Langkau ke kandungan utama

Ilmu itu ibarat buih-buih di lautan

Frasa di atas sangat besar maknanya. Kalau sekali imbas, ia boleh di mengertikan bahawa banyaknya ilmu itu seperti banyaknya buih-buih di lautan. Tak terkira. Jadi sebagai khalifah Allah, mencari ilmu adalah fardu dan proses itu adalah proses yang berterusan. Dari saat kita di lahirkan sehingga lah kita menutup mata. Kita belajar setiap hari, sama ada secara formal ataupun tidak. Ilmu itu ada di mana-mana. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mencari.

Blogging pun satu ilmu juga. Sepanjang beberapa bulan saya menjengah ke dunia blog ini, dah banyak ilmu yang saya kutip. Pelbagai. Serta tugas saya sebagai perunding juga telah menemukan saya dengan pelbagai jenis dan ragam manusia yang saya boleh kutip ilmunya. Dan setelah itu, saya juga bertanggungjawab juga untuk menyebarkan dan mengamalkannya. Kerana ilmu tanpa amal bagaikan pohon tak berbuah. Dan ilmu yang kita amalkan secara berterusan akan menjadi tabiat. Penting untuk memupuk tabiat yang baik agar kita dapat membentuk peribadi yang baik juga.

Ilmu jika kita kongsikan akan menjadi jariah untuk kita. Itulah bekalan kita di saat kita menjengah alam yang lebih kekal. Kan kita ada tiga sahaja bekalan yang boleh kita bawa nanti iaitu sedekah jariah (mungkin kita taklah kaya sangat nak bersedekah), doa anak yang soleh (solehkah anak kita nanti) dan ilmu yang bermanfaat (sekurang-kurangnya yang ini kita mampu). Jadi sekurang-kurangnya tidaklah kosong' mangkuk tingkat' kita ketika nak dihitung di hari kita dibangkitkan nanti.

 Wallahualam

Ulasan

  1. menuntut ilmu xsemestinya dgn cara formal saje kn?
    hehhee..
    =)

    BalasPadam
  2. selamat menjd seorang blogger..salam perkanalan dari Alin Marlini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...