  "Less is more. Definitely. You don't want to overdo it. If you don't exude beauty from within, no amount of m...