Langkau ke kandungan utama

Book Review: 7 Habit of Highly Effective People by Stephen R. Covey

Peluang membaca dan menghadiri Signature Program 7 Habit sangat bermakna bagi saya. Covey telah berjaya mengubah paradigma saya terhadap kehidupan saya secara kesuluruhannya. Saya bukan lah nak ulas panjang tentang buku ini. Sekadar berkongsi beberapa idea yang sangat penting bagi saya mengikut pendapat saya secara bebas...

Kematangan seseorang bukanlah bergantung secara mutlak pada usianya. Walaupun dah berumur tak semestinya dia matang. Covey berkata kematangan manusia boleh dibahagikan kepada 3 kontinuum; bergantung (dependence), tidak bergantung (independence) dan tahap kematangan tertinggi adalah saling bergantungan.(Mula-mula terfikir juga, kenapa lepas dah x bergantung mesti saling bergantungan pulak)..

Actually, peringkat terbawah sekali adalah bila kita masih lagi bergantung dengan orang sekeliling, dengan keadaan sekitar dan sering mengikut 'perubahan cuaca'...yelah, kalau mendung kita pun ikut malap, tiada semangat. Kita mudah nak menyalahkan keadaan/orang lain kalau kita ditimpa sesuatu. Tipikal kan? Saya sendiri masih merenung diri supaya sentiasa muhasabah diri dan tidak mudah menyalahkan keadaan...

Peringkat kematangan kedua adalah bila kita sudah tidak lagi bergantung. Totally indipendence. Bila di tahap ini sebenarnya kita telah mencapai satu kemenangan peribadi. Sangat manis. Kita boleh melihat sesuatu dengan lebih baik, menjadi proaktif, mempunyai matlamat yang jelas dan always be prepared and prioritized.

Dan peringkat tertinggi, bila kita boleh menjalin hubungan dengan orang di sekeliling kita secara harmoni.  Saling bergantungan antara satu dengan lain. Inilah kemenangan awam di mana kita berusaha untuk mendengar dan memahami, berfikir untuk kepentingan semua pihak dn hidup dlam keadaan harmoni serta saling memerlukan.

Saya akan mengkisahkan dengan lebih lanjut di entri akan datang...

Ulasan

  1. On the road(ayat salesman kereta) menuju level 2, tahap independence. masih d tengah2 antara level indie dan non-indie.huhu. Indah perasaan dapat level3. Mutual benefit and understanding

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Masalah vs cabaran

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah tu confirm bukan orang. Orang gila pun ada masalah walaupun nampak macam takde masalah. Tapi setiap orang ada cara masing-masing nak hadapi dan selesaikan masalah mereka. Ada yang terima dengan tenang dan redha, ada juga yang emo, malah ade juga yang lari dari masalah, cipta pulak masalah baru. Saya sendiri pun ada macam-macam masalah. Saya ni sensitif orangnya, jadi dulu kalau saya menghadapi masalah, air mata lah yang kuar dulu plus rasa rendah diri lah, rasa tak gunalah dan lain-lain lah. But then , one day there was a friend came to me and asked; apa yang u hadapi sekarang, masalah atau cabaran? Terkesima, terfikir. The friend said, why not u make the problem became a challenge, because people normally will run from problem, but they will face the challenge. Lama juga saya terfikir. Benar juga, perkataan masalah tu sendiri sedikit negatif. Bila sebut masalah, kita akan berkerut dahi memikirkannya. Tapi belum tentu kita nak sele...