Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Tanda sayangkah itu?

Bila dia berusaha, kau kritik sehingga dia jatuh Bila dia jatuh, kau ketawakan Bila dia tetap setia di sisimu, kau curiga Bila dia mula menjauh, kau tuduh macam-macam Bila dia berubah, kau kata ada udang sebalik batu Bila dia buat silap, kau ungkit semua kesilapan lalu, kau lupa semua yang dia beri Dia itu siapa bagi kau Kau kata kau sayang Tapi seperti kau jadikan musuh Dia itu siapa bagi kau Kau kata hanya dia yang kau ada Tapi kau jarang menghargai Kau kata kau sayang Tapi sayang kau penuh curiga, penuh iri Tanda sayang kah itu? Tidakkah kau pernah mendengar Cinta itu pun ada expired date!

Blog Pilihan Blogger | Jom Sokong Usaha Ini

Saya menyokong usaha blogger ini mengumpulkan blog-blog berbeza kategori di dalam satu blog. Disamping memudahkan capaian dan pencarian kategori yang kita minta, kita juga boleh bertukar-tukar idea dan salah satu cara promosi yang baik. Macam mana nak sertai? Sokong usaha ini? Untuk menyokong usaha ini, anda boleh menjadi follower dan letakkan banner berikut di blog anda dan link ke blog ini:  http://blogpilihanblogger.blogspot.com Semakin ramai yang ketahui wujudnya blog perkongsian ini, insyaAllah, akan lebih ramai blogger yang dapat turut serta, samada menjadi antara blogger pilihan mahupun menjadi pengundi yang akan menentukan blog siapa yang paling popular buat tahun 2012 ini. Usaha ini merupakan usaha berterusan sebagai memperkenalkan blog-blog yang bukan mainstream, yang lebih kepada blog personal dan mempunyai niche tertentu. Blog-blog masakan, automotif, kraf tangan atau apa sahaja yang anda fikir sesuai bolehlah join. Ingin tersenarai dalam bloglist? Kepada yang sudi unt...

Taklik bukan perkara main-main

Janji sang iblis menyesatkan manusia bukan sekadar janji. Merujuk entry saya yang terdahulu, iblis akan sentiasa memperdayakan manusia termasuklah memain-mainkan lafaz cerai dan taklik. Jadi kali ini saya ingin berkongsi mengenai lafaz taklik yang pada pandangan saya ramai yang kurang arif tentangnya. Malah banyak juga kes di mana mereka menganggap lafaz taklik boleh ditarik balik, dan kerana kejahilan, mereka tetap hidup seperti pasangan suami isteri seperti biasa. Harapan saya, artikel yang saya petik ini dapat membantu. Dua perkataan yang betul-betul pun jadi, main-main pun jadi. Iaitu perkataan ‘nikah’ dan seerti dengannya dan ‘talak’ dan perkataan yang seumpamanya. Kalau belajar kitab fikah bab ini, tuan guru akan beria-ia memesan agar dua perkataan ini (jika) perlu dilafazkan dengan penuh hati-hati. Katanya inilah dua perkataan yang diucapkan secara sungguh-sungguh pun jadi, main-main punjadi. Maksudnya, ia akan terjadi sepertimana yang dilafazkan. Dua perkataan itu adalah berka...

Pengakuan jujur sang iblis

HATI-HATI DENGAN IBLIS ini bukan iblis...sekadar hiasan  Ada salah satu hadis yang dahsyat maknanya jika setiap kita membaca, menyelami dan mengamalkannya dengan baik insya Allah kita akan menjadi mukmin sejati.Dari Muadz bin Jabal dari Ibu Abbas :  Ketika kami sedang bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seorang dari luar rumah:  ” wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. “Rasulullah bersabda.:” Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan rasulNya yang lebih tahu”. Beliau melanjutkan, “itu Iiblis, laknat Allah bersamanya.” Umar bin Khattab berkata : “izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah”. Nabi menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat ? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik”. Ibnu Abbas RA berka...

A cupcake, screen and me

.. that's all i ever had now.. to at least make me feel that i achieve something today... a new number in my life...thank you dear Allah to give me the chance to get the number, congratulation for me to survive till this very moment... i've learnt a lesson today. if we really want something, we will push ourselves to do anything, everything we could to make it real. but if we keep giving excuses,  we will never achieve it. and the excuses that we created eventually hurts everybody around you, whether we realized or not. no matter what, i still feel grateful and blessed. thank u Allah..

Apalah nasib mereka nanti

Sudahlah susah dan ada yang anak yatim, ada pula manusia berhati binatang sanggup mengambil kesempatan meng'kaya'kan diri sendiri menggunakan anak-anak ini. Saya amat sedih dan prihatin terhadap nasib anak-anak ini kerana mereka adalah anak Malaysia, namun dinafikan hak untuk menerima pendidikan seperti anak-anak lain. Berita yang keluar di akhbar mengenai sebuah pusat tahfiz menggunakan pelajarnya sebagai tenaga kerja di ladang sawit dan meminta derma di luar bukanlah isu baru dan mengejutkan saya. Tahun lalu sewaktu masih menetap di Bentong, saya sering terserempak dengan anak-anak ini menjual buku, CD dan kismis di sekitar bandar bentong. Setiap kali berjumpa, saya sering bertanya mereka; dari mana, tak sekolah ke, sapa yang bawak ke sini. Ada antara mereka enggan menjawab. Namun ada seorang kanak-kanak dalam lingkungan 10 tahun menjawab mereka memang tidak sekolah, dan 'ustaz' yang membawa mereka ke sini. Saya minta dia tunjukkan siapa orangnya. Saya perhatikan dala...

Salah faham tentang alkohol

Saya sering mendengar tentang penggunaan perfume beralkohol haram di bawa sembahyang. Namun saya berpendapat berbeza. Sila rujuk artikel dibawah yng saya ambil di  sini . Ini lebih kepada isu minuman berkarbonat yang mengadungi alkohol. Berkenaan dengan perfume yang mengandungi alkohol, seorang lecturer kimia saya dulu pernah menyebut, tak haram pun nak bawak sembahyang. Sebab alkohol dalam perfume digunakan sebagai pelarut sahaja, dan bila kita sembur, dah tentu2 alkohol tu akan meruap dan meninggalkan pewanginya sahaja di baju. Dan juga merujuk kepada:  Sila baca artikel di bawah dan masuklah laman web yang diberi untuk rujukan yang lebih pasti. Hari ini timbul pula isu minuman berkarbonat mengandungi alkohol... Alkohol tidak digunakan/dimasukkan  di dalam pembuatan minuman berkarbonat... akan tetapi tindakbalas kandungan gula yg tinggi di dalam minuman tersebut menghasilkan alkohol... Rujuk fatwa ini sbg panduan: Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan ...