Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Wordless Wednesday- Gelora di Hati Zara

Macam nilah agaknya yek kat dalam sana...

Nipisnya pemisah antara cinta dan nafsu

Inikah makna kamu cinta saya?  Atau macam ni? Emmm..mungkin lebih intim lagi.... Salah memaknai cinta menjadikan kita hamba nafsu. Kerana cinta dan nafsu hanya dipisahkan oleh satu garisan yang amat nipis. Sehingga kita tak mampu memisahkannya jika terlalu memperhambakan diri pada cinta. 

Diserang semut api!

Baru je seminggu tinggalkan rumah, dah ada yang berani mengambil alih takhta ku di rumah. Mereka ada di mana-mana. Berjalan dengan gahnya, tanpa menghiraukan tuan rumah yang mereka nak tumpang  ni. Cik Bunga tau keaadaan di luar sana memang bahaya, dengan hujan lebat dan ribut kencang. Tapi ini rum ah Cik Bunga, mana boleh korang buat suka hati. Kalau korang ambil dapur Cik Bunga, macammana Cik Bunga nak masak.?? Mereka berada di atas kabinet dapurku... dan di mana-mana   Dahla masuk tak bagi salam, korang pakat pulak serang Cik Bunga ramai-ramai. Habis kakiku bengkak-bengkak dibuatnya.  So minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa spray korang dengan Shieldtox satu tin....

Facebook : menjadi sumber dosa orang Mukmin

Lewat perbualan dengan soulmate tadi dan membaca ini , timbul di fikiran saya betapa benarnya tajuk di atas. Macam-macam perkara yang boleh mencetuskan dosa. Chat dengan yang bukan muhrim , terutamanya bagi yang dah bergelar isteri @ suami, menayang gambar yang terdedah aurat dan macam-macam lagi. Tu belum lagi yang post status cerita dalam kelambu masing-masing. Kan dah terdedah aib. Sedar atau tak, bagi yang dah jadi ibu @ bapa, kita sedang 'mengajar' anak-anak kita perkara lagha dan batil. kita telah membuka satu ruang sosial yang tiada batas.  Entahlah, bila difikirkan dalam-dalam, terbandingkah manfaat FB (dan sosial page yang lain) dengan keburukan yang dibawa. Mungkin, jika yang empunya page berniat nak berdakwah. Atau nak memajukan bisnes. Tapi berapa ramai pula yang sengaja mempromosikan ruang-ruang untuk mencipta dosa?  Kata kuncinya, tepuk dada, tanya IMAN..

Bluetooth vs WiFi

~Men are like 'bluetooth'. He is connected to you when you are nearby  but searches for other  when you are away but Women are like 'wi-fi'. She sees all available devices but only connects  to the strongest one~ Berkongsi status FB seorang teman. I would say, most of the time its true... Tapi still ada lelaki yang setia dan perempuan yang kurang setianya.

Sengketa kerana sebiji bola

Aduhai, macam-macam kisah usai Final Bola Sepak Sea Games semalam. Bila menterjemah kembali keadaan, saya kira mengapa perlu dipanjangkan permusuhan antara 2 negara hanya kerana sebiji bola. Saling mencaci maki, mencarut di FB, apa yang kita dapat? Sekadar mencalar maruah sendiri. Memang keterlaluan perlakuan penyokong di seberang.Kita dah nampak buruknya. Jadi kenapa harus kita juga nak mengikut yang buruk itu. Sedih membaca kata-kata yang jijik di halwa telinga dihamburkan oleh orang seberang. Namun lagi sedih melihat orang kita turut sama menyebut kata yang sama. Tanganilah dengan cara lebih berhemah. Banyak lagi cara yang lebih bersih. Saya percaya rakyat Malaysia lebih bertamadun dan berbudi bahasa. Wallahualam

Di mana letaknya bahagia seorang wanita?

Di mana agaknya ye? Kerjaya yang baik? Hidup yang mewah? Shopping?Anak-anak yang comel? Suami hensem? Very subjective. Saya  rasa jawapan setiap wanita akan berbeza. Kalau tanya orang baru kawin, mungkin bila bersama suaminya dia sangat bahagia. Tanya orang yang baru bercerai, mungkin lain pulak jawapannya. Cik Bunga?  Emmmm... Kerjaya yang cemerlang Anak yang cerdik dan berjaya Being with my lappy and blog Tu kot top 3! :)

Status: Food poisoning

Aduh... Dugaan.. Hari ni melepek kat atas katil sehari sebab food poisoning. Semalam syok sangat menikmati nasi kerabu ayam bakar  kami beli di pasar malam. Akhirnya nilah penyudahnya.  From my reading: Food poisoning berpunca daripada makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria, parasit, virus atau toksin. So simptomnya akan berbeza.. Selalunya kejadian keracunan makanan banyak disebabkan oleh bakteria Staphylococcus dan E.Coli. Macam-macam cara boleh berlakunya pencemaran ni terutamanya semasa penyediaan. Mungkin makcik yang masak ni x basuh tangan ke, atau semasa penyediaan tu berlaku pencampuran bahan mentah yang basah dengan yang dah siap (cross contamination). Atau mungkin ayam yang nak dimasak tu terlalu lama berada di suhu bilik (the perfect temperature for those bacs). Kesan / simptom akan muncul biasanya selepas 2-6 jam. Antaranya sakit perut, muntah, cirit-birit (adakalanya berdarah),pening, demam dan lemah. Dan biasanya simtom ini akan berkurangang...

Ideal kah bentuk badan anda?

