Langkau ke kandungan utama

TIPS Menghadapi hari-hari yang sukar

Another tips of the day... Saya rasa semua orang pun akan melalui waktu-waktu tension, tekanan dan kesukaran. So hari ni saya nak share macammana kita boleh atasi setiap kesukaran tu dengan senyuman. Ni berdasarkan pengalaman je tau. 

stress - tq pakcik Google


1. Bila dapat tau sesuatu berita buruk atau menghadapi masalah yang berat, mula-mula cuba bertenang. Tarik nafas dalam kiraan 5, tahan nafas kiraan 5 juga, then hembus nafas dalam kiraan 5 juga. Ulang beberapa kali sampai korang rasa tenang sikit.

2. Satu lagi amalan yang baik adalah segera berwuduk. Hmm, dah alang-alang berwuduk tu apakata kita tunaikan solat hajat terus. Minta dengan Allah agar ditunjukkan jalan terbaik dan ketenangan untuk berfikir.

3. Yang ni saya selalu amalkan, terutama ketika tengan sedih, tengah kesempitan dan stress. Baca surah al-Insyirah sambil memahami maksudnya. Kalau baca je, tapi tak faham maksud nanti kurang pulak kesannya. "Setiap kepayahan akan ada kesenangan" Al-Insyirah, ayat 5. Dan diulang lagi dengan maksud yang sama pada ayat ke 6. See, dengan itu kita akan cepat rasa tenang sebab kita dah letak sepenuh kepercayaan kepada Allah bahawa setiap ujian dan dugaan tu pasti ada kesenangan di hujungnya. Itulah yang saya amalkan.

4.Escape.. Lari seketika dari suasana tu. Pergi beriadah ke, atau kemas rumah ke atau apa-apa yang membuatkan kita sibuk. Bila kita sibuk, kita akan lebih tenang, dan bila dah tenang barulah kita boleh fikir dengan baik. Membuat keputusan dalam keadaan beremosi adalah sangat tak wajar. 

5. Solat istikharah. Dalam setiap keputusan membuat pilihan, buatlah istikahrah. Solat ni boleh dilakukan pada bila-bila masa. So kita akan lebih tenang dan yakin. Insyaallah.

Saya menulis di sini untuk mengingatkan diri saya sendiri juga. Harap berguna kepada yang membaca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...

JEDA

Merenung kembali masa yang berlalu. 13 tahun. Pelbagai rasa telah dirasa. Masa telah mematangkan; cara aku berfikir dan cara aku menilai. Satu perkataan yang mampu aku ungkapkan waktu ini- SYUKUR. Syukur sebab banyak yang Tuhan telah ajarkan aku. Setiap kesilapan dan kekhilafan, setiap keputusan yang salah dan benar, setiap kesusahan dan kejatuhan, setiap air mata sedih dan gembira - semuanya aku syukuri. Daripada perjalanan ini aku belajar erti ungkapan SABAR ITU INDAH. Yang dulu aku pernah sanggah - di mana indahnya SABAR. Sedangkan proses untuk sabar itu perih dan jerih. Rupanya manisnya di hujung jalan apabila kita berjaya sabar. Hadiah sabar itu datanglah pelbagai yang manis-manis.  Laluan takdir ini menemukan aku dengan pelbagai manusia. Ada yang menikam dalam diam, menghenyak lunyai semangat dan memijak ikhlasku. Ada yang menyambut dengan ikhlas dan jiwa yang suci. Ada yang hadir sekejap dengan meninggalkan kesan yang mendalam jiwaku. Ada yang perlu aku ketika susah, ada yan...