Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Siapa diri ini?

“ Kita adalah hasil daripada pilihan kita ” Stephen R. Covey Satu frasa yang ringkas, namun cukup mendalam pengertiannya. Peluang menghadiri Program Signature 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan dan dipertemukan dengan beberapa insan yang pada pendapat saya berjaya mengubah kehidupan mereka benar-benar mengubah cara saya melihat dunia ini. Sebelum ini saya sering merasakan saya adalah mangsa pada orang itu, orang ini, sistem itu, sistem ini dan keadaan itu , keadaan ini. Rupanya, baru saya tersedar sebenarnya saya bukan mangsa kepada keadaan itu, tetapi adalah hasil dari pilihan yang saya buat dan tindakan yang saya ambil. Saya jua sedar bahawa saya mampu mengubah perspektif saya dan cara saya berfikir; sekurang-kurangnya; kerana kita tak mampu mengubah orang, mengubah keadaan dan sistem yang sedia ada. Dan itulah yang menjadi titik perubahan bagi insan-insan yang saya temui ini. Minggu lepas saya bertemu dengan seorang konsultan unit trust, wanita awal 30 an. Berpeluang duduk dan bercer...