Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ayat Tuhan

Surah Al-Baqara, Verse 214: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). via iQuran Sent from Samsung Mobile

Rasa

Ada ketika Saya ingin menjadi a plain ordinary woman. Yang punya seseorang menjaga. Yang melakukan semua yang sukar2 untuk saya. Yang berfikir those hard thing untuk saya. Yang boleh hantar saya ke mana saya nak pergi. Yang boleh bekerja untuk saya Tetapi, banyak ketika.. Saya senang menjadi diri saya. Saya boleh melakukan semua. Tuhan cipta saya cukup teguh untuk menggalas dua tugas. Saya mama.. so i m strong enough untuk mengharungi hidup sementara ini. Syukur atas kurniaNya...

Perjalanan mencari diri. Pt 3

Merasa nikmat "faham" yang di anugerahkan Allah adalah tidak ternilai. Namun bagi saya itu bukan penghujung jalan saya dalam mencari diri. Bahkan satu permulaan baru kepada satu dunia baru. Saya terasa bagai dihidupkan semula. Mati sebelum mati. Allah berfirman (maaf ayat dan surah saya dah lupa) , maksudnya janganlah kita mengaku beriman selagi tidak diuji. Tuhan yang Maha Kaya. Dia uji.. ujian demi ujian. Yang saya mendalami maksudnya supaya terus memahami di sebalik ujian itu saya akan temui setiap jawapan yang saya damba. Supaya saya hanya meminta dan bergantung hanya kepada Tuhan saya. Bukan makhlukNya yang sama fana dengan saya.  Maka usai setiap ujian...malah fasa ketika ujian...saya mampu melihat jelas dan nyata mengapa saya diuji. Maha Suci Ya Khaliq... Dia memberi saya rasa nikmat sabar dan nikmat diuji. Dia memberi saya rasa nikmat airmata taubat. Lantas air mata hanya tumpah kerana rindukan nikmatNya itu.  Saya hanya hambaNya yang sangat lemah. Yang masih jauh per...

Ayat Tuhan

Surah Al-Baqara, Verse 177: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Melayu) via iQuran Sent from ...

Jaga dia untukku

Mahu ku bersama Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi Waktu tak bicara Lama terasa seakan terhenti mengiringiku Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa Ku kepadanya, saat ku tiada Oh Tuhan, jaga dia untukku Kalaku masih jauh Bagai menghitung resah Berkepingan berderaian Oh Tuhan, jaga dia untukku Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama Menyayangi mendampingi dia Terbangkan diriku, Bersayap seribu biar detik menjadi laju Langit pun mendengar Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa Ku kepada padanya, saat ku tiada Oh Tuhan, jaga dia untukku Kalaku masih jauh Bagai menghitung resah Berkepingan berderaian Oh Tuhan, jaga dia untukku Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama Menyayangi mendampingi dia Mungkinkan ini memulakan kita Lambang cinta Ku dan dia Oh Tuhan, jaga dia untukku Kalaku masih jauh Bagai menghitung resah Berkepingan berderaian Oh Tuhan, jaga dia untukku Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama Menyayangi mendampingi dia

Cerita ketam cina ketam melayu

Semalam berbual dengan seorang ketua cawangan sebuah pejabat di bandar saya. Kami berbual panjang mengenai sikap sesetengah orang yang suka melihat orang lain susah. Kata beliau menolong orang lain bukan hanya dengan memberi wang. Tapi memudahkan urusan orang lain juga merupakan satu bantuan. Namun ramai yang tak nampak. Lalu katanya dia teringat satu kisah ketam yang sinonim dengan masyarakat kita. Ketam cina ketam melayu. Katanya kalau ketam cina lihat rakannya dlam kepayahan menaiki tangga, ia akan berusaha menolak rakannya ke atas. Kalau ketam melayu, lihat rakan susah payah mendaki tangga ia akan menariknya supaya jatuh. Ini realiti. Lihat keliling kita. Malah saya sendiri mengalaminya. Namun bukan semua punya mentaliti lanun seperti ini. Andai yang berpegang teguh agama yang dianuti pasti tiada sikap kejam begini. Agama manapun di dunia ini menggalakkan sikap bantu membantu. Bukan menjatuhkan dan memutuskan silaturrahim serta menganiaya orang lain.  Sent from Samsung Mobile

Abah

Abah. Saya tau dialah yang paling memahami walau tanpa kata. Di waktu sukar dialah yang pertama. Walau tiada kata tapi saya merasa setiap masa hangat kasih sayangnya. Kasih abah memang  sepanjang masa. Saya cuma mahu dia sejahtera sentiasa dan dikasihiNya sepertimana dia mengasihi saya semasa kecil...  Sent from Samsung Mobile