Selasa, 6 September 2011

Hikmah di sebalik musibah



Masa kejadian: 6 Ogos 2011 bersamaan 6 Ramadhan jam 5.00 ptg
Tempat kejadian: KM 49.2 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong

Musibah: Cik Bunga telah hilang sedikit pahala puasa kerana gagal mengawal marah di bulan Ramadhan ... huhu..kerana kejadian ini berlaku 2 hari selepas kemalangan kecil yang juga melibatkan kenderaan yang sama.... Astaghfirullah... Cik Bunga enggan membayangkan wajah Cik Bunga ketika itu bagaikan sang singa yang naik minyak.
Alhamdulillah, permata hati Cik Bunga yang bertiga (termasuk yang dalam gambar) itu tidak mengalami sebarang kecedaraan.

Hikmahnya: 1 Bila marah, kita hilang kawalan diri. Usai musibah, baru saya sedar kemarahan yang tidak dikawal akan membawa kepada musibah lain (contohnya: hilang keayuan asli seorang wanita Melayu dan boleh mencetuskan permusuhan)
2 Kerana kejadian itu, saya kenal siapa kawan sebenar. So nak ambil peluang untuk ucap jutaan terima kasih kepada yang membantu.
3 Baru tau potensi diri (tahap kemarahan, tahap kesabaran, bagaimana diri bertidak ketika musibah, dll....huhu...)
4 Dapat bumper baru, no plat baru, pintu baru dll..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan