Langkau ke kandungan utama

Dugaan hidup: masa senang atau masa susah?

Semalam saya bertemu seorang hamba Allah (my prospect). Hajat di hati nak approach beliau dan kalau ada kesempatan nak present sekali tentang pengurusan harta. Tapi sebenarnya lebih kepada berbual-bual dan saya rasa memang banyak ilmu yang saya dapat daripada beliau.

Dalam banyak-banyak topik tu, saya tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan iaitu tentang dugaan hidup. Bila sebut DUGAAN, mesti kita ingat tentang kesusahan, kesukaran, kesempitan dan musibah. Betul kan? Tapi antara sedar dengan tidak, kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan, kekayaan tu adalah dugaan yang lebih hebat lagi. Sebab kalau kita dapat musibah, biasanya kita akan dekat dengan Pencipta kita. Tapi masa kita senang, kita mudah lupa dari mana kesenangan itu datang. Jadi bila difikir balik, memang betul, kesenangan tu lah dugaan yang lebih besar.

Satu lagi, kalau sesuatu ujian tu dah berlalu, kita selalu cakap itu adalah penamat nya. Tapi perasan tak kalau dalam movie orang putih kalau dah berakhirnya musibah diorang selalu cakap..this is the beginning.. kan2?

Sebenarnya banyak lagi topik yang dibincangkan. Salute Mr Abe. Rasa diri ini masih sangat jahil. Masih banyak ilmu yang perlu di cari. InsyaAllah saya akan terus mencari selagi daya.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Masalah vs cabaran

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah tu confirm bukan orang. Orang gila pun ada masalah walaupun nampak macam takde masalah. Tapi setiap orang ada cara masing-masing nak hadapi dan selesaikan masalah mereka. Ada yang terima dengan tenang dan redha, ada juga yang emo, malah ade juga yang lari dari masalah, cipta pulak masalah baru. Saya sendiri pun ada macam-macam masalah. Saya ni sensitif orangnya, jadi dulu kalau saya menghadapi masalah, air mata lah yang kuar dulu plus rasa rendah diri lah, rasa tak gunalah dan lain-lain lah. But then , one day there was a friend came to me and asked; apa yang u hadapi sekarang, masalah atau cabaran? Terkesima, terfikir. The friend said, why not u make the problem became a challenge, because people normally will run from problem, but they will face the challenge. Lama juga saya terfikir. Benar juga, perkataan masalah tu sendiri sedikit negatif. Bila sebut masalah, kita akan berkerut dahi memikirkannya. Tapi belum tentu kita nak sele...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...