Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ujian kecil

Setiap denyut dan perit yg aku rasa..  Tanda kasihnya Dia padaku. Tanda Dia memerhatiku. Tapi aku masih belum kuat tatkala melihat wajah-wajah polos anak-anak. Maafkan mama.. Mama tidak mewah dengan harta. Mama cuma harap pesan-pesan mama saban hari anak-anak akan pegang sampai bila-bila. Moga sentiasa di dalam jagaan Dia.. Ya Rabb, jagakan mereka untukku...

Cahaya

Tasauf / Akidah Jagalah Hidayah atau Petunjuk Dari Tuhan Hidayah atau petunjuk adalah di tangan Tuhan Manusia boleh mengusahakan Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan Kerana hidayah itu mahal nilainya Tidak semua orang berhasil mendapatkannya Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat kemudian hilang. Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun Dia tidak mengambil pengajaran. Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa, Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan. Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku. Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah !!!.Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan. Seolah-olah mereka kehilangan pegangan ...

Pelangi

Melihat dia, tenang menyapa hati. Bersih dan suci wajah polosnya. Rasa syukur menjamah hati. Hilang lelah, hilang duka, hilang segala runsing urusan duniawi Yang ada hanya warna pelangi, indah dan berwarna warni. Terima kasih Tuhan atas kurnia Mu....

Perintah memelihara silaturrahim

Surah An-Nisa, Verse 1: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. via iQuran Sent from Samsung Mobile

Ayat Tuhan

Surah Al-Baqara, Verse 214: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). via iQuran Sent from Samsung Mobile

Rasa

Ada ketika Saya ingin menjadi a plain ordinary woman. Yang punya seseorang menjaga. Yang melakukan semua yang sukar2 untuk saya. Yang berfikir those hard thing untuk saya. Yang boleh hantar saya ke mana saya nak pergi. Yang boleh bekerja untuk saya Tetapi, banyak ketika.. Saya senang menjadi diri saya. Saya boleh melakukan semua. Tuhan cipta saya cukup teguh untuk menggalas dua tugas. Saya mama.. so i m strong enough untuk mengharungi hidup sementara ini. Syukur atas kurniaNya...

Perjalanan mencari diri. Pt 3

Merasa nikmat "faham" yang di anugerahkan Allah adalah tidak ternilai. Namun bagi saya itu bukan penghujung jalan saya dalam mencari diri. Bahkan satu permulaan baru kepada satu dunia baru. Saya terasa bagai dihidupkan semula. Mati sebelum mati. Allah berfirman (maaf ayat dan surah saya dah lupa) , maksudnya janganlah kita mengaku beriman selagi tidak diuji. Tuhan yang Maha Kaya. Dia uji.. ujian demi ujian. Yang saya mendalami maksudnya supaya terus memahami di sebalik ujian itu saya akan temui setiap jawapan yang saya damba. Supaya saya hanya meminta dan bergantung hanya kepada Tuhan saya. Bukan makhlukNya yang sama fana dengan saya.  Maka usai setiap ujian...malah fasa ketika ujian...saya mampu melihat jelas dan nyata mengapa saya diuji. Maha Suci Ya Khaliq... Dia memberi saya rasa nikmat sabar dan nikmat diuji. Dia memberi saya rasa nikmat airmata taubat. Lantas air mata hanya tumpah kerana rindukan nikmatNya itu.  Saya hanya hambaNya yang sangat lemah. Yang masih jauh per...