Welcome back to my dear self to Blogger. Menelusuri kembali zaman aktif di blog sebelum media sosial. Rupanya saya sudah lama berkecimpung dalam pembinaan konten dalam bentuk penulisan. Juga seingat saya, dulu saya seorang yang sangat komited membaca bagi mencari bahan-bahan untuk konten blog. Jujur, saya rindu. Dan saya bertekad menajamkan semula skil penulisan saya yang semakin tumpul dek kerana kemalasan dan gajet. Hantaran ini saya anggap sebagai permulaan dan langkah pertama saya untuk kembali ke arena ini.