Langkau ke kandungan utama

Catatan

Alasan lagi....

*Entri ni khas ditujukan untuk diri sendiri* Matlamat : dah set Plan: dah buat Motivasi: banyakkkk..always hot So apa lagi yang tertinggal? TAKE ACTION la... Selagi kita tidak mengambil langkah pertama untuk merealisasikan segala plan sampai bila pun kita takkan capai matlamat. Pernah tak dengar ayat ni: ms x: Pening kepala lah.. CB: makanla panadol ms x: bukan taknak makan, sy tak suka, besar sangat tak boleh telan. CB: so tidolah. take rest ms x: ala..banyak keje nak buat.. cane ni? CB: (banyak nye alasan) *rasa2 sakit kepala dia tu hilang x? Itu lah masalah biasa. Sering memberi alasan. Tanpa sedar bila kita mencipta alasan sebenarnya kita dah bagi keputusan kepada diri kita. Keputusan untuk tak buat @ elak nak buat. Jadi sampai bila pun matlamat kita (tak kiralah besar atau tak ) tak akan tercapai. 

Stress!!

Mingguan Malaysia, Ahad 23 Jan 2011 Wanita lebih banyak alami stress mental? Wah! Tajuk artikel ni sangat menarik perhatian saya. Saya sebagai wanita yang bergelar ibu dan berkerjaya memang sangat setuju. Memang sangat stress, dan lebih stress kalau kita mengharapkan orang faham kita stress atau kita sendiri tak sedar yang kita sedang stress. Tapi apa2 pun sebagai seorang insan yang mempunyai agama dan nilai yang baik, seharusnya kita perlu bijak dalam menangani keadaan yang menekan ini terutamanya di zaman yang semakin mencabar. Dalam Islam semunya ada jalan penyelesaian. So saya kongsikan artikel ini untuk sama-sama kita cernakan dan manfaatkan. Oleh Dr. Sabitha Marican BARU-BARU ini kita telah didedahkan dengan maklumat bahawa pesakit mental yang menerima rawat  an di Hospital awam telah meningkat ke 15.6%. iaitu seramai lebih 400,000 orang. Malah angka ini  dikatakan telah meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya. Membaca kenyataan ini rakan sekerja  saya terseny ...

Akibat bercakap telefon sambil memandu

Saya memang selalu buat perkara ni. Angkat phone and kadang-kadang semapat berSMS lagi masa memandu. Tapi kejadian 20 Jan 2011 lalu agak menginsafkan saya. Kejadian ni berlaku semasa kami sekeluarga dalam perjalanan ke Melaka untuk bercuti (sebab tu lama tak update blog...hehe) di tengah higway Karak dekat Gombak. Masa tu mr hubby tengah memandu dengan kelajuan yang tak berapa laju.Tiba-tiba saya nampak sebuah kereta BMW di depan kami (agak jauh juga) berpusing di tengah highway dan terus melanggar guard rail kanan. Bersepailah jugak bumper depan dan belakang kereta tu. Then sebuah lagi kereta (Toyota - kalau tak silap Camry) yang tak sempat brake menghentam BMW tu. Nasib baik mr hubby sempat brake, hampi-hampir juga kereta kami nak mencium belakang Camry tu. Saya pula memang hampir habis suara menjerit. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Hari itu, sejarah juga bagi saya kerana menelefon 999 untuk kali pertama. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Ta...

Struktur faraid

Ramai yang tahu buat duit. Ramai juga yang tau habiskan duit. Ramai yang pandai dan kreatif mengumpul harta. Dan sekarang ramai juga yang bijak melindungi harta mereka serta melaburkannya untuk mengembangkan lagi kekayaan. Inilah perkembangan dan inovasi produk kewangan di Malaysia. Tapi sayangnya tak ramai yang ada kesedaran tentang bagaimana nak membuat pengurusan dan pembahagian harta, terutama setelah kita dah tinggalkan dunia ini. Ini yang kita selalu lupa sedangkan harta yang semasa hidup menjadi milik kita adalah hak waris-waris setelah kita meninggal dunia. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Serahkanlah harta pusaka kepada pemiliknya. Sekiranya ada baki, serahkanlah kepada kaum keluarga yang terdekat. “ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Jadi, pernahkah kita terfikir siapakah WARIS-WARIS kita? Tahukah kita struktur faraid kita? Sangat penting untuk kita mengenalpasti struktur faraid kita agar pertikaian dan kekeliruan boleh kita elakkan di kemudian hari. Tentunya kita mengharapkan kita...

Tahniah Prudential...One Billion achievement

*Mr Charlie Oropeza (Prudential CEO) giving opening speech on Prudential Wealth Planner Conference Baru saja menghadiri conference selama 2 hari di Arena of Stars Genting Highland. Banyak kisah-kisah kejayaan dapat saya kutip di sana dan energy bertambah lagi bila dikelilingi oleh mereka-mereka yang berjaya. Yang paling penting mereka tak lokek berkongsi. Setinggi-tinggi buat tahniah Prudential kerana menjadi syarikat insurans pertama berjaya hit total collected premium RM1.02 billion bagi tahun 2010. Wah! sangat bangga walaupun saya hanya menjadi antara penyumbang kecil untuk jumlah itu..:). Banyak kejayaan besar dicapai hasil kerja kuat team Prudential. Antaranya: * Memegang pasaran terbesar dalam industri insurans dan takaful (No 1 for 3 respective years!) * Melahirkan 301 Million Dollar Agency ....(Total sale bagi sesebuah agency melebihi RM1 juta), dengan MDA tertinggi adalah 18 juta...Wow! * Melahirkan ramai Agen-Agen berkualiti termasuk saya ! hehe Dan the best mome...

Ilmu itu ibarat buih-buih di lautan

Frasa di atas sangat besar maknanya. Kalau sekali imbas, ia boleh di mengertikan bahawa banyaknya ilmu itu seperti banyaknya buih-buih di lautan. Tak terkira. Jadi sebagai khalifah Allah, mencari ilmu adalah fardu dan proses itu adalah proses yang berterusan. Dari saat kita di lahirkan sehingga lah kita menutup mata. Kita belajar setiap hari, sama ada secara formal ataupun tidak. Ilmu itu ada di mana-mana. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mencari. Blogging pun satu ilmu juga. Sepanjang beberapa bulan saya menjengah ke dunia blog ini, dah banyak ilmu yang saya kutip. Pelbagai. Serta tugas saya sebagai perunding juga telah menemukan saya dengan pelbagai jenis dan ragam manusia yang saya boleh kutip ilmunya. Dan setelah itu, saya juga bertanggungjawab juga untuk menyebarkan dan mengamalkannya. Kerana ilmu tanpa amal bagaikan pohon tak berbuah . Dan ilmu yang kita amalkan secara berterusan akan menjadi tabiat . Penting untuk memupuk tabiat yang baik agar kita dapat membentuk periba...