Adakah anda tau sama ada anda mempunyai bentuk badan yang ideal? Kat sini saya nak share tentang Waist-to-hip ratio (WHR) iaitu perbezaan ukuran pinggang dan pinggul kita. Penting ke nak tau WHR ni? Sebenarnya melalui kaedah ini kita boleh menentukan sama ada badan kita cenderung menyimpan lebihan lemak di kawasan mana. Kebanyakan dari kita menyimpan lemak tubuh yang berlebihan melalui dua cara biasa iaitu di kawasan pinggul (dipanggil pear shape) dan pinggang/perut (apple shape). Secara umumnya mereka yang apple shape ni lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamnya masalah kardiovaskular. Namun...obesiti tetap membawa pelbgai ririko penyakit secara keseluruhannya. Jom kira WHR masing-masing, pastu boleh share kat ruangan komen, k? klik sini

Segmen: 3 jam yang bertuah

Hari ni mood nak join segmen kakak cantik  ni.. Memenuhi syarat Pn Fareha, saya pilih gambar ini....sebab saya kan pemalu, bagi tengok sebelah je...hehe selamat menambah kenalan blogger 

Fenomena baru BASIKAL

Basikal..dulu masa zaman kanak-kanak, saya juga suka berbasikal. Mengimbau kembali memori, basikal pertama saya adalah hadiah dari abah sebab saya dapat no 1 masa darjah 3.  sebiji cam basikal saya - gambar google Waktu first dapat basikal tu, teruja punye fasal, saya terus decide nak bawa basikal ke sekolah agama yang jauhnya lebih kurang 1 km dari rumah;walaupun tak berapa pandai lagi nak kayuh basikal. Waktu tu petang, dan kejadian tu memang masih segar dalam memori saya ...hahaaaa.. selepas mengayuh lebih kurang 100m(agak2la) saya berselisih dengan sebuah motor laju, dek terkejut saya gagal mengawal basikal saya dan terus jatuh ke dalam longkang tepi jalan. (kejadian pertama). Berdebar weh, takleh cakap la. Tapi saya kuatkan semangat, terus gak perjalanan ke sekolah. Sampai di jalan yang agak berbukit (turun bukit) saya panik lagi, terus tak brek dan sekali lagi.......bum! masuk longkang. Kali siap kena gelak dengan budak-budak lelaki yang ada kat situ. Aduhh..malunya tak dapat...

Malaysia No 1

Selak-selak paper tadi, terbaca tentang 'pencapaian' Malaysia terbaru dalam bidang OBESITI.  Mak aih. Itu petanda orang kita semakin selesa, negara semakin makmur. Kalau di Somalia orang mati sebab tak makan, di sini boleh mati terkena macam-macam penyakit sebab terlebih banyak makan. Apa yang terjadi sekarang adalah natijah daripada gaya hidup rakyat Malaysia sendiri. Satu pemandangan yang biasa bila tengah-tengah malam pun kedai mamak masih penuh dengan manusia tengah menjamu selera. Makan yang berat-berat pulak tu. Roti canai, teh tarik, kalau kat Terengganu ni saya lihat nasi minyak pun ada dijual waktu malam (Sedap beb!). Itulah antara penyumbang-penyumbang utama kepada lemak-lemak yang berkumpul kat dalam badan. Mana taknya, waktu malam kan kadar metabolisme kita dah semakin rendah. Kalau ikut sunnah  Nabi SAW kita, makan malam elok di ambil sebelum maghrib. Sebab untuk menghadamkan makanan tu kan akan ambil masa lebih kurang 4 jam. So elok-elok makanan dalam perut tu da...

Ketenangan yang dicari-cari

Bismillahirrahmanirrahim "Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran . Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkan kami apa yang kami lupa , dan ajarkan kami apa yang kami jahil . Kurniakanlah kepada kami agar dapat membacanya pada waktu malam dan pada waktu siang . Jadikanlah ia perisai kami, wahai Tuhan sekelian alam." Seorang sahabat pernah menasihati saya, kiranya waktu itu keresahan sering melanda hingga mata enggan lena saban malam. Katanya bacalah Al-Quran dan berselawat shifa' setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah, itulah penawar.  sleeping beauty

Kiranya aku terguris jua

oleh rasa cemburu..... oleh rasa ragu....  oleh rasa rindu..... oleh ujian ini pastinya.....

Amarah alam

Manusia sering lupa. Mungkin itu sudah lumrah kejadiannya. Selalu lupa nak bersyukur. Selalu lupa nak fikir akibat dari setiap sesuatu yang dilakukan. Selalu juga lupa tentang harga setiap nikmat yang di beri. Gempa bumi di Turki Okt 2011 (gambar Google) Pantai Tok Jembal (dari lensa Nokia Cik Bunga)

Hijrah : Fizikal dan minda

Alhamdulilllah, kerana diberi kesempatan untuk menulis lagi.. (akhirnya mampu menepis semua alasan yang seringkali melingkari hidup saya, Yes!) Kalau mereka yang pernah berkunjung di sini tentu perasan blog ni dah bertukar...mood baru. Sebab memang sesuai lah dengan status saya yang dalam mode HIJRAH : tempat baru, pemikiran baru, rutin baru dan tahun baru yang bakal menjengah tak sampai 2 minggu lagi. Besar harapan saya agar mampu terus menghidupkan blog ini (walaupun tak ramai pembaca) :) Cerita pasal tempat baru, kadang-kadang seronok juga memandangkan saya berhijrah ke negeri yang sinonim dengan pantai peranginan yang cantik dan Festival Monsoonnya. Cuma tetap adakalanya rasa asing. Terutamanya dengan loghat dan budaya.Tapi orang sini memang sangat ramah dan mesra! sepetang di Pantai Teluk Ketapang Tapi dalam banyak-banyak bentuk penghijrahan dalam hidup saya recently, inilah yang paling mencabar: jalan masuk ke rumah mencabar wo! habis berbedak lumpur Kembara saya Almaklumlah, m...