Jumaat, 11 Mei 2012

Hati seluas lautan

Semalam bertemu seorang sahabat. Bercerita itu dan ini. Juga tentang emosi yang tercalar dek tekanan urusan harian. Lalu dia berkongsi dengan saya bagaimana dia menguruskan soal hatinya.

Dia : Awak bayangkan secawan air yang jernih, kalau awak masukkan setitik nila apa jadi?

Saya: Air jadi biru.

Dia: Kalau awak letak nila tu dalam laut, apa jadi?

Saya: Tak jadi apa-apa la.

Dia: Macam tu lah hati kita. Kalau kita kecilkan hati seperti air dalam cawan, setitik nila pun boleh mengeruhkan air. Tapi kalau kita lapangkan hati macam laut, sebotol nila pun takkan memberi kesan. Jadi  hadapi setiap masalah tu dengan hati yang seluas lautan supaya kita tak terkesan

Saya: Oh...

Hati seluas lautan

Mode: Saya sedang belajar meluaskan hati seperti lautan :)

1 ulasan:

  1. cemana kalau "minyak tumpah kat laut" ? *hahaha

    BalasPadam